Navigation

Meat with Onions and Tomatos


$25.95



Shrimps with Tomatos and Avocados


$17.95



Vanila Ice-Cream and Pancakes


$13.95


Powered by Blogger.

Blog Archive

Labels

About

Blog Archive

Al-Hidayah

Selamat Datang ke Blog Norish77
Rujuk http://produkprs.blogspot.com
Pada tahun 2009 Terima Anugerah Guru Bimbingan Cemerlang Daerah Hulu Langat

Blogger news


widgeo
Ribuan Buku berada disini
Klik Sini

Blogroll

Blogger templates

Thursday, September 17, 2009

Pelbagai Pendekatan Dalam Berdakwah

18 sept. 2009. Merujuk surat pembaca Berita Harian hari ini. Orang macam Ustazah Bahyah ni susah nak kita jumpa dalam negara malaysia. Apalagi suami beliau, seorang Ustaz yang cukup popular. Bagi saya pendekatan atau metode Ustaz lebih slow, tenang dan mengajak batin manusia untuk merenungi setiap patah kalimah-kalimah yang beliau keluarkan. Namun lain pula pendekatan isterinya, namun kedua-duanya, sama-sama berceramah dan mengajak manusia kepada Allah. Bab over ini, Nabi sendiri pernah menyentuh, janganlah kamu berkasar dengan manusia, nanti mereka akan lari darimu" Berkasar tu overlah. Over jugak boleh ternampak dalam bentuk pergerakan tubuh yang melampau, seperti berjoget, cuit-mencuit didepan khalayak "walaupun itu halal pada hukumnya", lainlah kalau kita memang asal artis. Dikira tak mengapalah kalau nak berjoget sikit-sikit. itupun belum pernah dibuat orang. Saya cukup terpegun dengan gaya AA Gym,(Abdullah Gymnastiar), pemilik Syarikat Manajeman Qalbu, menyampaikan ceramah dan khutbah. Pernah saya mendengarnya secara langsung di Masjid Agung Baiturahman, Banda Aceh. Gaya tasauf, zuhud, dan kalimat yang keluar di mulutnya adalah datang dari qalbunya. Amat terasa. Lain pula orang yang berceramah bukan dari qalbu, tapi dari fikiran yang nampak balasan dari ceramahnya. Saya juga pernah mendengar syarahan Ustaz Ibrahim Libya. Memang intonasi suara beliau yang baik pernah saya dengar. Apapun, jika anda seorang penceramah, banyak2lah membaca buku penceramah hebat dulu-dulu, kalau di Malaysia, pada saya tak banyak, namun lain pula di Indonesia, Ya lah rakyatnya pun 250 juta. Kita perlu belajar Intonasi, Frekuensi dan gaya persembahan yang baik dan boleh diterima orang, jangan sampai di anggap melebih-lebih, apalagi kalau kita berbicara bab agama. Rasa malu (haya') dan takut (khauf) perlu ada malah terpampang pada gaya. itulah manusia yang mengajak manusia kepada Tuhan. Anda pernah membaca gaya Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani berceramah...?? Hemmm. Hebat..Sesekali suara kita perlu perlahan, dan sesekali perlu bersemangat. Jangan datar macam khatib di Masjid-masjid berkhutbah, sambil menundukkan pandangan. Maka tidak hairanlah, jika hampir semua makmun pun ikut menunduk pandangannya. Apapun sekali lagi, terserah anda menilainya, kerana anda memang berhak untuk menilai seseorang dan seorang sahabat adalah cermin kepada sahabat yang lain.