Navigation

Meat with Onions and Tomatos


$25.95



Shrimps with Tomatos and Avocados


$17.95



Vanila Ice-Cream and Pancakes


$13.95


Powered by Blogger.

Blog Archive

Labels

About

Blog Archive

Al-Hidayah

Selamat Datang ke Blog Norish77
Rujuk http://produkprs.blogspot.com
Pada tahun 2009 Terima Anugerah Guru Bimbingan Cemerlang Daerah Hulu Langat

Blogger news


widgeo
Ribuan Buku berada disini
Klik Sini

Blogroll

Blogger templates

Saturday, May 17, 2008

Gara-gara Seringgit

Bandar Baru Bangi.



17 Mei 2008. Waktu makan, setelah habis sesi ceramah 1 jam di SK Jalan Tiga dan hendak ke SK Taman Tasik, saya dan rakan kaunselor, En.Zainuddin Zakaria sempat berbual dengan Guru Penolong Kanan HEM sekolah tersebut pada sesi jamuan.

Beliau bercerita pengalaman ketika menjadi HEM di sekolah Convent. Sedikit pengalaman selama setahun lebih disitu beliau curahkan, ketika di Convent, guru besarnya merupakan seorang yang tegas. Mana-mana murid yang tidak hadir sebarang aktiviti, ibu dan bapa akan dipanggil. Kata guru besar, kalau tak boleh undang-undang sekolah ini, sila pindah sekolah lain. Ada pula ibu yang datang merayu nak masukkan anaknya ke sekolah tersebut dengan pelbagai tawaran, antaranya datanglah ke butik saya, boleh ambil percuma mana-mana baju yang cikgu nak. Ada juga yang nak berikan cek kosong, cikgu tulis je berapa nak, asal anak saya boleh sekolah kat sini. Apa fikiran tuan-tuan tentang situasi ini? Begitu keadaan di SK Convent dulu. Seingat saya, kalau kita baca buku-buku Hadis Kudsi, kita akan bertemu dengan sepotong ayat, wahai hambaKu, engkau makan rezki dan hidup dibumi Ku, andai engkau tak redha dengan Undang-undangKu, carilah bumi yang lain.


Hah, Tuhan pun suruh makhluk manusia ini pindah ke bumi lain. Tapi kalau kita buat kat sekolah ni, melenting la orang-orang yang ...

Namun bila pindah ke sekolah lain, katanya pernah suatu ketika guru ini minta duit RM1.00 daripada setiap murid untuk keceriaan kelas. Ada mak ayah tulis surat dan persoalkan tindakan guru minta duit hanya seringgit untuk keceriaan sekolah. Rupanya ilmu di SK Convent tak boleh nak di apply kat sekolah yang majoriti Melayu, berbanding sekolah dulu yang banyak masalah dan rata-rata murid bercampur bangsa.


Hairan, bila orang Bandar Baru Bangi yang majoriti berduit, mempersoal semata-mata seringgit dengan surat rasmi. Al-hamdulillah kita di Bangi Lama belum terjadi seperti itu. Namun sedekad dua ni, ada juga sedikit-sedikit masalah ala-ala bandar Baru, bila mana terjadinya kemasukan anak-anak orang berada. Seingat saya kalau nak bawa murid keluar dan tak ada surat, tak ada lah mak yang marah-marah melenting, kecuali bertanya ke mana nak dibawa anak. Ini tidak, dimarah-marahnya pada kerani. Hah, dah terjangkit virus orang-orang kaya.Lain kali, kalau begini, kita bawa murid-murid dari 5 Saturn dan 6 Saturn rasanya, tak ada masalah. Kelas istimewa ni, kalau ada guru rotan anaknya pun lantaran tak siap kerja, gerenti tak akan ada yang marah.
Inilah, sebahagian ragam hidup sebagai guru.