Navigation

Meat with Onions and Tomatos


$25.95



Shrimps with Tomatos and Avocados


$17.95



Vanila Ice-Cream and Pancakes


$13.95


Powered by Blogger.

Blog Archive

Labels

About

Blog Archive

Al-Hidayah

Selamat Datang ke Blog Norish77
Rujuk http://produkprs.blogspot.com
Pada tahun 2009 Terima Anugerah Guru Bimbingan Cemerlang Daerah Hulu Langat

Blogger news


widgeo
Ribuan Buku berada disini
Klik Sini

Blogroll

Blogger templates

Sunday, February 01, 2009

Gotong-Royong Membendung Jiwa

HARI JUMAAT.PERSADA mengadakan program gotong-royong mingguan. Program bermula selepas Terapi Agama, jam 11.00 pagi. Saya, ketika tinggal di asrama pondok dulu pun, kami tiap hari Rabu akan mengadakan gotong-royong bersama.

Namun apa yang menarik dalam program ini ialah, ianya merupakan sebahagian terapi jiwa kepada bekas penagih dadah yang masih belum pulih sepenuhnya ini. Mereka menjalani bermacam terapi untuk kepulihan jiwa. GOTONG-ROYONG rupanya satu terapi. You know why?

Semua ahli keluarga yang baru akan sama-sama menyapu sampah, dedaun yang jatuh, kertas, tisu dan sebagainya. Sesudah kawasan tadi dibersihkan sepenuhnya, beredarlah tukang bersih tadi ke kawasan lain, dalam pada itu, datanglah seorang senior, mereka membawa satu bakul sampah yang berisi kertas dan membuangnya sesuka hati mereka ke mana saja. Kemudian dia pergi. Kelompok tukang sapu tadi di panggil, hoi, datang ke mari, sampah ni,.. Datanglah kelompok tukang sapu tadi menyapu lagi.Padahal tempat itu sudahpun dibersihkan baru sebentar tadi.

Eh datang lagi senior tadi, kini membawa satu tong sampah hitam besar yang berisi dedaun yang telah disapu tadi, dengan bangganya dia membuang dan meratakan sampah itu kemana saja ia suka. Anehnya tiada siapa pun yang marah, bahkan menegur pun tidak. Disamping itu ada pula orang tertentu yang akan mengarah-ngarahkan orang baru dengan suara yan kuat, tengking dan segalanya.

Saya hari ini belajar, bagaimana penagih di sini di ajar, bersabar, ya ... bersabar, mereka langsung tak boleh marah bahkan REDHA dengan apa yang berlaku. Teringat kata-kata Sufi Besar Syiekh Abdul Qadir Al-Jailani, jadilah engkau seperti mayat ditangan pemandinya, atau seperti bola di kaki pemainya. Sufi besar ini mengajar kita agar berlaku demikian di depan Tuhan kiranya ingin menjadi hamba ALLAH yang disayangiNYA. Redha dengan apa yang berlaku, walaupun itu adalah tidak baik pada pandanganmu, seperti miskin, kesusahan, perpisahan dan sebagainya.