Navigation

Meat with Onions and Tomatos


$25.95



Shrimps with Tomatos and Avocados


$17.95



Vanila Ice-Cream and Pancakes


$13.95


Powered by Blogger.

Blog Archive

Labels

About

Blog Archive

Al-Hidayah

Selamat Datang ke Blog Norish77
Rujuk http://produkprs.blogspot.com
Pada tahun 2009 Terima Anugerah Guru Bimbingan Cemerlang Daerah Hulu Langat

Blogger news


widgeo
Ribuan Buku berada disini
Klik Sini

Blogroll

Blogger templates

Saturday, August 15, 2009

PUSPEN BUKIT CHABANG, PERLIS

Pusat Serenti Bukit Chabang (PSBC) atau Desa Terapi Keinsafan Diri (DTKD),Perlis mempunyai 6 unit jentera perlaksanaan Terapi Keinsafan Diri atau Sistem Halaqah.Sebagai institusi pemulihan dadah yang berkonsepkan pendekatan spiritual,Unit-unit Pelaksana PSBC mempunyai tugas dan peranan masing-masing dalam memastikan perjalanan program rawatan dan pemulihan di PSBC berjalan mengikut garis panduan dan prosedur yang telah ditetapkan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan Malaysia.

Dengan kekuatan kakitangan seramai 89 orang,PSBC sentiasa memastikan setiap penghuni di sini mempunyai kemahiran serta iltizam yang kukuh untuk kepulihan.Justeru,pelbagai aktiviti dijalankan selain mengikut jadual harian yang telah ditetapkan.

Unit Pentadbiran memegang peranan paling dominan di PSBC memandangkan segala aspek pengurusan dan penyelenggaraan dan dipantau melalui unit ini.Sebagai unit paling utama,unit pentadbiran bertanggungjawab membuat pembayaran gaji kakitangan serta menguruskan hal ehwal kewangan PSBC.

Manakala,Unit Pengurusan pula bertanggungjawab memantau perjalanan program penghuni mengikut jadual yang telah ditetapkan.Selain itu,unit ini juga memainkan peranan sebagai penjaga kebajikan dan hal ehwal penghuni termasuk dari aspek keperluan,pakaian,asrama dan disiplin.Unit Perubatan yang merupakan sub-unit Pegurusan juga memainkan peranan yang sangat penting PSBC unit yang bertanggungjawab Sebagai unit yang bertanggungjawab menjaga kesihatan penghuni,unit ini sentiasa mengadakan ujian nurien.Pemeriksaan darah,saringan HIV dan bertindak selaku merinyu kesihatan di PSBC.

Sementara itu,Unit Agama turut memainkan peranan yang domainan di PSBC memandangkan unit ini merupakan nadi penggerak sistem Halaqah dan terapi keagamaan di pusat ini.Kelancaran kelas agama dijalankan oleh para ustaz dengan dibantu oleh beberapa Naqib yang dilantik dari kalangan penghuni untuk membantu dan memberi tunjuk ajar kepada penghuni baru.Penghuni PSBC yang pastinya,mendapat input agama yang secukupnya untuk bekalan kehidupan mereka di masa-masa yang mendatang.

Unit latihan Vokasional & Riadah (LVR) pula bertanggungjawab mengatur program riadah serta memberi latihan dan kemahiran kepada penghuni melalui projek-projek yang disediakan untuk penghuni di pusat ini.Unit ini juga bertanggungjawab memantau perjalanan program dan aktiviti yang diadakan.Selain itu,Unit LVR juga diberi mandat bagi memastikan displin dan semangat kerja berkumpulan di kalangan penghuni dipraktikkan dengan memantau Pengawas atau PRS (Pembimbing Rakan Sebaya) yang dilantik dikalangan penghuni sendiri.

Antara unit-unit yang ada di PSBC ini,Unit yang menjadi pemangkin bagi kesemua unit yang lain adalah Unit Keselamatan.Unit ini bertanggungjawab memastikan keselamatan dan keharmonian kakitangan dan penghuni di PSBC.Unit ini juga berperanan memantau perjalanan aktiviti penghuni,displin,menjalankan pemeriksaan ke dalam asrama,pemeriksaan fizikal dan lain-lain tugas yang telah ditetapkan kepada setiap Pengawai Keselamatan (PK) berdasarkan Akta Polis Bantuan.PK bertugas secara shif bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku di PSBC dan memastikan pusat ini sentiasa dalam keadaan yang selamat.