Navigation

Meat with Onions and Tomatos


$25.95



Shrimps with Tomatos and Avocados


$17.95



Vanila Ice-Cream and Pancakes


$13.95


Powered by Blogger.

Blog Archive

Labels

About

Blog Archive

Al-Hidayah

Selamat Datang ke Blog Norish77
Rujuk http://produkprs.blogspot.com
Pada tahun 2009 Terima Anugerah Guru Bimbingan Cemerlang Daerah Hulu Langat

Blogger news


widgeo
Ribuan Buku berada disini
Klik Sini

Blogroll

Blogger templates

Monday, February 18, 2013

Hubungan antara Kaunselor dan Ilmu

Antara Tanggungjawab Seorang Kaunselor di sekolah ialah menumbuh rasa cinta murid pada "ILMU" dan rasa hormat yang mendalam pada "Guru" yang mencurahkan ILMU. Hubungan antara Guru dan Ilmu sangat berkait rapat, bagaikan dua sisi mata wang syiling.

Keberkatan akan datang apabila murid mempunyai rasa hormat pada guru, walaupun murid itu berbangsa India atau Cina dan sebagainya. Sekalipun dia tidak beragama ISLAM, tidak berdoa, tidak baca Yasin, dia boleh LULUS bahkan Cemerlang. Baca Yasin dan Sholat ataupun mana-mana amalan spiritual adalah tanggungjawab antara khalik dengan Makhluk nya. Tidak menjadi jaminan akan cemerlang dalam dunia.Doa-doa itu hanyalah pengharapan dan tanda kehambaan seseorang insan.

Saya pernah jumpa seorang ayah yang berniaga buah dipasar malam, berasal dari Indonesia, saya tahu sangat dia tidak pernah solat kalau waktu berniaga, tetapi anaknya mendapat 5A dalam UPSR. Dengan bangga dia sebutkan pada saya.Ternyata hubungan agama atara si ayah dan ibu pun bukan jaminan untuk lulus atau gagal.

Masalah yang berlaku disekolah menengah yang sangat memeningkan kepala sang guru ialah,apabila ada antara murid yang disifatkan sebagai keras kepala, tidak dengar cakap guru, bersembang bila kita berceramah, menyakiti guru dengan perbuatannya. Ini adalah masalah pelajar itu sendiri TIDAK MENGENALI SIAPA DIRINYA. Jikalah dia tahu, bahawa kematian akan mendatanginya, dan segala kehebatan dirinya akan punah begitu saja bagaikan ditiup angin, apakah dia mahu tonjol kehebatannya yang tidak ke mana itu?

So,inilah peranan dan tanggungjawab guru kaunselor, mengubati penyakit hati pada murid tersebut. Banyakkan memberi peringatan pada mereka bahawa hidup ini sementara, sehebat apapun manusia tidak kemana, sebutir pasir masuk ke matanya ketika mengederai motor, sudah mampu membuat dia terjatuh dan mati, seekor nyamuk menggigitnya pun sudah mampu membuat dia hilang nyawa dan sebutir batu kecil yang ada dalam kasutnya pun, sudah mampu membuat dia tidak enak.

Perihal kan pada nya cerita Namrud yang mati gara-gara seekor nyamuk yang masuk ke telinganya.Mana kehebatannya selama ini,mana harta dan askarnya, apakah mampu membantunya?

Bangkitkan kisah-kisah dalam kubur, peritnya azab dan sengsaranya ketika nyawa tercabut dari badan.Tayangkan mayat2 yang meninggal akibat membawa motor tak tentu hala. Nah, lihatlah... apa sudah jadi pada mereka.

Oleh itu,guru perlu meningkat ilmunya, dekatkan diri dengan Tuhan, yang tak ada Tuhan, carilah Tuhan, tenangkan dirimu,hadapi semua ini dengan niat amal ibadah untuk memodifakasi perangai manusia yang telah hancur akibat kehilangan permata agama yang sangat bernilai dalam hidupnya.

Selamat Bekerja
Thursday, February 14, 2013

Salam Motivasi : Sentuhlah hati manusia

Salam Motivasi

Siapa pun anda, berasal dari ibu yang satu, siapa pun ibu anda, datangnya mereka dari keturunan yang sama, dari Manusia yang pertama, Adam namanya, yang menjadikan dia adalah Tuhan yang bernama ALLAH. Diberinya kita hidup sementara cuma di dunia ini, kerana ada alam yang kedua yang akan memberikan pembalasan baik dan buruk segala tindakan kita.

Adalah amat-amat tidak LOGIK, seseorang menanam tembikai tumbuhnya cili, begitulah amat2 tidak patut, seseroang berbuat baik, akhirnya dia mati begitu saja tanpa mendapat pembalasan.

Begitu juga orang yang jahat,merompak sana sini, membunuh dan segala macam kerja yang jahat,akhirnya dia mati begitu saja. Tanpa mendapat pembalasan.Dia bebas merdeka. Kaya atas penindasan, hebat atas kejahatan. Patut tak?

Sebab Itu, Seorang ILMUan, Emmanual Kant pernah berkata, adalah sangat LOGIK, sekiranya Tuhan menjadikan alam yang kedua bagi UMAT Manusia ini, untuk mendapat Pembalasan yang SETIMPAL.

Ingat2 lah sobat2, kita sedang di uji,bergembiralah dengan adanya hari akhirat, kerana akhirat tidak akan terjadi sebelum adanya kematian, dan kematian itu akan menamatkan segala kesusahan hidup di dunia ini.

Sesusah apa pun dalam dunia ini, ada yang sudi menolong.Lihatlah banduan dalam penjara, sesusah dan sejahat dia,ada yang membantunya ketika dia demam dan sakit, ada yang membawanya ke klinik, TETAPI.... apakah kita akan dibantu, jika kita adalah antara penghuni neraka Jahanam. Dalamnya neraka 70,000 tahun batu yang dilepas baru sampai ke dasarnya.

Mudah-mudahan hati anda bisa tersentuh.
Ikhlas, Noorhisham KR

Maju Setapak

Dalam usaha membantu rakan-rakan yang jauh dari lokasi kedai-kedai buku, saya menyediakan ruang untuk anda membeli buku-buku kesukaaan anda dari pelbagai Syarikat Penerbitan, semuanya secara online, pesanan, bayaran kemudian dihantar ke alamat anda.

Sila daftar dahulu sebagai pengguna tanpa apa-apa bayaran sebelum membuat pembelian.
Klik pada Gambar