Navigation

Meat with Onions and Tomatos


$25.95



Shrimps with Tomatos and Avocados


$17.95



Vanila Ice-Cream and Pancakes


$13.95


Powered by Blogger.

Blog Archive

Labels

About

Blog Archive

Al-Hidayah

Selamat Datang ke Blog Norish77
Rujuk http://produkprs.blogspot.com
Pada tahun 2009 Terima Anugerah Guru Bimbingan Cemerlang Daerah Hulu Langat

Blogger news


widgeo
Ribuan Buku berada disini
Klik Sini

Blogroll

Blogger templates

Sunday, May 04, 2008

Al-Fatihah Untuk Ibu Cikgu Alfah

AL-FATIHAH. KAJANG, 04 Mei 2008, Ibu kepada seorang guru di SK Bangi telah kembali ke rahmatullah petang tadi setelah dimasukkan ke Hospital lebih seminggu yang lalu. Beliau yang diserang "angin ahmar" dibawa dari Hospital Sabak Bernam ke Hospital Klang minggu lalu kini telah pun pergi menyahut panggilan Ilahi.
Saya menerima mesej pemergian ini dari Setiausaha PIBG En.Shahrom yang prihatin, Sekalung Takziah kita kirimkan buat Cikgu Alfah dan keluarga di atas musibah ini. Sesungguhnya Tuhan menjanjikan Syurga kepada orang-orang bersabar, firmanNya dalam Surah Al-Baqarah. Sesungguhnya kehidupan dan kematian pasti terjadi atas seorang insan. Dengan itu kita diminta sentiasa bersedia untuk itu. Di sebalik kematian ini adanya kehidupan lain yang lebih kekal, lebih dahsyat, lebih ngeri dan lebih nikmatnya dari dunia dan seisinya. Tuhan menggambarkan dunia ini seperti air yang turun lari langit, lalu menyuburkan segala tanaman sehingga tumbuh subur segala tumbuhan dan mengeluarkan isinya, kemudian datang musim luruh, ia pun luruh, daun-daunnya berguguran dan akhirnya tinggal batang kayunya. Begitulah perumpamaan Tuhan, dunia ini segar bagi mata yang memandang, namun bila seorang kaya meninggal dunia, maka habislah kekayaanya. Begitu juga orang yang cantik, hancurlah kecantikannya. Teringat saya waktu di Aceh dulu, apabila adanya kematian, pada adat orang Aceh, mereka mengadakan khutbah pada malam kematian. Khutbah mengingatkan akan hadirin akan hakikatnya setiap insan akan menempuh hal yang namanya mati. Orang Aceh bilang meninggal dunia itu "kabih nyawong" Pernah sewaktu praktikal di Pulau Sabang, tempatnya disebuah sekolah rendah kawasan kampung, Ujung Kareung namanya, seorang murid ketika ditanya dalam sesi perkenalan apa kerja bapa anda? dengan irama sedih ia menjawab kabih nyawong. Apa? Kabih nyawong jawabnya. Ooo baru saya dapat satu kalimat hari ini, kabih nyawong itu maknanya dah habis nyawa.