Navigation

Meat with Onions and Tomatos


$25.95



Shrimps with Tomatos and Avocados


$17.95



Vanila Ice-Cream and Pancakes


$13.95


Powered by Blogger.

Blog Archive

Labels

About

Blog Archive

Al-Hidayah

Selamat Datang ke Blog Norish77
Rujuk http://produkprs.blogspot.com
Pada tahun 2009 Terima Anugerah Guru Bimbingan Cemerlang Daerah Hulu Langat

Blogger news


widgeo
Ribuan Buku berada disini
Klik Sini

Blogroll

Blogger templates

Sunday, April 12, 2009

Bukan Ku PInta Lahir Begini

Tidak ada manusia yang bercita-cita ingin gagal dalam hidup, tidak ada manusia yang ingin gagal dalam hidup, penagih dadah tidak pernah mengisi borang untuk menjadi penagih, juga tidak pernah bermain atau bergurau senda dengan kawan-kawan, jom kita main-main hisap dadah. Tetapi salah siapa, akhirnya dalam hidup ini mereka menjadi penagih jua dan masuklah mereka dalam dunia yang penuh dengan kecelaruan. Profail Seorang Penagih Saya bawakan kisah hidup seorang penagih, yang kini berusia 25 tahun, sedang berada di sebuah pusat serenti. Kesempatan menemubual klien ini, saya paparkan, sebagai hadiah buat semua guru di sini. Mangsa Keadaan Ateh, bukan nama sebenar, kisah ini pernah saya coretkan dalam blog popular saya, sejak itu, blog saya terus mendapat perhatian pengunjung. Hits bertambah-tambah, sehingga 2 orang pengunjung menyarankan agar saya membukukan segala pengalaman ini. Pernah pula seorang wartawan, berminat untuk membawa kisah-kisah penagihan ini ke dalam majalah mereka. Bapaku bekerja sebagai askar, ibuku hanya suri rumah, ketika aku (klien, Ateh) berusia 11 tahun, ibu dan bapa mula bergaduh, bapa ku seorang panas baran, aku tak tahu punca semua itu, tetapi yang aku tahu, ibuku sangat cemburu orangnya. Masa aku di kelas 6, pergaduhan semakin ketara, ibuku menuduh bapaku ada perempuan lain, akhirnya mereka berdua bercerai. Selepas berlaku perceraian, aku tinggal dengan ibu, malang bapa kahwin lain, aku tak dapat menerima kehadiran ibu tiri yang berpura-pura baik di hadapanku dan lain pula ketika ayahku tiada. Aku tak tahan dengan dunia sebegini. Aku lari ke rumah ibu, ibu pula tak menerima, kerana tak cukup wang untuk membesarkan aku, aku lari ke rumah atuk, disitu ada abang dan kakakku, mereka pula halau supaya aku ke rumah bapak. Nampaknya semua orang tak sukakan aku. Sekolah pun aku tak minat, walau begitu aku sempat belajar sampai tingkatan 2. Baru-baru beberapa bulan, akhirnya aku terpaksa lari membawa diri, dengan segalas beg, aku naik keretapi dari Raub menuju ke Melaka, tapi aku sesat di jalan, aku tersalah turun di stesen di Negeri Sembilan. Seorang India bertanya ku, kemana kamu anak kecil mahu pergi, jawabku yang ketika itu baru 14 tahun, aku lari dari rumah dan tak mahu balik lagi. India itu tunjukkan aku kedai kawannya, dia suruh aku menolong di kedai itu. Di situlah aku bekerja sehingga beberapa tahun. Aku kemudian pindah kerja dengan seorang tauke Cina, aku dibiaya buat lesen, akhirnya aku berjaya menjadi pemandu lori tauke tersebut. Sejak itu aku semakin jauh dari dunia kecilku. Apa yang Cina makan, itulah makanan ku, apa yang mereka buat, itulah gaya hidupku juga. Aku tinggal bersama rakan di rumah sewa. Kisah ini membawa kepada aku terjebak dengan penagihan ganja. Aku hairan melihat rakan-rakan serumah denganku, macam mana mereka boleh membakar rokok dalam keadan khayal, sehingga sebatang rokok tersebut habis di jarinya tanpa dihisap. Lama aku mencuba ganja. Akhirnya ganja sudah tidak memberikanku kepuasan lagi. Aku naik taraf sikit, aku mula berjinak dengan heroin. Heroin memang menjadikan aku seorang hero. Prestasi kerja mula merosot, aku datang tak datang bekerja. Masuk Pusat Dan akhirnya ketika dalam perjalanan membeli dadah, aku di tangkap. Mahkamah memutuskan aku dihantar ke pusat serenti di Johor. Pusat serenti bukan dunia ku, aku sangat tertekan, hanya 4 bulan aku disitu, aku kemudian cabut lari bersama 3 orang rakan yang lain. Malang pula nasib aku, tertangkap lagi, polis menyemak tentang diriku, gara-gara lari dari pusat serenti, aku di campakkan di Penjara Penor, Pekan selama setahun, keluar penjara aku bekerja di car wash, namun dadah tetap makanan rujiku, semasa bekerja di Car Wash inilah, polis datang ke situ dan aku menjalani ujian urin, sah ada dadah dalam tubuhku, kali ini aku dihantar ke Pusat Serenti Sungai Petani, 4 bulan kemudian arahan supaya aku dihantar ke Pusat Serenti ini. Aku masih belum faham, kenapa harus aku tinggalkan dadah, sedangkan ianya sangat bermakna buatku. Demikian coretan sedikit dari pengalaman saya bersama saudara Ateh. Saya bertanya Ateh, kemana arah tuju hidup anda selepas keluar pusat nanti? Tiada tempat lain katanya, saya akan mengambil heroin lagi. Bila ditanya apakah bapa anda solat? Memang tak pernah jawabnya, Ateh...tau tak, hidup ini tak lama, di penghujung hidup ini ada kematian, Tuhan akan bertanyakan segala nikmat pemberianNya selama ini, untuk apa kita guna? Semua ini bukan free.. Ateh termenung, entahlah, saya pun tidak tahu apakah betul-betul ada lagi kehidupan selepas kematian...