Navigation

Meat with Onions and Tomatos


$25.95



Shrimps with Tomatos and Avocados


$17.95



Vanila Ice-Cream and Pancakes


$13.95


Powered by Blogger.

Blog Archive

Labels

About

Blog Archive

Al-Hidayah

Selamat Datang ke Blog Norish77
Rujuk http://produkprs.blogspot.com
Pada tahun 2009 Terima Anugerah Guru Bimbingan Cemerlang Daerah Hulu Langat

Blogger news


widgeo
Ribuan Buku berada disini
Klik Sini

Blogroll

Blogger templates

Tuesday, March 31, 2009

Berita Yang Sadis

Untuk makluman semua pembaca, blog saya dikunjungi oleh para guru, pegawai kerajaan dan juga keluarga kepada penagih. Memang saya sengaja invite mereka datang untuk melihat catatan saya sepanjang perjalanan ini. Ada mutiara yang bertaburan, ada juga batu kerikil, Pilihlah....you get what you want.

Pada anda semua, dari Brunei dan Indonesia, dari Malaysia dan serata alam, saya ucapkan, أهلا و سهلا بكم جميعا , Selamat Datang, Welcome, hana nyang lebih lon rasakan guembira pane nyoe, salain kedatangan dron mandum. Saya lihat sampai ratusan yang datang, namun tidak pula meninggal pesan, entah sengaja mahu berhenti atau singgah sebentar sekadar sejukkan enjin. Terutama dari Brunei. Sering saja ada. Silakan tinggal pesan. Salam ukhuwah fillah, semoga selamanya kita dalam redha ALLAH.

Hari ini, saya membantu 2 orang sahabat di pusat, membuat panggilan terhadap bekas penagih yang sudah keluar, panggilan ini sempena ulang tahun TC yang ke sepuluh. Saya bukan mahu bercerita hal ini sebenarnya, tetapi ada keluarga yang mengharapkan sesuatu apabila menjengah blog ini, untuk panduan mereka sekeluarga, buat melayari bahtera kehidupan sementara masih ada air lautan dan angin yang menolak.

Saya bertanyakan pada sahabat, macam mana mereka semua? Entahlah....jawab mereka, dalam 100 kita call, hanya 10 orang yang keluarganya kata OK. Yang lain, macam-macam jawapan, anak mak cik makin teruk, entah lah, saya pun tak peduli dia lagi, dah puas pegi berubat, anak mak cik dah mati nak......hari-hari habis RM30.00 nak beli benda tu, kerja tak? Tak, tak ada kerja, mak bapak yang tanggung...

Begitulah kebanyakkan jawapan yang kami terima. So, sebagai titik kesimpulan, saya ingin nyatakan, peluang untuk penagih pulih sebenarnya ada, tetapi kadang-kadang terlalu tipis. Masya Allah. Justeru itu, saya bergagah jua, untuk memberikan tips kepada anda yang mungkin hampir kelemasan dalam lautan kehidupan, semoga tips ini boleh menjadi tali kepada anda untuk berpaut, sementara kapal hampir tenggelam. Semoga Anda Selamat.

Begitulah laluan kehidupan penagih, Bukan mudah untuk stop selamanya. Laluannya cukup sukar, apalagi tanpa orang-orang terdekat yang bisa memberi pertolongan yang nyata bagi mereka. Namun bukan mahu meruntuh harapan, cuma bersedialah, untuk kehidupan yang kadang-kalanya kita tidak bersedia langsung untuk itu, tetapi ternyata ia hadir jua dalam hidup kita. Ibarat kata guru saya, tetamu tak di undang. Ya, tetamu.....yang kita tiada undangan...masalah oh masalah.

Untuk berherti, mereka perlukan turning point, kalau dalam agama, namanya HIDAYAH. Anda boleh mencari makna kalimat turning point, dengan menaip kalimat ini pada enjin carian di atas, ada catatan saya jauh hari sebelumnya.

Seorang penagih, Mr.X namanya, saya bertanya berapa lama tuan duduk dalam dunia penagihan? 20 tahun jawabnya. Sekarang memang mahu berhentilah ? Ya, encik..saya dah bosan, duduk dalam keadaan begini, Kenapa boleh ada niat nak berhenti....Oh...satu hari semasa sedang menagih bersama-sama kawan dalam kebun getah. Ada orang datang bagi tau pada member saya, eh...balik mak engkau dah mati lah. Member saya ini tidak peduli, katanya sekejap lagi, yalah tengah gian, mat gian memang tak akan peduli apa kalau tengah gian, lepas tu saya tolong pergi hantar dia balik. Sampai di rumah, semua orang dah tak ada. Mayat sudah siap di timbus dah. Semua acara dah selesai. Orang memang marah, anak tak guna, *!`&8*/|*, macam-macam perkataan orang marah.

Saya rasa sayu, nanti mak saya pun begitu jugak. Dah la, saya insya Allah, bukan kata janji, tapi nak berhenti. Mana yang baik.....pikir-pikir kanlah. Jangan nak mencuba-cuba dadah, sekali hisap, selamanya kau akan ambil. Kecuali orang yang diberikan Hidayah oleh ALLAH. tetapi siapa orang yang tuhan pilih untuk dibagi2 hidayah secara percuma tu....tunggu....

2 comments:

Norish @ Afraima said...

hmmm... betul jugak..10 lebih dari langsung tak ada..perjuangan belum selesai

DrDin said...

Assalamualaikum ustz...
masih ada sinar hari esok
100 baik 10 itupun dah ok,
sebenarnaya sangat susah untuk sembuh dan jalan untuk mereka sembuh penuh liku, makanya saya pikir 100org boleh ok 10org pun dah bagus.disinilah pentingnya semangat yang tinggi untuk sembuh.namun semangat aja belum cukup
....disinilah pentingnya terapi gantian methadone/subuxon/buprex dalam penyembuhan mereka.
ustaz confirm punya lepas keluar pusat perkara pertama mereka pikir adalah macam mana aku nak 'high' lagi...so lepas keluar mereka pasti cari dadah.dengan adanya methadone/suboxone/buprex mereka tidak pikir dadah tapi perkara pertama mereka pikir adalah ubat2 terapi gantian.mereka2 yang memakan dose yang betul dan tidak menyalahgunakan ubat terapi gantian ini bila mereka mengambil dadah,dadah tidak mendatangkan efek 'high'.......dadah dah tak ada rasa.wajah dan penampilan mereka yang menggunakan terapi gantian denagn betul adalah sangat berbeda...ustaz kena dtg keklinik saya untuk melihat perbezaannya.di pusat rawatan dr mahmud muar kami ada beberapa orang penagih yang telah pulih sepenuhnya dan mejadi helper di pusat ini..
mak mati anak masih di port sangat menyedihkan tapi ada juga penagih mati di port,penagih2 satu port semuanya lari tinggalkan port....tinggallah simati keseorangan malah ada juga mayat penagih diletakkan ditepi jalan atau depan kedai dengan harapan ada org lain yang akan memebawa simati kerumahnya....sangat menyedihkan nasib penagih dadah

...masih ada sinar harapan untuk sembuh...

Post a Comment