Navigation

Meat with Onions and Tomatos


$25.95



Shrimps with Tomatos and Avocados


$17.95



Vanila Ice-Cream and Pancakes


$13.95


Powered by Blogger.

Blog Archive

Labels

About

Blog Archive

Al-Hidayah

Selamat Datang ke Blog Norish77
Rujuk http://produkprs.blogspot.com
Pada tahun 2009 Terima Anugerah Guru Bimbingan Cemerlang Daerah Hulu Langat

Blogger news


widgeo
Ribuan Buku berada disini
Klik Sini

Blogroll

Blogger templates

Tuesday, July 07, 2009

Deritanya aku

Menurut En.Hafney, Presiden PENDAMAI. Penagih itu ada 3 Kategori :-
a) Penagih manja - minta duit dari ibu.
b) Penagih awal - Penagih berjadual, tahu jika esok pagi mereka perlukan dadah, maka penagih akan survey tempat di mana mahu beli dan ambil dadah, dan juga bila masa akan datang yang mereka perlukan.
c) Penagih parah - Bila berlaku perubahan sikap ( segala-galanya akan berubah)
Pada asasnya Heffney mengingatkan pada diri masing-masing, jangan cuba. Bukan senang untuk berhenti bila sudah terlibat, tidak ada jalan keluar. Hanya ada 2 pilihan sahaja iaitu :-
i) Tidak ada pemulihan kekal walaupun sudah berhenti dan teruskan berjuang sampai mati atau ii) Kau jadi penagih sampai mati
Jangan anggap ia perjuangan biasa, tapi perjuangan luar biasa dan jika ditakdirkan engkau mati, ia mati syahid, tambah Heffney lagi
Bila sudah terkena dadah, tiada bahasa yang untuk digambarkan betapa sakitnya. Pengalaman Heffney, dia pernah merempat dan duduk berhari-hari di Federal Bakery (kilang membuat roti) dan mengutip roti-roti yang dibuang untuk mengalas perut yang kosong kerana kedaifan hidup sebagai penagih. Selama 4 tahun dia pernah merempat di kaki-kaki lima kerana dadah.
Menurut dia lagi, dadah mengganggu 3 perkara utama yang ada dalam diri manusia iaitu PEMIKIRAN, PERASAAN dan TINGKAH LAKU. Bila seseorang terjebak dengan penagihan dadah, maka ketiga-tiga perkara utama tadi akan berubah fungsinya. Terlalu sukar untuk pulih walaupun di dalam sesi kaunseling mereka mengatakan betul-betul mahu berubah, mahu pulih dan tidak mahu mengulangi semula penagihan, tetapi malang perkara ini akan tetap berulang, penagihan pasti berulang. Soalan yang akan kerap dan biasa dikemukan, KENAPA MENAGIH SEMULA?
Menurut Heffney, soalan kenapa menagih semula merupakan soalan yang paling susah untuk dijawab. Contoh yang saudara Heffney berikan ialah andaikan kita sepasang suami isteri, mempunyai anak-anak yang telah besar. Tiba-tiba, ada orang yang menyuruh, “Engkau mesti bercerai!”. Ataupun contoh lain yang diberikan jika sebagai penagih, andaikan anda sedang asyik masyuk bercinta dan angau, “tidak dapat lihat bumbung rumah, dapat lihat kasut pun jadilah”. Beginilah andaian Heffney bagaimana perasaan seseorang itu bila sudah terjebak dengan dadah. Dadah itu ibarat cinta dan nyawa mereka. Jadi agak susah untuk menerima kenyataan jika ada orang yang berkata kepada mereka “Kau mesti berhenti hisap dadah dan masuk pusat serenti!”. Menurut Heffney lagi, “aku hisap dadah ada sebab dan aku nak berhenti pun ada sebab. Aku tak pernah fikir macam mana nak berhenti tapi hari-hari aku fikir macam mana nak dapatkan dadah. Jadi kehidupan aku sentiasa di dalam ketakutan. Aku takut duit aku tak cukup nak dapatkan dadah setiap hari dan akhirnya aku menjadi seorang pengedar dadah. Aku akhirnya tidak terputus bekalan dadah”. Bercerita tentang titik perubahan atau turning point dalam kehidupan dia ialah bila dia mendapat tahu adik perempuannya turut terlibat dalam kancah penagihan dadah. Dia menceritakan bagaimana adik perempuan yang merupakan seorang perempuan yang baik, bersopan-santun dan tidak pernah meninggalkan solat boleh terjebak dengan dadah kerana dia. Akibat perselisihan faham dan pergaduhan antara ibu bapa Heffney mengambil keputusan untuk meninggalkan rumah dan kampung halaman. Kira–kira hampir 3 tahun dia meninggalkan kampung halamannya, pada satu malam dia telah pergi ke Chow Kit, sarang penagihan yang terkenal di ibu kota. Rasa bagai tak percaya dan mahu luruh jantungnya bila dia melihat kelibat seorang perempuan yang mirip-mirip adiknya. Bila dihampiri, masya-Allah, dia benar-benar adik perempuan ku. Rasa seperti mahu di sepak terajangnya adik perempuannya ketika itu. Rupanya, bila satu penagih lahir dalam sebuah keluarga, maka satu keluarga itu akan hidup seperti penagih. Macam mana ahli keluarga lain boleh tahan, kerana adanya aku sebagai penagih, ibu bapa ku bergaduh setiap hari, kerana aku, ayah pukul ibu ku, kerana aku menjual dadah, polis selalu datang menyerbu rumah ku, ibu bapa ku akhirnya bercerai dan adik beradik ku lari dari rumah entah ke mana. Pesanan Heffney, ”jika mahu berhenti setakat nak berhenti, ia takkan kekal lama. Sekurang-kurangnya cari satu turning point – sekurang-kurangnya jadikanlah ibu kita sebagai titik untuk kita melakukan perubahan. Tenung wajah ibu kita sewaktu dia sedang tidur, wajah orang yang telah melahirkan kita, kemudian carilah kekuatan dalaman”. Selepas malam itu, orang yang pertama menjadi sasaran aku ialah bapa ku Bapa aku merupakan orang yang paling bersalah dalam hal ini.aku tumbuk bapa ku berulang-ulang kali akibat kemarahan yang merupa-ruap. Kemudian aku mencari ibu ku pula. Aku bertengkar besar dengan ibu.Tapi tidak lah sanggup aku untuk memukul ibu ku. Walaupun marah aku masih dapat mengawal tindakan ku. Ibu ku masuk ke dalam dan kemudian keluar dengan sebatang penyapu. Ibu ku memukul ku bertalu-talu dengan penyapu tapi aku sedikitpun tidak melawan malah aku biarkan sahaja ibu ku terus memukul ku dengan penyapu. Ibu ku kemudian bersuara dalam tangisan ”kalau aku tahu kau akan jadi macam ni, aku cekik kau masa kecik-kecik”. Tetapi aku hanya mendiamkan diri sahaja. Hari-hari selama 2 tahun aku kata aku mahu berhenti. Tapi aku tidak berhenti juga menagih dadah.Tetapi dalam hati kecil aku, aku merayu dan meminta tolong supaya aku dapat meninggalkan dunia penagihan ini. Bukan mudah untuk berhenti. 29 tahun berhenti pun tidak pasti akan memberikan jaminan untuk pulih. Ramai kawan-kawan ku yang sudah 13 tahun berhenti menagih kemudian relapse. Walhal mereka sudah ada perniagaan yang kukuh, ada kereta, ada isteri dan keluarga.Tiba-tiba mereka menelefon ku dan memberitahu bahawa mereka gagal. Dia menyesal dengan apa yang dilakukannya tetapi mereka tidak ada lagi cara lain untuk menyelesaikan masalah mereka selain dadahlah jalan penyelesaiannya. Heffney sering mengingatkan kepada rakan-rakan yang mahu pulih, bahawa dalam pemulihan , kejatuhan penagih bermula bila dia mula ’lupa diri’. Lupa diri di sini bermaksud orang yang mahu pulih tapi berlagak dan sombong. Dia selalu mengingatkan bahawa untuk jatuh semula ia tidak akan berlaku dalam jangka masa satu malam.Tetapi ia ada cerita. Kejatuhan bukanlah satu penamat. Apabila ia jatuh, kemudian menyesal menagih itu sebenarnya adalah kejayaan kerana dia boleh bercerita dan berkongsi pengalaman. Orang yang gagal pula ialah orang yang jatuh semula (relapse) tetapi tidak mahu bercerita dan berkongi dengan sesiapapun ataupun orang yang berpengalaman. Masalah yang paling besar di dalam proses pemulihan ialah MENYUSUN KEHIDUPAN. Mereka perlu diberi peluang yang sama kerana mereka juga mempunyai perut yang sama. Beri mereka peluang untuk memenuhkan perut mereka dengan cara yang betul kerana jika mereka tidak diberi peluang mereka akan mengisi perut mereka dengan cara lama. Cuba bayangkan Jika mereka ditawarkan dengan bayaran sebanyak 5 ribu sekali penghantaran dadah, sedangkan mereka tidak ada pekerjaan dan mereka perlu menyara anak isteri. Bayangkan mereka sebenarnya sudah berhenti menagih tetapi disebabkan tidak ada pekerjaan mereka nak tak nak terpaksa menerima tawaran menjadi pengedar dadah. Bercerita tentang pengalaman pemulihan Heffney, dalam masa 2 tahun dia mencuba pelbagai cara untuk pulih termasuklah hospital, dukun dan bomoh. Pernah sehingga dia buat sampan pergi ke sebuah pulau dan tak mahu pulang-pulang supaya boleh pulih tetapi tidak sampai 1 hari dia dah berenang pulang kerana tidak tahan sakit. Tok bomoh kata ada jembalang yang duduk di dalam badan dan akhirnya dia buat satu keputusan gila. Dia kemudian menelefon sahabatnya, Aziz. Dia kemudian meminta bantuan kawannya itu untuk menyewakan kepadanya sebuah bilik. ”Engkau kunci dan ikat aku di dalam bilik, kemudian engkau cuma bagi aku roti dan air ribena sahaja setiap hari”.Itulah arahan Heffney kepada kawannya.Kawan-kawannya menggelar dia dengan panggilan ”kakei” atau budak nakal tidak percaya dengan permintaannya. Tetapi disebabkan adik perempuan dan penangan penyapu ibunya lah yang menjadikan Heffney terus bersemangat untuk pulih.Anak yang dulunya dibelai, dimanja tetapi boleh dipukul dengan penyapu dengan ibunya. Disebabkan peristiwa itu dia bersemangat untuk membuktikan kepada ibunya bahawa dia boleh berubah dan pulih. Tetapi sebelum dia menyuruh rakannya menguncinya di dalam bilik, pada malam itu dia ambil dan hisap dadah sepuas-puasnya. Sewaktu dalam tempoh pengurungan, waktu yang paling ditakuti ialah menjelang pukul 7 pagi kerana pada waktu itulah dia akan merasa kesakitan yang amat sangat.Sebelum itu dia berpesan kepada kawannya walau apapun yang berlaku jangan dibuka kunci bilik tersebut kerana jika dibuka akan timbul masalah besar. Selama 5 hingga 6 hari dia tidak makan. Badannya terasa sangat lemah dan dia tidak sedarkan diri. Bila dia sedarkan diri dilihat segala cermin pecah, darah dan najis bersepah di merata-rata tempat. Rupanya perkara (muntah dan cirit-birit) itu berlaku tanpa dia sedari kerana terlalu menahan kesakitan atau pun ketika sindrom tarikan (withdrawal syndrom). Rakannya kemudian hanya menyiram bilik tersebut dengan air tanpa membuka kuncinya. Makanan dan minuman pun hanya dimasukkan melalui lubang pada pintu sahaja. Sewaktu dalam tempoh pengurungan, waktu yang paling ditakuti ialah menjelang pukul 7 pagi kerana pada waktu itulah dia akan merasa kesakitan yang amat sangat. Setelah dikurung selama 28 hari, tibalah hari yang ditunggu-tunggu. Selama 2 3 hari terawal dia hanya keluar dan masuk rumah menikmati cahaya matahari. Dia berkata di dalam hati bahawa ”Aku sudah kuat dan aku mahu pulang”. Kemudian dia membayar sewa bilik tersebut kepada rakannya sambil berjenaka ”Ambillah semua duit ni kawan, tapi aku nak beritahu kau ini duit haram”. Kemudian dia teruskan nekad untuk pulang ke kampung dan bertemu dengan ibunya. Sewaktu hendak pulang, dia dengan penuh rasa bangga mahu beritahu ibunya berita gembira. Ibunya amat gembira kerana Heffney mahu pulang. Berita ini disampaikan oleh rakannya kepada ibu Heffney. Sebaik sahaja dia tiba di Kampung Pandan dan mahu turun dari bas mini, polis sudah sedia di hadapannya. Baru sahaja dia mahu melihat bumbung rumahnya pihak polis sudah berada di depan mata. Dalam hati dia berkata jika aku tak larikan diri mesti masalah besar. Rekod jenayah banyak. Akhirnya aku nekad larikan diri dan polis tak dapat kejar aku, mungkin sebab kasut berat yang dipakainya. Ibu aku yang baru nampak kelibat aku terus terduduk bila melihat aku dikejar polis. Aku terus melarikan diri tetapi aku bernekad untuk berjumpa juga dengan ibu ku malam itu. Ketika malam menjelang subuh aku balik ke rumah dan berjumpa ibu ku secara senyap-senyap. Aku jumpa ibu ku dan beritahu bahawa aku sudah berhenti mengambil benda haram itu. Mak aku cium seluruh muka ke sepuas-puasnya. Aku puas hati dapat memberitahu ibu ku aku sudah berhenti menagih. Keesokan pagi-pagi subuh aku bertolak ke Johor Baharu dan bekerja sebagai buruh kontrak. Aku memasang bumbung asbestos walaupun aku tidak pernah melakukan pekerjaan itu sebelum ini. Segala gaji yang aku dapat aku tak simpan tapi aku beri kepada seseorang yang aku percaya. Selama 7 kali gaji aku tidak pernah gunakan dan kini tiba masanya untuk aku pulang berhari raya. Aku hantar surat kepada ibu ku. Kali ini sebaik sahaja aku pulang ke kampung dan turun dari bas, aku ditangkap polis lagi. Tapi kali ini aku tak lari, aku tunjukkan kepada polis tersebut bahawa aku benar-benar sudah berubah dan aku tunjukkan 7 bulan gaji yang mahu ku berikan kepada ibu ku. Mungkin polis juga bersimpati pada ku kali ini dan aku dilepaskan pulang ke rumah. Seterusnya apa yang aku lakukan aku pulihkan adik perempuankan dan aku tak pernah berhenti untuk sama-sama memulihkan penagih. Nota ini di salin oleh : Puan Nor Zalifah SPADA 2008 Sdr. Hafnee boleh dijemput memberikan ceramah di tempat anda : Hubungi saya di afraima@yahoo.com untuk mengatur jadual ceramah.

4 comments:

Norish @ Afraima said...

terima kasih atas masukkan nya tuan. saya stuju sangat2

Anonymous said...

Saudara Norish,
Saya berminat untuk mendapatkan input yang sangat berharga tentang pengalaman berkaunseling saudara. Sekiranya saudara berminat untuk dihubungi, boleh saya dapatkan alamat emel?
Rafidah.

Anonymous said...

ini adalah kisah org yg tahu diri telah tersilap jalan dan berazam utk berada di jalan yg betul.
pada waktu encik hafnee ingin pulih tiada pusat serenti seperti zaman kini.lihat!!...semuanya berpunca dari hati.jika ada kemahuan tentu ada usaha walaupun tiada kaunseling atau khidmat nasihat.pucuk pangkalnya keinginan yg ikhlas.syabas dan tahniah!!!!

Norish @ Afraima said...

emel saya afraima@yahoo.com

Post a Comment