Navigation

Meat with Onions and Tomatos


$25.95



Shrimps with Tomatos and Avocados


$17.95



Vanila Ice-Cream and Pancakes


$13.95


Powered by Blogger.

Blog Archive

Labels

About

Blog Archive

Al-Hidayah

Selamat Datang ke Blog Norish77
Rujuk http://produkprs.blogspot.com
Pada tahun 2009 Terima Anugerah Guru Bimbingan Cemerlang Daerah Hulu Langat

Blogger news


widgeo
Ribuan Buku berada disini
Klik Sini

Blogroll

Blogger templates

Thursday, March 19, 2009

Antara Harapan dan Kepercayaan


Hari ini Saya mencari ahli keluarga yang sudah memasuki fasa re-entry, pencarian ini adalah bertujuan mencari jawapan, apakah peranan yang semestinya di jalankan oleh keluarga mereka terhadap dirinya setelah keluar pusat nanti.

Dalam pencarian ini, saya bertemu dengan seorang bekas penagih yang kini menjawat jawatan PRS, tanpa menyebut nama beliau, saya dapatkan beberapa tips darinya sebagai ilmu tambahan kepada diri saya dan juga buat di sedekah kepada mana yang mahu. Saya ingin menulis hal ini sebagai jornal mingguan dan juga dalam masa yang sama untuk di “publish” kan ke dalam sebuah blog khas saya (http://norish77.blogspot.com), dengan tujuan untuk perkongsian, mudah-mudahan suatu hari nanti, jurnal ini dibaca dan dimanfaatkan oleh orang ramai. Dan saya ketika itu, entah masih ada atau sudah pergi dari muka bumi ini.

Baiklah, kita kembali pada cerita penagihan, setelah seorang atau lebih, dari sesebuah keluarga menjadi penagih. Yang mana akhirnya melalui perbincangan sesama ahli keluarga, atau secara paksa rela, (kes tangkapan), penagih tadi dihantar ke pusat serenti. Tujuan masuk pusat ialah untuk menjalani pemulihan. Dalam pusat, hari berganti hari, tempoh masa terus berlalu, setelah menjalani pemulihan yang padat, akhirnya tibalah masa untuk mereka keluar dan kembali ke pangkuan keluarga dan masyarakat.

Di sini, letaknya peranan membantu penagih adalah di pundak keluarga itu sendiri. Samada ibu bapa, isteri dan suami. Peranan dari mereka sebenarnya sangat besar dalam membantu kepulihan yang kekal pada seseorang bekas penagih. Izinkan saya terus mengguna perkataan penagih, walaupun mereka sudah berhenti menagih pada dasarnya. Sebab dalam NA (Narcotic Ananymos) masih mengekalkan perkataan penagih, kerana mereka (penagih) belum tentu akan kekal selama sepanjang hayat dalam pemulihan, dengan perkataan PENAGIH (bukan bekas penagih), mereka akan tersentak, dan terus mengakui, ya..aku memang penagih. Dengan itu, mereka sedar siapa mereka sebelum ini.

Yang pertama katanya, ahli keluarga hendaklah memberikan semangat yang berterusan kepada keluarga mereka yang terlibat. Pihak kelurga janganlah berputus asa untuk membantu mereka. Kami cukup sedar, pihak keluarga selama ini terlalu banyak menderita dan bersabar lantaran sikap ahli keluarga mereka yang terpaksa menipu, mencuri dan menjual barang-barang dalam rumah untuk ditukar dengan dadah.

Pernah kejadian, seorang penagih meminta duit dari kakaknya, kejadian ini berlaku pada malam raya, semua orang sibuk waktu itu, kerana permintaannya tidak dilayan, lalu di ambil kunci kereta BMW kakaknya, dia terus membawa lari BMW tersebut dan menjualnya...Kueng Kueng Kueng...

Kejadian mencuri kereta milik keluarga dan menjualnya berlaku 2 kali dalam hidupnya. Ketika berbicara dengan penagih lain, cerita hampir sama, mencuri dan menjual motosikal dan sebagainya.

Ini kerana, pemikiran penagih memang tidak dapat berfikir secara waras, dia tidak peduli orang dan masalah orang lain, yang penting adalah dirinya dan kemahuannya. Disinilah, keluarga merasa cukup tersiksa dengan ahli keluarga mereka, harapan keluarga supaya mereka pulih cukup tinggi, sanggup hantar ke pusat pemulihan, berpisah dalam tempoh waktu yang lama, terpaksa menanggung kesusahan pelbagai perkara, namun sebaliknya, kepercayaan keluarga terhadap penagih terlalu sedikit.

Memang tidak boleh disalahkan keluarga sebab mereka sudah merasakan peritnya hidup beranakan dan bersuamikan penagih. Namun kata PRS tadi, keluarga perlu intropeksi diri masing-masing…. Hadis Nabi pernah menyebut.

Setiap anak-anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (putih bersih), maka keluarganyalah yang mencoraknya menjadi Yahudi, Nasrani dan Majusi

Terlepas dari benar atau tidaknya hadis ini, boleh diterima atau tidak pada sebahagian orang, namun saya sendiri melihat ada benarnya, ada sisi-sisi tertentu, dimana punca kesalahan itu berpokok pangkal dari keluarga itu sendiri. Katanya lagi, dari mana datangnya anak ini, kalau tidak dari didikan keluarganya.

Kurang didikan agama, tiada suasana agama dalam keluarga, solat bukan hal yang penting, berjamaah apa lagi, buku-buku agama pun tidak pernah ada, yang ada majalah Wanita, Perempuan, Gila-gila dan sebagainya. Qur’an tidak pernah dijamah, apalagi membaca dan mengkaji isi kandungannya. Suasana damai tidak pernah ada, bagaimana anak-anak boleh membesar dalam kasih-sayang. Bapanya pemabuk, asyik bergaduh bila pulang ke rumah. Senyum tak pernah, membebel saja yang ada, dorongan, pujian dan semangat memang telah luntur dan mati.

Yang kedua, sentiasalah memberikan kepada mereka nasihat, perlu saya sebut, walaupun usia seorang penagih telah mencapai tahap dewasa dan telah akil baligh berkali-kali, namun pemikiran dan perasaan mereka sebenarnya, bukan berada di tahap usia mereka. Jika 10 tahun mereka jatuh dalam lubang penagihan, 10 tahunlah pemikiran mereka terbantut, jika 20 tahun, 20 tahun lah, jadi tidak hairan, jika fikiran mereka tidak matang atau kurang matang atau separa matang.

Jadi, di tahap ini, perlunya nasihat yang berterusan, nasihat dengan cara yang boleh diterima, tidak kasar, kerana jiwa mereka lembut. Mudah goyah dan berpaling semula.

Jangan menjanjikan ganjaran kepada mereka, sebab mereka akan melakukan sesuatu kerana mengharap ganjaran. Selepas mendapat reward, mereka akan kembali lagi ke alam high dan euforia. Jangan berikan mereka kemewahan, mereka cukup surrinder dengan dengan kemewahan dan wang yang banyak. Fikiran mereka tiada ke tempat lain bila duit banyak atau lebih, ubat, ubat dan ubat. Jarum, jarum dan jarum.

Di samping itu, pihak keluarga cubalah sharing masalah mereka dengan keluarga penagih yang lain, kadang-kadang kita merasakan masalah ini cukup berat dan bertanya, kenapa Tuhan uji saya sebegini dan hanya saya? Why Me? Bila kita berkongsi dengan orang lain yang senasib, tahulah kita, sebenarnya bukan kita sahaja yang bermasalah, orang lain pun bermasalah. Dengan itu, bebanan masalah berkurang.

Demikianlah, sedikit sebanyak peranan yang boleh keluarga mainkan. Semoga memberi manfaat pada anda, ada sesuatu untuk dikongsi bersama saya? Emelkan pendapat dan pengalaman anda ke afarima@yahoo.com

2 comments:

Norish @ Afraima said...

baik..terima kasih atas dorongan dan pertanyaannya...pertanyaan itu akan dijawab sehari 2 ini insya Allah

Fadzli said...

Melihat kepada imej yang dipaparkan, terasa kegerunan kepada permasalahan dadah. Penularan di kalangan pelajar masa kini amat membimbangkan. Bagaimana caranya jika gambar dipampang kepada pelajar masih tiada kesedarannya? boleh tuan Norish berikan tips bagi menghadapi pelajar sebegini...

Post a Comment