Navigation

Meat with Onions and Tomatos


$25.95



Shrimps with Tomatos and Avocados


$17.95



Vanila Ice-Cream and Pancakes


$13.95


Powered by Blogger.

Blog Archive

Labels

About

Blog Archive

Al-Hidayah

Selamat Datang ke Blog Norish77
Rujuk http://produkprs.blogspot.com
Pada tahun 2009 Terima Anugerah Guru Bimbingan Cemerlang Daerah Hulu Langat

Blogger news


widgeo
Ribuan Buku berada disini
Klik Sini

Blogroll

Blogger templates

Friday, September 25, 2009

Orang Islam mana boleh masuk Syurga

Tergaman dan terkejut juga jamaah surau, apabila kuliah subuh pagi itu mengatakan orang Islam tidak boleh masuk syurga. Yang sedang hampir terlena pun ikut terkezut, malah merekalah yang lantas mengangkat kepala. Cuba mendengar betul-betul apa yang terdengar tadi. Ya, manusia ni, kalau setakat jadi orang Islam belum tentu dapat masuk syurga. Kerana tidak ada ayat dalam Al-Quran yang menyebut orang Islam berada di syurga dengan kenikmatan sekian-sekian. Yang ada dalam Al-Quran ialah orang muttaqin. Sebagaimana tercatat dalam surah An-Naba'. "
Sesungguhnya untuk orang2 muttaqin berada di tempat yang bahagia, beberapa kebun dan batang anggur, dan beberapa anak perawan yang sama umurnya, dan beberapa mangkuk yang penuh berisi, tidak pernah mereka mendengar dalam syurga itu perkataan percuma (sia-sia) dan tidak juga perkataan dusta
" Demikian tercatat dalam tafsir Juzuk Amma. Upgrade dan Update Diri Oleh sebab itulah, penceramah mengajak hadirin untuk sama-sama meningkat naik ke taraf Mukmin dan Muttaqin. Kalau setakat orang Islam, belum ada jaminan. Sebab nak jadi Islam tu mudah sangat, hanya mengucap 2 kalimat syahadah, walau jarang-jarang sembahyang. Apakah pegawai kerajaan macam nurse, guru dan kerani macam tu akan masuk syurga? Jangan harap. Sebab keluasan syurga antara langit dan bumi itu hanya untuk orang2 yang bertakwa. Takwa maknanya takut.Orang yang takut menunjukkan reaksi sebagai menifestasi takutnya melalui menunai perintah dan menjauhi laranganNya.