Navigation

Meat with Onions and Tomatos


$25.95



Shrimps with Tomatos and Avocados


$17.95



Vanila Ice-Cream and Pancakes


$13.95


Powered by Blogger.

Blog Archive

Labels

About

Blog Archive

Al-Hidayah

Selamat Datang ke Blog Norish77
Rujuk http://produkprs.blogspot.com
Pada tahun 2009 Terima Anugerah Guru Bimbingan Cemerlang Daerah Hulu Langat

Blogger news


widgeo
Ribuan Buku berada disini
Klik Sini

Blogroll

Blogger templates

Wednesday, December 10, 2008

Bahana Tinggal Dengan Nenek

BANGI. 10 Dis 2008.Entah mengapa, sudah banyak kali saya temui, anak-anak yang hidup membesar bersama atuk dan nenek biasanya (walau bukan semua) akan bermasalah bila dewasa nanti. Hari ini dalam sesi temubual dengan penagih yang Re-Lapse (Ulang menagih setelah berhenti) turut terjebak dalam kancah penagihan, juga sejak kecil tinggal bersama nenek.
Yang saya sedih, sudah lah nenek tu dah tua, masa muda dulu tak sempat nak berapat dengan Tuhan, kini waktu tua, terpaksa pula memelihara cucu. Dulu bela anak, kini bela cucu jadinya. Jadi bila masa dia nak berapat diri dengan tuhan di saat-saat jasadnya hampir rapat dengan liang lahad.
Bahana nya sudah berkali-kali saya jumpa, dia akan bermasalah. Entah kenapa ya. Dulu zaman Nabi orang hantar anak mereka ke lereng-lereng gunung untuk di susukan oleh ibu-ibu di sana. Nabi sendiri di susukan oleh Halimatun Sa'diah. Namun tak pulak menjadi masalah. Orang Beranang Rupanya Setelah tamat sesi saya ingin pulang. Seorang penghuni berbaju putih (penghuni fasa 4) menegur saya. Encik dulu pernah tinggal di Beranang? Ya, saya jugak di Beranang katanya. Teringat saya waktu tinggal di Jalan Enam Kaki, betul-betul di Pintu Gerbang masuk, pernah penutup loji tandas belakang rumah saya hilang. Ini mesti penagih punya kerja, bisik hati besar saya. (bukan hati kecil lagi) Kamu anak orang belakang rumah tu ke? Tak, saya saudara dia. Di mana ya dia ni dulu, kenapa dia kenal saya? Saya dulu sewa di pintu masuk Jalan Enam Kaki jugak katanya. Wah ini ayah Nurin dan Aisyah ke? ye..Masya Allah jiran saya sendiri rupanya, anak dia ni selalu ditinggal dirumah saya kalau dua-dua laki bini pergi kerja. Saya memang tak kenal tadi. sebab rupanya dah berubah. Yang pertama sebab menagih ganja, memang muka penagih cepat tua. Dan kedua pasal selalu kawat, jadi wajahnya gelap Dan ketiga kepalanya di botakkin. Saya : Teringat anak tak? Dia : Ingat...saya selalu ingatkan mereka sehingga mengalir air mata.. Saya : Ada dia orang datang melawat? Dia : Ada hari raya haji baru ni... Saya : Anak tanya tak kenapa kamu disini? Dia : Memang dia tanya, dia pegang tangan, jom la balik ayah....saya kata tak boleh balik, sebab ayah belum dapat cuti, ayah kerja kat sini. Saya : Bila keluar ? Dia : Bulan 1 nanti Saya : Dah la...jangan main benda ni lagi. Dia : Ya.. Pusat Serenti Dengkil