Navigation

Meat with Onions and Tomatos


$25.95



Shrimps with Tomatos and Avocados


$17.95



Vanila Ice-Cream and Pancakes


$13.95


Powered by Blogger.

Blog Archive

Labels

About

Blog Archive

Al-Hidayah

Selamat Datang ke Blog Norish77
Rujuk http://produkprs.blogspot.com
Pada tahun 2009 Terima Anugerah Guru Bimbingan Cemerlang Daerah Hulu Langat

Blogger news


widgeo
Ribuan Buku berada disini
Klik Sini

Blogroll

Blogger templates

Tuesday, August 11, 2009

KATAKAN TAK NAK PADA ROKOK

"BUDAYA KURANG NAMPAK ADA PADA KAMU, TENGOKLAH BUDAYA ORANG-ORANG YANG MEROKOK" HAFNEY "Saya mungkin satu dalam sejuta", itulah antara kata-kata Saudara Hafney, Presiden Pendamai pagi ini ini di CIAST. Saya diminta memberikan ceramah 2 jam pada pelajar baru di sini, 2 jam sangat panjang untuk uraikan persoalan dadah bagi saya yang baru dalam dunia ini.
Saya menjemput beliau untuk berkongsi, sharing....sebenarnya 1 jam tak cukup baginya, kurang2 dua jam, susah katanya kena potong situ dan sini waktu ceramah. Banyak kena cut-cut. Habis ceramah waktu kami nak ke kantin, 2 orang pelajar lelaki menegurnya. Pelajar : Terima kasih abang (Hafney) atas ceramah tadi, ceramah abang telah mengubah persepsi saya selama ini. Saya : Apa persepsi anda sebelumnya ?
Pelajar : Selama ini, saya ingat dadah boleh ambil dan tinggal begitu je, rupanya susah. Hafney : Terima Kasih Pelajar : Tak, sepatutnya saya yang terima kasih pada abang.
Kami terus meluru ke kantin. Oh ya, bersama saya ialah Pn.Norzalifah, beliau berhajat nak bawa kliennya untuk mendengar syarahan luar biasa Hafney, sayangnya klien itu tak dapat datang. Saya memang meletakkan ceramah beliau luar biasa hebat. Pada anda, pelajar CIAST, silakan taip kata-kata semangat untuknya, Sdr.Hafney telah berikan pada anda nombor telefonnya, bantu dia untuk kekal dalam kepulihan. Bekas penagih memang memerlukan program untuk recovery dirinya. Dengan ceramah, akan memberikan kekuatan dalaman padanya. Anda jangan lihat saya hari ini, kata Hafney, saya mungkin satu dalam sejuta, tetapi lihatlah betapa menderitanya saya hendak pulih dan kekalkan kepulihan, sekali anda cuba, tiada jalan keluar lagi, kecuali anda benar2 anak jantan. Banyak kisah menarik beliau di buka hari ini, selama ini saya sendiri belum pernah dengar. Pn.Norzalifah sempat menyalin ceritanya dan ingin memaparkan dalam blog sedikit masa lagi.