Navigation

Meat with Onions and Tomatos


$25.95



Shrimps with Tomatos and Avocados


$17.95



Vanila Ice-Cream and Pancakes


$13.95


Powered by Blogger.

Blog Archive

Labels

About

Blog Archive

Al-Hidayah

Selamat Datang ke Blog Norish77
Rujuk http://produkprs.blogspot.com
Pada tahun 2009 Terima Anugerah Guru Bimbingan Cemerlang Daerah Hulu Langat

Blogger news


widgeo
Ribuan Buku berada disini
Klik Sini

Blogroll

Blogger templates

Saturday, August 22, 2009

Suami isteri antara 4 suspek pengedar dadah

KLUANG: Sepasang suami isteri antara empat yang disyaki pengedar dadah ditahan di dua lokasi berasingan di Kluang, petang Khamis lalu. Pasangan suami isteri masing-masing berusia 45 dan 40 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Taman Sri Lambak di sini, kira-kira jam 5.30 petang dan polis menemui bungkusan mengandungi ganja mampat 553 gram di dalam bilik tidur pasangan berkenaan. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamed Fawzi Arshad, berkata pasangan berkenaan akan didakwa mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952, jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

"Pasangan itu dipercayai mengedar dadah sekitar daerah ini dan polis masih menyiasat lanjut pembabitan mereka dengan rangkaian pengedaran dadah lain di negeri ini," katanya. Mohamed Fawzi berkata, sebelum serbuan ke rumah pasangan berkenaan, polis menahan dua lelaki berusia 45 tahun di Jalan Kota Tinggi, Kluang. Hasil pemeriksaan, polis menemui dua ketul ganja mampat yang masing-masing seberat 38 gram yang dibungkus dalam plastik lutsinar pada badan dua lelaki itu.

“Kedua-dua lelaki itu masih direman sehingga 28 Ogos ini dan mereka akan didakwa mengikut Seksyen 39 A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. Dalam kes berasingan, polis menahan tujuh warga Indonesia, termasuk seorang wanita berusia antara 19 hingga 44 tahun, pertengahan bulan lalu kerana terbabit dalam beberapa kes samun bersenjata di Kluang dan Batu Pahat. Mohamed Fawzi berkata, kumpulan berkenaan ditahan di sebuah ladang kelapa sawit di Sri Lalang, di sini dan polis menemui pelbagai peralatan memecah rumah, sebuah motosikal curi, senjata tajam serta sejumlah wang tunai beberapa negara antaranya rupiah, rupee, ringgit dan riyal.

“Hasil soal siasat terhadap kumpulan itu, polis percaya dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya lima kes samun dan pecah rumah di Kluang dan Batu Pahat sejak Januari lalu. “Semua suspek didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana menyamun berkumpulan dan bersenjata. Mereka juga didakwa mengikut Seksyen 6 (3) Akta Imigresen kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah,” katanya.

Sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Wilayah/20090823072753/Article/