Navigation

Meat with Onions and Tomatos


$25.95



Shrimps with Tomatos and Avocados


$17.95



Vanila Ice-Cream and Pancakes


$13.95


Powered by Blogger.

Blog Archive

Labels

About

Blog Archive

Al-Hidayah

Selamat Datang ke Blog Norish77
Rujuk http://produkprs.blogspot.com
Pada tahun 2009 Terima Anugerah Guru Bimbingan Cemerlang Daerah Hulu Langat

Blogger news


widgeo
Ribuan Buku berada disini
Klik Sini

Blogroll

Blogger templates

Saturday, September 12, 2009

Bukan ku pinta lahir begini (Ulangan)

"Tulisan ini sering mendapat respon yang baik dari pembaca, oleh itu, ianya disiar ulang untuk manfaat pada yang belum membacanya"
Keadaan keluarga yang bercelaru, bapa tak pernah sholat, ibu sangat tinggi cemburunya, keluarga ku hancur, aku tinggal dengan ibu selepas bapa bercerai, malang bapa kahwin lain, aku tak dapat menerima kehadiran ibu tiri yang baik didepan dan lain pula dibelakang.
Aku lari ke rumah ibu, ibu pula tak menerima, kerana tak cukup wang untuk membesarkan aku, aku lari ke rumah abang dan kakak, mereka pula halau supaya aku ke rumah bapak. Sedihnya aku, tiada siapa yang tahu. ke mana harus kaki ku membawa diri.
Akhirnya aku mengambil keputusan untuk terpaksa lari membawa diri, dengan segalas beg, aku naik keretapi dari Raub, aku ingin ke Melaka sebenarnya, tapi aku sesat di jalan, ku telah turun di Negeri Sembilan
Ketika aku berjalan seorang diri di sana, seorang India menyapaku dengan bertanya, kemana kamu anak kecil mahu pergi, jawabku yang ketika itu 14 tahun, mau tak mau, au terpaksa ceritakan hal yang sebenar, aku lari dari rumah dan tak mahu balik lagi. India itu tunjukkan aku kedai kawannya, di situlah aku bekerja sehinga beberapa tahun.
Aku makan macam cina makan, apa yang mereka makan, itu jugak yang ku sumbat ke dalam perutku. Aku tinggal bersama dengan rakan2 serumah sewa. Aku hairan melihat brother yang lebih besar dari ku menghisap ganja, mereka menyalakan hujung rokok, tapi sampai sudah mereka tak hisap, ooo baru ku tahu....mereka hayal rupanya. Terdetik dalam hatiku ingin juga mencuba, entah bagaimana rasanya khayal, siapa mahu larang aku, akhirnya aku pun mencuba.
Kisah ini membawa kepada aku menjadi penagih ganja dan akhirnya heroin sehingga aku di tangkap dan masuk ke pusat serenti di Johor. Malang pusat serenti itu, kerana 4 bulan aku lari bersama 3 orang rakan yang lain. Malang pula nasib aku, tertangkap lagi, kini dipenjara di Penor selama setahun, keluar penjara aku kerja car wash, namun dadah tetap aku sukai, kemudian ditangkap lagi, kali ini dihantar ke Pusat Serenti di Kedah, 4 bulan kemudian arahan supaya aku dihantar ke Pusat Serenti ini.
Aku masih belum faham, kenapa harus aku tinggalkan dadah, sedangkan ianya sangat bermakna buatku. Hayati, dimana silapnya seorang bapa sehingga anak bercelaru dan kini tidak tahu pun apakah kehidupan itu ada atau tidak selepas meninggal kelak??? Demikian coretan sedikit dari pengalaman saya bersama saudara X, kisah ini akan saya sampaikan dalam kuliah terdekat.