Navigation

Meat with Onions and Tomatos


$25.95



Shrimps with Tomatos and Avocados


$17.95



Vanila Ice-Cream and Pancakes


$13.95


Powered by Blogger.

Blog Archive

Labels

About

Blog Archive

Al-Hidayah

Selamat Datang ke Blog Norish77
Rujuk http://produkprs.blogspot.com
Pada tahun 2009 Terima Anugerah Guru Bimbingan Cemerlang Daerah Hulu Langat

Blogger news


widgeo
Ribuan Buku berada disini
Klik Sini

Blogroll

Blogger templates

Monday, March 16, 2009

Bagaimana Membantu Penagih

Salam Sejahtera,

Di Malaysia terdapat 28 buah pusat serenti yang dibina oleh kerajaan, ini termasuklah sebuah pusat serenti secara sukarela iaitu PERSADA di Sungai Besi. Pusat ini asalnya bernama Pusat Serenti Sungai Besi, namum di tukar nama kemudiannya kepada PERSADA sebagai ringkasan kepada Pemulihan Rakan Sekelompok Amalan Dayajuang Abadi.



Mengikut data terakhir yang diperolehi dari AADK, jumlah penagih di Malaysia sekarang ini ialah 350,000 orang, malah pernah mencapai 400,000 orang pada tahun 2005.



Penagih mengambil dadah disebabkan pelbagai perkara. Dari pada tidak sengaja, perasaan ingin mencuba, terjebak pengaruh kawan, ingin lari dari masalah keluarga, menghilang konflik diri, sehinggalah kerana tuntutan pekerjaan. Trend dulu kebanyakkan mereka mengambil dadah disebabkan kejahilan namun trend sekarang dan akan datang dijangka berubah.



Dadah, adalah sejenis bahan kimia, yang akan bertindak terhadap sistem saraf pusat manusia (otak) sehingga menjadikan pengambilnya berubah sikap. Antara nya menjadi agresif, bersemangat, rajin bekerja, selera makan bertambah, suka tidur dan sebagainya. Pelbagai watak ini dilahirkan dari pelbagai jenis dadah. Setiap dadah membawa kesan yang berbeza.



Dadah jenis ganja menjadikan pengambilnya suka makan, suka berkhayal, namun malas bekerja, dadah jenis heroin menjadikan pengambilnya suka bekerja, tidak mengantuk sepanjang hari, tetapi tidak mempunyai selera makan.



Pengambil dadah pertama kali akan memberikan kesan sampingan seperti loya, mual, ingin muntah, pahit dan lain-lain. Namun kebiasaan penagih akan mengambil secara berulang2 untuk merasa kesan high, dan euforia sehingga akhirnya, tanpa dia sedar, dia sudahpun menjadi dependen. Menjadi dependen maknanya, dia sudah mula jadi bergantung pada dadah, sehingga dia tidak mampu melakukan apa saja pekerjaan, melainkan terpaksa mengambil dadah dahulu, sehingga kalau ingin bertemu manusia pun, mereka perlu mengambil dadah dulu, atas alasan baru ada keyakinan diri.



Ada dadah jenis ais, pil dan ubat-ubatan. Kesemuanya mengandungi dadah yang membahayakan diri pada waktu jangka masa yang panjang, sekiranya diambil tanpa nasihat doktor. Ini kerana pengambilan tanpa ilmu, akan sentiasa tidak berpandukan dos yang dibenarkan, selain mencampur adukkan antara dadah, pil, ubat nyamuk dan sebagainya.



Kebergantungan inilah membuatkan diri penagih menjadikan dadah sebagai bahan nombor satu dalam hidupnya. Isteri, anak, pekerjaan, ibubapa, surau dan masjid, dan Tuhan semuanya nombor belakang. Apapun dadah mesti beres dahulu, baru urus yang lain. Begitulah sehari-hari sehingga kehidupan penagih menjadi bercelaru, yang ada anak isteri, yang ada kerja, rumah, wang banyak, semuanya boleh hilang disebabkan dadah.



Apabila penagih kehabisan dadah dalam tubuh, (macam ubat bius) penagih akan merasa sakit seluruh tubuh, sengal-sengal otot dan sendi, dan tidak boleh bekerja, rasa tertekan, sehingga melahirkan watak yang lain dalam dirinya, mudah marah-marah, cepat terasa hati, merajuk, mengamuk dan sikap-sikap negatif lain.



Insaf



Apabila sudah lama dalam alam penagihan, ada sesetengah penagih merasa fade-up, boring dan bosan, ini kerana mereka tidak lagi mendapat kesan high sebagaimana waktu mula-mula pengambilan. Ini kerana untuk mendapat kesan high, mereka perlu menambah dos, dari sikit kepada banyak, bahkan ada yang sengaja mengambil berlebihan supaya cepat-cepat dirinya mati.



Ingin berhenti, ya memang ada keinginan, semua penagih tidak mahu mati dalam penagihan. Di sini bermula episod kedua dalam hidup, iaitu masuk alam pemulihan, ada yang pergi ke pusat pemulihan swasta seperti Inabah di Kedah, disana ia mengguna konsep zikir, sembahyang, mandi taubat, memasukkan ilmu agama (tasauf) dan sebagainya, ada yang pergi ke PENGASIH, dan ada yang ke luar negeri.



Setelah pulang dari pemulihan, mereka masih terjebak lagi....Dimana silapnya? Sebenarnya kesilapan yang berlaku ini terletak ada diri penagih, sendiri dan keluarga penagih.



Saya akan menghuraikan kesilapan-kesilapan tersebut, dan bagaimana solusi untuk membantu mereka yang boleh dimainkan oleh ahli keluarga dalam tulisan akan datang. Terima Kasih kerana membaca.