Navigation

Meat with Onions and Tomatos


$25.95



Shrimps with Tomatos and Avocados


$17.95



Vanila Ice-Cream and Pancakes


$13.95


Powered by Blogger.

Blog Archive

Labels

About

Blog Archive

Al-Hidayah

Selamat Datang ke Blog Norish77
Rujuk http://produkprs.blogspot.com
Pada tahun 2009 Terima Anugerah Guru Bimbingan Cemerlang Daerah Hulu Langat

Blogger news


widgeo
Ribuan Buku berada disini
Klik Sini

Blogroll

Blogger templates

Friday, February 20, 2009

Dari dulu, baru tadi perasan

Pabila pengerusi majlis membacakan biodata saya tadi,, baru lah saya terperasan, yang selama ini berada di 3 buah tempat yang bernama ISLAM. Pertama nama saya Noorhisham Hamzah Sarjana Sosial ISLAM, kedua tempat belajar pertama, Institut Agama ISLAM Negeri Ar-Raniry, Banda Aceh, Indonesia, kemudian masuk ke Maktab Perguruan ISLAM Bangi, dan sekarang Universiti Sains ISLAM Malaysia. Tak salah lah kadang-kadang orang panggil ustaz. Cuma bila balik sekolah, anak murid panggil cikgu je....

Berkenaan SKG-V

Saya ucapkan terima kasih pada guru-guru dan ibu bapa Sekolah Kebangsaan King George V yang sudi mendengar ceramah tadi. Dari perbualan dengan GKP Koko, saya dapat tahu, sekolah ini sedang dalam proses membeli sebuah van Kia (wang PIBG) untuk urusan hantar murid ke pertandingan. Hmmm..dah masuk kelas hebat sangat sekolah ni. Ramai jugak pelawat datang hatta dari Sabah dan Sarawak.

Menurut Cikgu Hashim tadi, sekolah ini telah memasuki banyak acara sukan, golf, tennis dan sebagainya yang tak ada di sekolah saya sendiri.

Tahniah SKGV yang telah mendapat 79 orang murid 5A tahun 2007 dan 54 orang tahun 2008, semoga target tahun ini seramai 70 orang jua berjaya, hasil kerja keras ibu bapa dan guru-guru.
Sepagi di SKG-V Seremban, Negeri Sembilan, sebenarnya, inilah pengalaman pertama berceramah diluar negeri Selangor. Terima kasih sahabat saya, Saudara Norhisham Mustafa dan Saudara Tapa Sasa yang bersama mengendali aktiviti ini.Pada ibu bapa SKGV sering-sering lah bertamu ke laman blog yang tak seindahnya ini.

Sebenarnya, ini pertama kali saya berada dalam program sebegini, di akhir penutup, saya minta kawan saya yang sangat berpengalaman dalam ceramah, Cikgu Mustafa atau En.Tapa menutup majlis. Terima kasih semua.