Navigation

Meat with Onions and Tomatos


$25.95



Shrimps with Tomatos and Avocados


$17.95



Vanila Ice-Cream and Pancakes


$13.95


Powered by Blogger.

Blog Archive

Labels

About

Blog Archive

Al-Hidayah

Selamat Datang ke Blog Norish77
Rujuk http://produkprs.blogspot.com
Pada tahun 2009 Terima Anugerah Guru Bimbingan Cemerlang Daerah Hulu Langat

Blogger news


widgeo
Ribuan Buku berada disini
Klik Sini

Blogroll

Blogger templates

Friday, July 25, 2008

latihan Empati

Pilih respon yang menunjukkan empati kepada kenyataan-kenyataan klien berikut:

1. Kedua ibu bapa terutama ayah saya merasa kecewa dengan saya. Dia sering membandingkan saya dengan kakak saya, kenapa dia tidak menerima hakikat bahawa saya tidak dapat menandingi kakak saya?

A. Mungkin ayah anda berpendapat bahawa anda tidak benar-benar berusaha seperti kakak anda.
B. Telah menjadi kebiasaan bagi ibu bapa membandingkan anak-anak mereka. Mungkin anda bersikap terlalu sensitif.
C. Anda merasa marah dan kecil hati kerana ayah anda tidak menghargai diri anda.
D. Apakah sebab-sebab kenapa ibu bapa anda tidak berpuas hati dengan anda?
E. Anda mungkin betul. Ibu bapa sepatutnya mengelakkan diri dari membanding-bandingkan anak-anak mereka.


2. Saya tidak dapat langsung menumpukan perhatian pada pelajaran. Fikiran saya melayang tiap kali saya mula belajar, satu apa pun tak dapat saya kerjakan. Kalau beginilah seterusnya, saya pasti akan gagal. Oh, Tuhan apa yang harus saya lakukan? Saya tidak pernah gagal sebelum ini. Kedua ibu bapa saya menaruh penuh harapan pada saya.

A. Jangan bimbang, kadang-kadang seseorang itu akan gagal. Saya Pasti ibu bapa anda akan faham.
B. Saya rasa anda ini terlalu memberatkan harapan keluarga anda.
C. Oleh kerana penumpuan perhatian atau konsentrasi merupakan masalah anda, bolehkah anda sebutkan perkara-perkara yang mengganggu fikiran anda sehingga menghalang kerja-kerja anda?
D. Rasa takut gagal buat pertama kalinya dalam hidup dan tidak dapat memenuhi harapan ibu bapa amat merunsingkan.
E. Nampaknya punca masalah konsentrasi anda adalah kerana anda kurang daya kemahuan dan motivasi.

3. Kadang-kadang saya rasa mahu berhenti sekolah. Saya tidak nampak faedah mempelajari semua ini yang kebanyakannya tidak berguna langsung apabila saya bekerja nanti.

A. Jangan lakukan sesuatu yang akan anda kesali kemudian kelak. Anda tidak akan sedar pentingnya pelajaran sehingga anda mengharungi alam pekerjaan.

B. Kenapa anda mengatakan yang pelajaran tiada kaitan dengan pekerjaan anda di masa depan?
C. Mempelajari sesuatu yang kurang berkaitan dengan dunia pekerjaan benar-benar membosankan anda dan ini membuat anda ingin berhenti sekolah.
D. Saya faham sekolah menjemukan kerana saya pernah merasa begitu.
E. Mungkin bersekolah tidak mempunyai erti pada anda kerana kursus yang anda ikuti tidak setimpal dengan minat anda.

LATIHAN 1

INTERAKSI BERPASANGAN

Latihan ini bertujuan untuk membantu proses memahami satu sama lain dengan lebih berkesan. Item perbincangan adalah kenyataan-kenyataan terbuka dan boleh dibuat dimana-mana peringkat pendedahan yang anda rasa selesa/ selamat.
Kemahiran asas untuk memahami orang lain adalah MENDENGAR.

Arahan:
1. Tentukan siapa di antara anda berdua yang akan bercakap dahulu dan menjadi pencerita pertama di dalam unit ini. Sudahkan item yang berikut di dalam dua tiga ayat:
Bila saya memikirkan tentang masa depan saya, saya rasa……………………….
Kemudian, pencerita kedua menyatakan semula dengan perkataannya sendiri apa yang telah diceritakan oleh pencerita pertama tadi. Pencerita pertama mestilah berpuas hati dan merasakan bahawa dia telah difahami.
Seterusnya pencerita kedua pula menyudahkan item tadi di dalam dua tiga ayat. Selepas itu pencerita pertama menyatakan kefahaman nya tentang apa yang telah diceritakan oleh pasangannya tadi.
Kongsi pengalaman anda sebagai pendengar dengan pasangan anda. Untuk menyemak ketepatan pendengaran anda, anda berdua mungkin akan bertanya satu sama lain: “adakah anda maksudkan…..?” atau “Anda kata bahawa”……

2. Sekarang teruskan berkongsi.
Bila saya berada di dalam kelompok baru, saya……
Billa saya rasa bimbang di dalam situasi baru, saya selalunya………


3. Semak apa yang anda dengar:
“Anda kata bahawa……………………”

4. Bincangkan selama dua tiga minit tentang pengalaman anda berdua
setakat ini. Pastikan anda berdua mempunyai tentangan mata (eye contact) sepanjang perbincangan dan tumpukan perbincangan kepada perkara-perkara berikut:

Bagaimanakah ketepatan pendengaran anda?

Sejauh manakah anda bersikap terbuka dan ikhlas dengan pasangan anda?
Adakah anda berminat untuk meneruskan interaksi ini?
Adakah anda rasa anda sudah bertambah memahami satu sama lain.

4. Teruskan:
Saya suka……………………………………………………
Saya tidak puas hati dengan……………………..
Sekarang ini saya rasa………………………………..
Saya bimbang……………………………………………..
Apa yang menarik hati saya tentang diri anda adalah………………..
Anda adalah………………………………………………..
Sekarang ini saya lebih banyak respon kepada……………………………

LATIHAN 3

LATIHANBERTIGA (TRIAD)

Di dalam kelompok bertiga, tiap-tiap orang tentukan peranan masing-masing seperti berikut:
A. PEMBERITAHU (klien)
B. PENDENGAR (kaunselor)
C. PEMERHATI

1. PEMBERITAHU: Berkongsi satu masalah yang sedang mengganggu perasaan dan fikiran anda
2. PENDENGAR: Gunakan kesemua kemahiran yang telah dipelajari untuk membantu klien (pemberitahu)
Kemahiran asas kaunseling:
- memberi perhatian
- menenangkan diri
- mendengar
- galakan untuk bercakap(bertanya soalan)
- memberi dorongan minima
- refleksi perasaan
- menyatakan semula
- peluahan diri
- mencari celik akal dan alternative
3. PEMERHATI: Beri ulasan/ komen tentang penggunaan kesemua kemahiran asas yang telah digunakan oleh kaunselor (pendengar).

Tukar peranan sehingga kesemua orang telah melakukan ketiga-tiga peranan diatas (kaunselor, klien dan pemerhati)