Navigation

Meat with Onions and Tomatos


$25.95



Shrimps with Tomatos and Avocados


$17.95



Vanila Ice-Cream and Pancakes


$13.95


Powered by Blogger.

Blog Archive

Labels

About

Blog Archive

Al-Hidayah

Selamat Datang ke Blog Norish77
Rujuk http://produkprs.blogspot.com
Pada tahun 2009 Terima Anugerah Guru Bimbingan Cemerlang Daerah Hulu Langat

Blogger news


widgeo
Ribuan Buku berada disini
Klik Sini

Blogroll

Blogger templates

Friday, September 25, 2009

Koleksi Buku Terbaru

Jaafar Rawas, Toko Buku Agama Terbesar di Kelantan
Sudah menjadi lokasi wajib persinggahan saya sewaktu pulang ke kampung, satu-satunya kedai buku yang paling luas di Malaysia, kedai Jaafar Rawas. Lokasinya di tengah-tengah bandar Kota Bharu tepatnya di Jalan Dato Pati. Semua peminat buku dan ulat-ulat buku seharusnya tidak tertinggal untuk singgah di sini. Banyak buku dari Pustaka Nasional, Singapura ada di sini, dan buku-buku karya Tasauf yang jarang kita temui di tempat lain, malah Kuala Lumpur sekalipun.
Ada lagi yang menambah istimewa kedai ini ialah kerana buku-buku ini banyak dari terbitan Pustaka Aman Press. Kota Bharu. Cuba perhatikan buku-buku yang baru saya beli ini, ada tak di toko buku Jalan TAR, (Tun Abdul Razak) dan Masjid India. Buku di Kelantan terdapat dalam dwitulisan, yakni jawi dan rumi. Untungnya lagi, buku tulisan jawi lebih murah ketimbang tulisan rumi, yang mana isinya adalah sama.
Berita Ghaib dan Alam Akhirat
Ahli Neraka dan Kesengsaraannya
Intisari Karya Tasauf, Pustaka Aman Press (PAP)
Ingat Akan Maut, Pustaka Aman Press Sdn Bhd.
Majalah Pengasuh, Keluaran Majlis Agama Islam Kelantan,
pengisian seputar masalah kontemporari, tasauf, ulama tanah Melayu dan Pathani. Anda boleh langgan Majalah ini hanya Rm3.00 satu. Saya mula membelinya ketika harganya masih Rm1.80
Tafsir Juz Amma. Hanya Rm4.00 Buku ini tidak menjadi kontrovesi, tetapi isinya menjadi bualan dikalangan peminat tasauf serata dunia. Ana Al-Haq. Akulah Tuhan.
Serba ringkas berkenaan kajian Tasauf, Alih bahasa oleh Abdul Majid bin Haji Khotib
Jumlah kesemua buku-buku ini hanya RM33.00 sahaja tanpa diskaun. Kalau dengan penjual biasa, mereka dah kenal muka saya, memang selalu dapat diskaun, tapi kini sudah lama tidak ke sini lantaran bertapa di Bangi. Tak dapatlah diskaun, lagi pun masa dulu tu status masih pelajar sekolah.