Navigation

Meat with Onions and Tomatos


$25.95



Shrimps with Tomatos and Avocados


$17.95



Vanila Ice-Cream and Pancakes


$13.95


Powered by Blogger.

Blog Archive

Labels

About

Blog Archive

Al-Hidayah

Selamat Datang ke Blog Norish77
Rujuk http://produkprs.blogspot.com
Pada tahun 2009 Terima Anugerah Guru Bimbingan Cemerlang Daerah Hulu Langat

Blogger news


widgeo
Ribuan Buku berada disini
Klik Sini

Blogroll

Blogger templates

Thursday, September 17, 2009

Maha Suci Allah ; Bayi Tanpa Kepala

KUNDUZ (Afghanistan): Seorang wanita Afghanistan melahirkan bayi kembar siam yang bercantum di bahagian dada dengan seorang daripadanya tanpa kepala.
Seorang daripada bayi terbabit berada dalam keadaan sihat tetapi badan, kaki dan tangan kembarnya melekat padanya.
Doktor di Hospital Kunduz, Homayoun Khamoosh, berkata kembar tanpa kepala itu hidup selama beberapa hari selepas dilahirkan Khamis lalu. “Dia bergerak seketika, tetapi kini meninggal dunia,” katanya semalam.
Menurut Dr Homayoun, ia adalah kes pertama dikendalikan di wilayah Kundus. Untuk menyelamatkan bayi yang lengkap sifatnya itu, katanya, pembedahan memisahkan pasangan kembar terbabit mesti dijalankan segera. “Ia perlu dilakukan sebelum tubuh kembar yang meninggal dunia itu mula mereput,” katanya. Ibu bayi terbabit adalah seorang wanita berusia 35 tahun dan sebelum ini melahirkan empat anak. Bagaimanapun, wanita terbabit enggan membenarkan wajahnya dirakam jurugambar atau memberikan namanya untuk pengenalan identiti. - AFP