Navigation

Meat with Onions and Tomatos


$25.95



Shrimps with Tomatos and Avocados


$17.95



Vanila Ice-Cream and Pancakes


$13.95


Powered by Blogger.

Blog Archive

Labels

About

Blog Archive

Al-Hidayah

Selamat Datang ke Blog Norish77
Rujuk http://produkprs.blogspot.com
Pada tahun 2009 Terima Anugerah Guru Bimbingan Cemerlang Daerah Hulu Langat

Blogger news


widgeo
Ribuan Buku berada disini
Klik Sini

Blogroll

Blogger templates

Sunday, January 04, 2009

Kenangan 2007

Oleh : Noorhisham bin Hamzah,S.Sos.I Beginilah cara andai murid dilapor bersalah. (Cara ini menurut ilham sendiri dan tidak semua menghadapi seperti ini) Kes ini berlaku apabila kesemua murid ini tidak dapat memberi perhatian semasa guru mengajar, lebih dari itu mereka mengganggu guru tersebut sehingga guru tersebut mengambil tindakan membawa kes ini kepada guru bimbingan.
Dengan spontan saya perintahkan semua mereka pergi berwuduk dan kena solat sunat hajat. (duduk dalam kelas bukannya belajar pun) Salah seorang mesti menjadi imam. Niat solat hajat diajarkan. Usai solat mereka di ajar berdoa. Program ini berterusan lagi hingga beberapa hari berikutnya. Saya sempat bertanya pada guru yang diganggu, bagaimana keadaan mereka setelah didenda. Guru mengakui memang mereka ada sedikit perubahan. Oh ya, selepas hari pertama didenda sebegini, saya berultimatun, kamu kena buat macam ni lagi besok hingga saya berpuas hati. Ini sebab mereka duduk dalam kelas pun mengganggu rakan lain. Tau-tau besok, bila guru tersebut masuk, mereka sendiri bangun dan minta izin keluar.Ke mana? Cikgu Hisham suruh solat hajat.
Saya gembira, walaupun mereka didenda secara zahirnya, akan tetapi mereka sebenarnya menerima bimbingan. Antara bimbingan yang mereka terima :
1.Bagaimana berwuduk cara sempurna.
2.Macam mana niat solat hajat.
3.Macam mana kaifiat solat hajat.
4.Apa bacaan-bacaan dalam solat hajat.
5. Apa doa yang patut dibaca.
Kesemua ini saya bimbing seorang demi seorang. Kini beberapa hari lagi mereka akan menginjak ke tahun 6, secara automatik mereka berdepan dengan UPSR. Adalah harapan semoga tiada lagi kekacauan dalam kelas.
==================================================================
Coretan dari Cikgu Linda ; SMK Kajang Utama
==================================================================
Tahniah atas pendekatan yang dilakukan... saya setuju sangat kita berikan pndekatan yang islamik sebegini..cuma untuk menengah atas agak payah sket..maklumlah ego mereka tinggi...pernah saya suruh mereka ambilwudhu' sahaja mcm2 persepsi mereka kata...tapi buat juga dalam keadaan tidak redha..mungkin saya perlu tingkatkan dendaan sebegini...berterus anmacam hisham buat...saya pernah mengikuti pengakuan seorang pengetua yang membuat dendaan solat sunat taubat untuk student keras kepala dandegil ini.Alhamdulillah ada kesan...budak India pula saya selalu bacakanAl Fatihah dan buat2 sapu atas kepala dia...saya kata mahu bagi baiknanti tuhan sayang..tapi sebenarnya kesannya jangka panjang...ada suatu kes ustaz tu suka bacakan Al Fatihah dan hembus di kepala pelajar India dan akhirnya bila dah habis sekolah budak tu datang balik suruh ustaz ajar apa ayat yang selalu dia buat sampai dia lulus peperiksaan. .hikmahyang kita nampak....dan budak India tu pun dah jadi manusia yang baik sekarang.... .Bimbingan satu proses jangka panjang MAKLUMAN : Semua murid dalam foto di atas sudahpun memasuki alam persekolahan sekolah menengah. Selamat anak-anakku, semoga kejayaan sedang menunggumu...

1 comments:

Tinggal lah pesan buat pimpinan rohani manusia yang ketandusan dalam perjalanan menujuNya...2008 dah pergi, 2007 dah hilang dalam pandangan, kini 2009 kita meniti...aduh....berhati-hati menitinya, mana tahu kita kan tergelincir tahun ini jua tanpa persiapan yang semestinya. ALLAH HU AkBAR

Post a Comment