Navigation

Meat with Onions and Tomatos


$25.95



Shrimps with Tomatos and Avocados


$17.95



Vanila Ice-Cream and Pancakes


$13.95


Powered by Blogger.

Blog Archive

Labels

About

Blog Archive

Al-Hidayah

Selamat Datang ke Blog Norish77
Rujuk http://produkprs.blogspot.com
Pada tahun 2009 Terima Anugerah Guru Bimbingan Cemerlang Daerah Hulu Langat

Blogger news


widgeo
Ribuan Buku berada disini
Klik Sini

Blogroll

Blogger templates

Friday, May 08, 2009

What The Main Problem

Dalam kaunseling penagihan, Kita akan mencari masalah yang sebenar disebalik masalah yang tidak sebenar. Klien atau seseorang yang sedang menghadapi masalah biasanya akan menutup masalah yang sebenar. Dia akan menceritakan masalah-masalah yang tidak sebenar dan bukan itu sebenarnya yang menjadi masalah. Dalam arena persekolahan, Adakalanya kita akan bertemu murid atau pelajar yang kerap kali ponteng sekolah. Guru akan menghubungi ibu dan bapa murid ini. Jawapan yang diberikan pun bukankah jawapan yang sebenar. Petang ini saya membuat lawatan ke rumah kali kedua, dan insya Allah malam ini pun ada satu lagi tujuan atas nama lawatan ke rumah. Sebagai orang dewasa, tak perlu sebenarnya kita bersyarah pada mereka, cukup dengan kedatangan tubuh kita ke depan pintu rumah mereka, pun membuat jiwa mereka tergaman. Sebenarnya masalah anak tidak ke sekolah, adalah bukan masalah anak itu sangat. Tetapi ada kaitan secara langsung dengan sikap ibu dan bapa. Nabi orang Islam, pernah mengatakan Setiap anak dilahirkan dalam keadaan putih bersih. Maka ibu bapanya lah yang mencorakkan dirinya, apakah akhirnya menjadi majusi, nasrani atau yahudi. Sikap anak, jangan disalahkan anak. Dia masih kecil dan tak tahu apa-apa. Kitalah yang mencorak keperibadiannya, cara berfikir dan bertindaknya. Jangan nanti kalau anak tidak solat, kita menjawab dihadapan Allah, entah...dia yang malas.