Navigation

Meat with Onions and Tomatos


$25.95



Shrimps with Tomatos and Avocados


$17.95



Vanila Ice-Cream and Pancakes


$13.95


Powered by Blogger.

Blog Archive

Labels

About

Blog Archive

Al-Hidayah

Selamat Datang ke Blog Norish77
Rujuk http://produkprs.blogspot.com
Pada tahun 2009 Terima Anugerah Guru Bimbingan Cemerlang Daerah Hulu Langat

Blogger news


widgeo
Ribuan Buku berada disini
Klik Sini

Blogroll

Blogger templates

Thursday, June 12, 2008

Pergi Jua

Hari ini kami meraikan kedatangan guru baru serentak melambai pemergian Puan Saudah sempena perpindahan beliau ke sekolah di kampung au sendiri.
Murid-murid kelas 5 Mercury sempat menyanyikan lagu Pelangi Petang sebagai ole-ole kenangan buat beliau. Zahid sebagai ketua kelas, turut menyampaikan ucapan mewakil rakan-rakan seperjuangan.
Dalam ucapan terakhirnya ini, Puan Saudah meminta maaf kepada semua guru dan murid, andai terdapat salah cakap dan perbuatan terutama terhadap murid, kerana itu semua adalah kerana sayangnya cikgu pada murid.
Apa pun, pemergian beliau diiringi doa semoga maju jaya, tercapai segala cita, makbul segala hajat, dalam kesihatan sepanjang hayat dan dipimpin Ilahi sepanjang hidup. Sesungguhnya setiap permulaan akan berakhir dengan penghabisan. Tuhan berfirman dalam hadis Kudsi, Wahai manusia, carilah apa yang ingin engkau cari, tapi ingat engkau pasti berpisah dengannya, dan cintailah orang yang ingin engkau cintai, tetapi ingatlah, engkau pasti berpisah dengannya.
Buat Puan Saudah, hidup ini sungguh singkat, lebih singkat dari pertemuan kita semua di alam fana ini. Yang terakhir itulah akan di kira kita disisi manusia dan Tuhan, andai baik kita disaat-saat akhir pertemuan, maka kita dikenang sebagai orang yang baik, dan jika buruk kita diakhir persahabatan, itulah yang dikenang orang. Pun begitu dengan Tuhan, yang akhir hidup ini menjadi perhitungan. Baik amal penutup hidup itulah menjadi amalan, dan andai buruk amalan, itulah penutup hidup. Akhir kalam, semoga bahagia terus kekal abadi.....