Navigation

Meat with Onions and Tomatos


$25.95



Shrimps with Tomatos and Avocados


$17.95



Vanila Ice-Cream and Pancakes


$13.95


Powered by Blogger.

Blog Archive

Labels

About

Blog Archive

Al-Hidayah

Selamat Datang ke Blog Norish77
Rujuk http://produkprs.blogspot.com
Pada tahun 2009 Terima Anugerah Guru Bimbingan Cemerlang Daerah Hulu Langat

Blogger news


widgeo
Ribuan Buku berada disini
Klik Sini

Blogroll

Blogger templates

Sunday, November 02, 2008

Jamal dan Dadah

Namun, apakan daya jika sudah tertulis 'perpisahan' yang terbaik untuk memulihkan diri daripada kesilapan lampau. Hanya doa dari kejauhan mengiringi anak-anak tersayang, mudah-mudahan mereka dijauhi daripada malapetaka dan dapat menjalani kehidupan seharian dengan lancar tanpa sebarang tekanan. Bagaimanapun, dalam kehidupan yang serba salah, penyanyi melonjak dengan filem Azura ini tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai bapa kepada dua puteranya, Osama Yamani, 7, dan Ahmad Zaki Yamani, setahun lapan bulan. "Tanggungjawab semestinya kerana itu kewajipan saya sebagai bapa. Walaupun orang kenal saya macam ini, namun nafkah anak tidak pernah diabaikan. "Setiap bulan saya kirim wang. Osama tinggal bersama ibu tiri saya, manakala Ahmad Zaki pula dengan ibunya. "Jika ada kelapangan, saya akan pulang ke kampung menjenguk Osama. Manakala pada musim cuti sekolah saya akan mengambilnya untuk tinggal bersama di sini (Rumah Pengasih). Sementara Ahmad Zaki pula, saya akan menemuinya di taska. "Kalau ikutkan memang sedih kerana terpaksa menjalani kehidupan seperti ini, berjauhan dengan anak, tetapi bagi saya ini saja jalan terbaik buat masa ini. "Saya bimbang jika tinggal di luar kerana banyak dugaan yang akan menghasut saya untuk kembali menagih," katanya. Bagi membuktikan kebimbangannya, Jamal yang ditemui di Majlis Rumah Terbuka Kuzie Catering di Kompleks PKPS, Shah Alam, baru-baru ini, memaklumkan ke mana pun dia pergi pasti ditemani kaunselor, Wira Noh yang sudah dua tahun menjaganya.

"Dia guru dan teman baik yang selalu memberi kata-kata semangat kepada saya. Walaupun sekarang ini, saya bebas 100 peratus daripada dadah, namun sebenarnya masih dalam proses pemulihan. lagi