Navigation

Meat with Onions and Tomatos


$25.95



Shrimps with Tomatos and Avocados


$17.95



Vanila Ice-Cream and Pancakes


$13.95


Powered by Blogger.

Blog Archive

Labels

About

Blog Archive

Al-Hidayah

Selamat Datang ke Blog Norish77
Rujuk http://produkprs.blogspot.com
Pada tahun 2009 Terima Anugerah Guru Bimbingan Cemerlang Daerah Hulu Langat

Blogger news


widgeo
Ribuan Buku berada disini
Klik Sini

Blogroll

Blogger templates

Wednesday, June 17, 2009

Dadah di Bangi

ADA yang mengatakan ternampak kelibat orang sedang memberi dan mendapatkan sesuatu di luar pagar sekolah, persis di belakang rumah guru. Bukan satu dua orang, bahkan lebih dari tiga, dalam bahasa arab kalau lebih tiga itu boleh dipanggil jamak. Bahkan Guru Besar sendiri mengatakan ada komplen dari ibu dan bapa tentang cerita yang sama. Kemungkinan besar transaksi jual beli dadah yang tuan saksikan itu. Dulu mereka sering berjual beli di depan Petronas, namun kata SI Balai Bangi, orang tu dah kena tangkap. Kami minta tuan-tuan dan puan-puan yang melihat lagi kejadian ini terus melaporkan kepada pihak AADK Hulu Langat. Pejabatnya di atas Perhentian Bas Kajang. Pihak sekolah tidak dapat berbuat apa-apa hal ini, sementelahan ianya terjadi diluar ruang sekolah, walau pun hampir dengan sekolah. Seorang kakitangan sekolah suatu ketika dahulu bercerita, bahawa dia sendiri pernah melaporkan hal ini kepada pihak berkuasa Polis. Apa jadi? Hampir sebulan dia di ekori oleh sebuah kereta, kemana saja dia pergi ada orang yang sama mengekorinya. Tidak pula memotong, tapi hanya mengekori dan melihat ke mana dia bergerak. Hasilnya, dia berada dalam ketakutan, rumahnya telah di cam, anak-anaknya juga telah di cam (padanya). Akhirnya dia taubat tidak mahu mencampuri lagi urusan ini. Namun begitu, saya telah melaporkan pada Komandan AADk Daerah Hulu Langat sebelum cuti lalu.