Navigation

Meat with Onions and Tomatos


$25.95



Shrimps with Tomatos and Avocados


$17.95



Vanila Ice-Cream and Pancakes


$13.95


Powered by Blogger.

Blog Archive

Labels

About

Blog Archive

Al-Hidayah

Selamat Datang ke Blog Norish77
Rujuk http://produkprs.blogspot.com
Pada tahun 2009 Terima Anugerah Guru Bimbingan Cemerlang Daerah Hulu Langat

Blogger news


widgeo
Ribuan Buku berada disini
Klik Sini

Blogroll

Blogger templates

Monday, May 11, 2009

Anggota polis dihukum gantung



KUANTAN - Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal akhirnya menerima hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas didapati bersalah atas dua tuduhan mengedar dadah jenis ganja seberat 811.91 gram empat tahun lalu.

Hakim Datuk Abdul Halim Aman memutuskan hukuman tersebut terhadap Mohd. Isa Zainal Abidin, 52, setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

Seramai 10 orang saksi termasuk isteri tertuduh dipanggil dalam perbicaraan yang bermula 26 Mac 2007 dan berakhir pada 21 April lalu bagi memberi keterangan.

"Pembelaan yang diasaskan kepada penafian hak milik dadah terbabit tidak mencukupi. Malah, tertuduh sendiri memandu arah polis ke tempat dadah di dalam rumahnya menunjukkan tertuduh tahu di mana dadah itu disimpan," katanya.

Mohd. Isa dalam pertuduhan pertama didapati mengedar dadah jenis ganja seberat 390.45 gram kira-kira pukul 5.15 petang di hadapan sebuah kedai nombor ekor di Jalan Tok Muda Haji Idris, Pekan pada 14 Oktober 2005.

Pertuduhan kedua pula, dia didapati mengedar dadah jenis ganja seberat 421.46 gram kira-kira pukul 5.30 petang di kuarters polis Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan pada tarikh yang sama.

sumber