Navigation

Meat with Onions and Tomatos


$25.95



Shrimps with Tomatos and Avocados


$17.95



Vanila Ice-Cream and Pancakes


$13.95


Powered by Blogger.

Blog Archive

Labels

About

Blog Archive

Al-Hidayah

Selamat Datang ke Blog Norish77
Rujuk http://produkprs.blogspot.com
Pada tahun 2009 Terima Anugerah Guru Bimbingan Cemerlang Daerah Hulu Langat

Blogger news


widgeo
Ribuan Buku berada disini
Klik Sini

Blogroll

Blogger templates

Friday, December 11, 2009

Peranan Ketua Keluarga Membentuk Imej Keluarganya

"Nantilah, kita kumpul semua anak-anak muda, kita buat majlis besar-besaran, jemput semua ibu ayah sekali" Itulah antara jawapan yang sering saya dengar dari pengerusi surau apabila meminta untuk memberikan ceramah gratis di masjid dan surau berkenaan penyalahgunaan dadah. Akhirnya majlis itu tak jadi. Walhal, saya mempunyai bidang khusus dalam bab penagihan yang di iktiraf oleh Universiti, ceramah percuma pulak tu, bukan nak kan duit, tetapi saya nakkan masyarakat kita sedar betapa sikap keluarga itu sendiri yang menjadikan anak mereka penagih.

Salah Tanggapan

Masyarakat kita salah memahami, kenapa mereka juga, yang sudah dewasa, sebagai ibu ayah, perlu mendengar syarahan Penagihan Dadah. Tujuan syarahan adalah bukan supaya mereka takutkan dadah. Tetapi supaya mereka memahami sub-budaya, tingkah laku penagih. dan punca-punca anak menjadi penagih dan cara mengelak dari berlaku hal sedemikian.

Jika ini mereka tahu dari awal, mereka dan boleh detect, anak si A ni rupanya ada ciri-ciri penagih, balik lewat malam, tidur siang hari, suka menyendiri, suka pinjam duit, suka makan berseorangan dan lain-lain. So, dapatlah mereka membuat prevention (pencegahan) seawal mungkin.

Punca anak menjadi penagih sangat penting, sebab ibu dan bapalah antara puncanya, selain anak salah memilih kawan.Lihatlah keratan akhbar di atas. Kalau begitu sikap bapa, tak hairanlah kalau anaknya nanti akan menjadi penagih, sebab keadaan kacau bilau, serabut, geram, dendam, benci dan sebagainya berkumpul dalam satu hati. Suatu hari ia akan meledak, untuk menunjukkan geloranya selama ini yang tidak dapat ditahan-tahan.

Saya tidak setuju 100% menyalahkan anak-anak kalau mereka jadi penagih disebab kan berkawan, kerana Nabi mengatakan, anak-anak itu dilahirkan dalam keadaan putih bersih, mak bapaknya lah yang mencorakkan (keadaan keluarganya) sehingga menjadi begitu dan begini.

Namun memang juga terjadi, mak ayah baik, selalu ke masjid, tetapi anak jadi penagih, tetapi itu berapa pensen sangat dalam sekian ribuan penagih. Lebih kurang cerita Nabi Nuhlah, walaupun Nuh adalah seorang Nabi lagi Rasul, tetapi anak dia mana mahu ikut nasihat ayahnya.