Navigation

Meat with Onions and Tomatos


$25.95



Shrimps with Tomatos and Avocados


$17.95



Vanila Ice-Cream and Pancakes


$13.95


Powered by Blogger.

Blog Archive

Labels

About

Blog Archive

Al-Hidayah

Selamat Datang ke Blog Norish77
Rujuk http://produkprs.blogspot.com
Pada tahun 2009 Terima Anugerah Guru Bimbingan Cemerlang Daerah Hulu Langat

Blogger news


widgeo
Ribuan Buku berada disini
Klik Sini

Blogroll

Blogger templates

Saturday, December 06, 2008

Kematian Mendatangi Kita Dimana-mana

Dalam surah Al-Luqman ayat 34 Tuhan berfirman :



Sesungguhnya disisi Allah lah ilmu pengetahuan tentang (bilakah hari) kiamat, dan (bila) turunnya hujan (dan dimana), dan Dia mengetahui (bagaimana nasib) yang berada di dalam rahim (ibu), dan tidak ada seorang pun yang tahu apa yang akan mereka kerjakan esok hari dan tiada siapa mengetahui dibumi manakah dia akan meninggal. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Mengkhabarkan.

Trajedi ngeri, trauma menimpa puluhan keluarga yang mengalami nasib malang apabila rumah mereka di hempap tanah diwaktu dini hari, ketika semua manusia sedang nyenyak dibuai mimpi. Begitulah yang telah difirmankan tuhan, 5 perkara yang manusia tidak akan ketahui, walau sehebat apa pun ILMU nya, termasuk bilakah dia akan meninggal dan dimana.



Siapa yang tahu bahawa apa yang akan menimpa mereka akan terjadi hari ini? Justeru kita perlu ingat, bahawa sepanjang mana pun umur kita, kita hanya hidup 3 hari sahaja.



Hari pertama ialah hari semalam, ramai orang menangisi dek hari kelmarin yang tidak terisi sepatutnya. Dan hari ini mereka miskin harta, ilmu dan sahabat.



Hari kedua ialah besok, esok adalah hari yang penuh dengan tidak ketentuan. Ramai manusia yang merencana ini dan itu, tapi hajat mereka tak kesampaian dek maut yang datang menjemput lebih awal.



Hari ketiga ialah hari ini. Seringgit hari ini yang ada lebih berharga ketimbang RM100.00 yang pernah kita miliki dulu, tapi sudah pun habis. Dari itu, Nabi bersabda, rebutlah 5 sebelum lima.



1. Sihat sebelum sakit

2. Lapang sebelum sempit

3. Kaya sebelum miskin

4. Muda sebelum tua

5. Hidup sebelum mati.



Kata Nabi lagi, seseorang yang sudahpun berumur 40 tahun, namun tidakpun mengalahkan amal baiknya dari amal jahatnya, maka bersiap-siaplah untuk memasuki neraka.

Kalau ada teman, atau jiran kita yang ambil sambil lewa pasal sembahyang, sedang dia berada digaris 40 tahun, maka secara logiknya sampai bilapun sukar baginya untuk berubah.



Dari itu, berubahlah, sebelum kita di ubah. Datangilah tuhan sebelum kita dibawa mengadap padaNya.



Hari ini 5 Disember 2008. Trajedi malang menimpa kawasan perumahan orang-orang kaya di Bukit Antarabangsa. Belum hilang akan Highland Tower yang runtuh 15 tahun yang lalu.



Saya pernah beberapa ke sana. Seorang kawan memberitahu, ketika masih panas Trajedi Highlang Tower itu, ramai orang tidak boleh tidur malam disebabkan terdengar tangisan orang meminta tolong yang datangnya dari bekas runtuhan. Kini setelah di doakan.... segala reda. Semoga yang mengalami nasib malang ini dapat redha atas apa yang sudah termaktub sejak azali.



Kita datang dariNya dan pulang kepadaNya