Navigation

Meat with Onions and Tomatos


$25.95



Shrimps with Tomatos and Avocados


$17.95



Vanila Ice-Cream and Pancakes


$13.95


Powered by Blogger.

Blog Archive

Labels

About

Blog Archive

Al-Hidayah

Selamat Datang ke Blog Norish77
Rujuk http://produkprs.blogspot.com
Pada tahun 2009 Terima Anugerah Guru Bimbingan Cemerlang Daerah Hulu Langat

Blogger news


widgeo
Ribuan Buku berada disini
Klik Sini

Blogroll

Blogger templates

Saturday, August 15, 2009

PUSAT AADK KANGAR, PERLIS

Sejarah Penubuhan

Pada 17 Februari 1996, Kabinet telah meluluskan penubuhan Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) dengan menggabungkan Pasukan Petugas Anti Dadah (PPAD) dan Bahagian Rawatan dan Pemulihan (BRPD) sebagai sebuah organisasi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN), Agensi Dadah Kebangsaan adalah urusetia kepada Majlis Dadah Kebangsaan (MDK) yang dipengerusikan oleh Y.B Menteri Dalam Negeri dan bertanggungjawab kepada semua aspek tindakan anti dadah negara.

Dasar Dadah Negara

Dasar Dadah Negara telah diisytiharkan oleh Y.A.B Dato's Seri Dr. Mahathir (sekarang Y. Bhg Tun Dr. Mahathir Mohamad), bekas Perdana Menteri Malaysia pada 19 Februari 1983 semasa melancarkan Kempen Anti Dadah Peringkat Kebangsaan. Dasar ini digubal bertujuan untuk mengurangkan permintaan dan bekalan dadah serta hasrat untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada dadah.

Strategi Dadah Negara

Pada 11 Jun 1996, strategi baru Dasar Dadah Negara telah diluluskan oleh Majlis Dadah Kebangsaan mengikut keutamaan iaitu :-

  1. Pencegahan
  2. Penguatkuasaan
  3. Rawatan dan Pemulihan
  4. Kerjasama Antarabangsa

Pencegahan, penguatkuasa, rawatan dan pemulihan merupakan tiga strategi utama manakala kerjasama antarabangsa merupakan strategi sokongan.