Navigation

Meat with Onions and Tomatos


$25.95



Shrimps with Tomatos and Avocados


$17.95



Vanila Ice-Cream and Pancakes


$13.95


Powered by Blogger.

Blog Archive

Labels

About

Blog Archive

Al-Hidayah

Selamat Datang ke Blog Norish77
Rujuk http://produkprs.blogspot.com
Pada tahun 2009 Terima Anugerah Guru Bimbingan Cemerlang Daerah Hulu Langat

Blogger news


widgeo
Ribuan Buku berada disini
Klik Sini

Blogroll

Blogger templates

Tuesday, February 17, 2009

Kepala Segala Dosa

WA LAQOD MANNAL LAHHU 'ALAL MUKMININ... DAN Sesungguhnya Allah telah melimpahkan rahmatNya yang begitu luas ke atas orang-orang mukmin, iaitu ketika mana ALLAH membangkitkan seorang rasul dikalangan mereka, yang berperanan membacakan (menghuraikan) ke atas umatnya ayat-ayat, tanda-tanda kebesaran ALLAH, (yuzakkihim ) dan berperanan membersihkan jiwa mereka (dari kotoran dosa dan akhlak mazmumah), dan mengajarkan manusia isi kandungan AL-KITAB dan HIKMAH, dan sesungguhnya manusia itu, sebelum kedatangan Rasul, berada dalam kesesatan yang nyata. Ayat ini menjelaskan peranan kedatangan rasul kepada manusia. Secara nampaknya, rasul itu datang sekali sahaja secara lahiriah dan fizikalnya, akan tetapi bagi manusia yang tidak pernah mengenali agama semenjak kecil, pabila dewasa dia baru merasakan nikmatnya agama, ia seakan-akan baru kedatangan rasul dalam hidupnya. Seorang penghuni pusat serenti di tempat saya, berbangsa India, berkata kepada manusia yang berbangsa Melayu, hei....kamu pergilah, kamu duduk-duduk saja, kamu ada surau, saya tak ada tempat mau semayang di sini. Dan ceritanya lagi, waktu kecil-kecil, dulu kita orang tengok TV 1 dan 2 sajalah, mana ada TV 3 dan segala macam, waktu azan ma, Tv akan siarkan azan, keluarga saya suruh cepat-cepat tukar siaran lain, dia orang tak mahu dengar, tapi saya cakap, tak pa, tak pa ma, saya mahu dengar...itu lagu azan kan....manyak best ma, kasi hati saya peace lah... Tuan-tuan, kalau India boleh merasakan sayunya pabila mendengar lagu azan, kenapa manusia yang sudah menjadi Muslim, masih buat tak endah? Mungkin jiwanya terlalu banyak karat dosa, atau kerana lagu azan itu belum masih meruntum jiwanya. Pada saya lagu azan itu perlu dipelajari. Kita perlu memanggil jiwa manusia itu datang untuk sujud pada Tuhan, bukan sekadar memanggil jasadnya. Saya perdengarkan pada kawan tadi sebuah lagu Azan Madani, dia menutup matanya ketika saya melagukan lagunya azan itu...wah.....saya belum pernah dengar ini. Ini bukan lagu saya, tapi lagu Madani, saya belajar dengan guru saya dulu, tapi inipun tak sesedap mana. Seorang sahabat Nabi pernah datang kepada beliau dan bertanya, Ya Rasulullah, kenapa mata saya begitu keras sekali untuk menangis. Kata baginda, (Jumudul 'ainu min Qaswati Qalbi) Kerasnya mata itu (dari hendak menangis), dikeranakan kerasnya hati, kerasnya hati kerana banyak dosa, banyaknya dosa, kerana lupakan mati, lupakan mati kerana cintakan dunia, dan cinta dunia kata Nabi, adalah kepala dari segala dosa.