Navigation

Meat with Onions and Tomatos


$25.95



Shrimps with Tomatos and Avocados


$17.95



Vanila Ice-Cream and Pancakes


$13.95


Powered by Blogger.

Blog Archive

Labels

About

Blog Archive

Al-Hidayah

Selamat Datang ke Blog Norish77
Rujuk http://produkprs.blogspot.com
Pada tahun 2009 Terima Anugerah Guru Bimbingan Cemerlang Daerah Hulu Langat

Blogger news


widgeo
Ribuan Buku berada disini
Klik Sini

Blogroll

Blogger templates

Thursday, October 30, 2008

6 Stages (Tangga) Kehidupan

Dalam hidup ini, ada 6 stages yang perlu dilalui oleh setiap manusia. Kiranya panjang umur kalau ada. Mereka akan melalui 6 tangga ini. Berikut adalah 6 tangga yang akan kita lalui. Mari kita perhatikan, kita berada dimana sekarang?

Catatan Foto : Sebahagian besar dalam foto ini hilang dibawa ombak besar 2004. Sayal sempat merakam detik ini sewaktu membawa mereka satu bas PMTOH dari Banda Aceh ke Tangjung Pura Langkat, pada awal 2002.

Pertama : Keluar dari rumah, berpisah dengan keluarga, pergi menuntut ILMu dan mencari pekerjaan.

Kedua : Pra perkahwinan, membiasakan diri dengan keluarga baru.

Ketiga : Mendapat Zuriat,

Keempat : Anak Membesar....cobaan membesar anak-anak.

Kelima : Anak Berkahwin, bercantum dengan keluarga baru. Berlaku tidak serasi antara mertua dan menantu.

Keenam : Meniti usia pada sisa hidup.Berdepan dengan risiko kesakitan dan ketiadaan anak-anak di sisi.

Dalam hidup yang amat sederhana ini, pelbagai macam cobaan Tuhan sodorkan kepada manusia. Dari kecil hingga dewasa dan sampai ke penghujung usia.

Alangkah hebatnya makhluk yang bernama MANUSIA, tidak pernah pula di embankan segala kesusahan, ujian dan cobaan hidup ini kepada makhlukNya yang bernama batu, gunung-ganang, bukit bukau, burung beriak dan selama macam jenis makhlukNya yang lain. Dalam surah Al-MuLk, Tuhan berfirman, Maha Suci Tuhan Yang DitanganNya segala Kerajaan, (yaitu tuhan yang) menjadikan kematian dan kehidupan, untuk menguji di antara kamu siapa yang paling terbaik amalannya. (1-2).

Masya Allah. Dalam ayat yang lain, tuhan berfirman lagi, Wa Maa Umiruu, ILLA li ya’buduLLaha Mukhlisin Lahud Dien. Dan Tidaklah Aku menyuruhmu (wahai manusia) melainkan hanya satu, iaitu berabdi kepadaKu dengan penuh IKHLAS.

Sayang sekali, ramai yang lupa asal kejadian kita di muka bumi ini. Mereka lupa bahawa hidup ini hanya sebagai medan ujian dan cobaan. Lantas ada yang alpa, lalu memandu dirinya ke jalan salah, gara-gara tidak dapat bersabar menahan dengan cobaan.

Bukankah Tuhan juga pernah melarang. Dan janganlah kamu mencampakkan dirimu ke lembah kebinasaan?

Dalam Berita Harian ini (30 Oktober 2008), melaporkan, sekurang-kurangnya 14% remaja pernah meminum arak alias alkohol. Tidak dapat dipastikan remaja di negeri mana, namun yang jelas, dimana peranan ibu bapa sehingga anak mereka terjerumus ke lembah nista tersebut.

Dalam foto ini. kelihatan Bu Sum, dan anaknya berbaju merah Dayat, manakala di sebelah kanan saya ialah Pak Buyung. Bu Sum dan anak bongsunya Dayat, dibawa arus tsunami, dan tidak ditemui, kuburnya entah dimana. Gambar ini di ambil pada tahuin 2002 di IAIN Ar-Raniry Banda Aceh.

Ibu ini asalnya Palembang, ia sangat baik pada saya dan isteri yang tengah hamil waktu itu, tiap pagi kalau ke rumahnya, tidak lupa beliau hidangkan kopi panas.

Seringkali beliau hadir dalam mimpi. Adiknya jugak, tante Baina dan anak-anak serta suami di bawa arus bersama. Kepada mereka, hadiahkan Al-Fatihah, semoga bertemu lagi di sana nanti. Semoga Tuhan memberikan kita kekuatan dan kesihatan untuk terus beramal hingga akhir hayat.