Navigation

Meat with Onions and Tomatos


$25.95



Shrimps with Tomatos and Avocados


$17.95



Vanila Ice-Cream and Pancakes


$13.95


Powered by Blogger.

Blog Archive

Labels

About

Blog Archive

Al-Hidayah

Selamat Datang ke Blog Norish77
Rujuk http://produkprs.blogspot.com
Pada tahun 2009 Terima Anugerah Guru Bimbingan Cemerlang Daerah Hulu Langat

Blogger news


widgeo
Ribuan Buku berada disini
Klik Sini

Blogroll

Blogger templates

Friday, December 04, 2009

Risiko Mengorek Telinga

Mungkin ada antara anda yang akan mengorek telinga anak hampir setiap
minggu semata-mata untuk mengeluarkan tahi telinga dan memastikan telinga
anak anda sentiasa bersih.

Bagaimanapun, sedarkah anda bahawa perbuatan mengorek telinga itu boleh
menjejaskan kesihatan telinga dan dikhuatiri boleh memudaratkanpendengaran?


Putik kapas merupakan pilihan untuk mengorek telinga

Tidak kiralah sama ada anda menggunakan putik kapas, pengorek telinga
diperbuat daripada besi, pin, kunci kereta atau apa saja bahan untuk
mengorek atau mengeluarkan tahi telinga, hakikatnya, perbuatan mengorek
telinga memang tidak perlu dilakukan. Ini kerana, tahi telinga mampu
bertindak sebagai pelindung sama ada terhadap serangga mahupun debu
kotoran.

Pakar Telinga, Hidung dan Tekak di sebuah pusat perubatan swasta di ibu
negara, Dr Aminuddin Saim, berkata dalam keadaan normal, tahi telinga akan
keluar sedikit demi sedikit kerana lapisan kulit telinga mempunyai
mekanisme yang akan mengeluarkannya secara berterusan. Justeru, beliau
berkata, anda tidak perlu mengorek telinga atau mengeluarkan tahi telinga
dengan bahan yang sering kali digunakan untuk tujuan itu.

“Apabila tahi telinga itu sudah terkeluar dan terlihat, anda boleh
membersihkannya tetapi jangan pula mengorek telinga dalam-dalam kerana ini
boleh menjejaskan kesihatan telinga anak anda,” katanya ketika ditemui, di
ibu negara, baru-baru ini.

Dr Aminuddin berkata, korek telinga bukan saja tidak perlu dilakukan di
kalangan kanak-kanak, malah setiap individu tidak sepatutnya mengorek
telinga. Beliau berkata, lazimnya, ibu bapa menggunakan putik kapas untuk
mengorek telinga anak-anak mereka tetapi bahan itu boleh menyebabkan tahi
telinga semakin terbenam, melecet atau luka pada kulit telinga dan putik
kapas tertinggal di dalam telinga.

Pengorek telinga yang diperbuat daripada besi boleh menyebabkan kecederaan
pada gegendang telinga

Katanya, ada juga yang mengorek telinga dengan pengorek telinga diperbuat
daripada besi dan ini lebih berbahaya kerana ia boleh menyebabkan luka dan
dikhuatiri boleh tertembus pada gegendang telinga dan seterusnya
memudaratkan pendengaran.

“Mengorek telinga memang boleh menyebabkan seseorang menjadi khayal kerana
telinga mempunyai banyak saraf dan ia begitu sensitif. Justeru,mengorek
telinga kadangkala menjadi amalan atau tabiat seseorang.

“Sebaik-baiknya hentikan amalan itu kerana dikhuatiri boleh menjejas atau
memudaratkan kesihatan telinga, terutama gegendang telinga”, katanya.

Dr Aminuddin berkata, tahi telinga ialah satu bahan di dalam telinga yang
terdiri daripada serumen (lilin telinga) iaitu kelenjar yang dikeluarkan
oleh telinga. Katanya, hasil campuran keretin, debu, kotoran, lelemak dan
bulu telinga akan membentuk tahi telinga. Dr Aminuddin berkata, tahi
telinga boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu keras dan lembut dan
sebahagian besar masyarakat Asia mempunyai tahi telinga jenis keras. “Keras
atau lembut tahi telinga bergantung kepada faktor genetik dan lelemak yang
terkandung di dalam tahi telinga,” katanya.

Beliau berkata, tahi telinga bertindak sebagai pelindung kepada telinga
anda kerana lendir ataucecair yang terkandung di dalamnya boleh menyebabkan
debu terlekat, kesukaran dimasuki serangga dan mengelakkan jangkitan
serangga.Sehubungan itu, beliau menasihatkan ibu bapa supaya tidak mengorek
telinga anak mereka dengan apa juga bahan kerana bimbang ia boleh
menyebabkan luka dan kurang ketahanan untuk bertindak sebagai pelindung.

“Telinga yang terluka akan mudah ditumbuhi dan dijangkiti kulat serta
bakteria. Selain itu, amalan mengorek telinga juga dikhuatiri boleh
menyebabkan kerosakan pada gegendang telinga,” katanya.

Bagaimanapun, Dr Aminuddin berkata, ada segelintir individu yang mengalami
masalah tahi telinga tidak terkeluar dengan sendiri dan keadaan ini
dikenali sebagai keratosis obsturans.

Katanya, mereka yang mengalami masalah ini perlu berkunjung ke hospital
untuk membolehkan pakar telinga, hidung dan tekak mengeluarkan tahi
telinga.Lazimnya, telinga pesakit akan dimasukkan ubat titik atau minyak
zaitun
bagi membolehkan doktor menggunakan sejenis alat bagi menyedut tahi
telinga mereka.

Salah satu ubat telinga yang popular untuk melembut dan mengeluarkan tahi
telinga

Kanak-kanak yang mengalami masalah itu selalunya akan berasa tidak selesa
dan kurang mendengar kerana tahi telinga mereka keras dan tidak terkeluar
sebagaimana dalam keadaan normal. “Bagaimanapun, keadaan seumpama itu amat
jarang berlaku kerana lazimnya, tahi telinga akan terkeluar dengan
sendiri,” katanya.