Navigation

Meat with Onions and Tomatos


$25.95



Shrimps with Tomatos and Avocados


$17.95



Vanila Ice-Cream and Pancakes


$13.95


Powered by Blogger.

Blog Archive

Labels

About

Blog Archive

Al-Hidayah

Selamat Datang ke Blog Norish77
Rujuk http://produkprs.blogspot.com
Pada tahun 2009 Terima Anugerah Guru Bimbingan Cemerlang Daerah Hulu Langat

Blogger news


widgeo
Ribuan Buku berada disini
Klik Sini

Blogroll

Blogger templates

Monday, April 28, 2008

Sumbangan Pakaian Terpakai

BANGI 29 April 2008,Cikgu-cikgu ada kan sorang budak tu dia berak dalam seluar dalam. Lelaki ke perempuan? Perempuan. Manakala selepas waktu rehat, ada pula seorang lelaki terkencing dalam seluar.
Seorang guru bertanya, Cikgu tak ada ke seluar lebih-lebih. Tak Ade. Begitulah kadang-kadang situasi yang berlaku di sekolah, mana-mana sekolah pun.
Saya dengan ini memohon kepada ibu dan bapa pembaca emel dan blog ini, sekiranya pakaian anak tuan puan ada yang dah ketat, buruk sikit atau apalah istilahnya, mohon dijadikan sumbangan untuk sekolah sebagai wakaf. Bila ada kes-kes macam tadi yang tidak kita duga, kita boleh menolong murid itu. Silap haribulan kata orang, kena pula anak kita.
Sumbangan boleh dibawa dalam apa jua bekas, sila berikan pada mana-mana guru, kalau anak kita tak pandai nak cakap, tulis je sekeping nota untuk wakaf sekolah, atau berikan pada saya, nanti saya sampaikan.
Kami mengharapkan seluar lah yang banyak, asal boleh pakai sementara nak balik. Kesian murid ada yang duduk je bawah tangga, tak ada seluar ganti. Bila kita telefon mak ayah pula, kedua-dua hand set dia orang tutup. La...dah pukul 11.00 masih tutup Hand Set lagi? Ada jugak rupanya.