Navigation

Meat with Onions and Tomatos


$25.95



Shrimps with Tomatos and Avocados


$17.95



Vanila Ice-Cream and Pancakes


$13.95


Powered by Blogger.

Blog Archive

Labels

About

Blog Archive

Al-Hidayah

Selamat Datang ke Blog Norish77
Rujuk http://produkprs.blogspot.com
Pada tahun 2009 Terima Anugerah Guru Bimbingan Cemerlang Daerah Hulu Langat

Blogger news


widgeo
Ribuan Buku berada disini
Klik Sini

Blogroll

Blogger templates

Tuesday, March 16, 2010

Sejenak di Hospital

Mungkin tiada manusia tak pernah ke hospital . Petang tadi dari sebelum asar saya berada di Hospital Kajang hinggalah Maghrib. Alamak ramai nya orang. Dan sibuknya para doktor... Lantaran terlalu ramai pesakit, doktor sendiri terlupa untuk solat. Ketika jam menunjukkan 7.15, seorang doktor perempuan bersuara:
Alamak...saya belum solat Asar lagi.. Lantas dia tinggal semua kerja dan bergegas ke tempat solat. Padahal sudah hampir maghrib. Entah berapa ramai lagi pesakit dan perawat yang terlupa dan buat-buat lupa sholat. Ada pula seorang ibu bertanya kepada isteri saya semasa meninta izin untuk solat Asar, awak masih sembahyang lagi ke? Saya dah tak larat dah...sambungnya.
Sebenarnya tergantung pada diri kita jawab isteri saya, kalau ada kekuatan dalaman, kita pasti boleh lakukannya. Hmmm...rupanya ada manusia yang apabila mengandung sarat, muatan penuh katakan, dia tinggalkan sembahyang. Padahal sembahyang itu wajib, meninggalnya adalah berdosa besar. Itu yang cuti kerana hamil. Yang cuti sepanjang hidup....ada lagi. Wah...wah...sedap sungguh kau hidup dimuka bumi ini ya, makan rezki tuhan, hirup udara tuhan...ke sana sini dengan rezki tuhan, tetapi sembahyang belakang kira. Mereka memandang enteng perihal sholat. Entah berapa ramai manusia yang dangkal ilmu, tidak mengerjakan solat. Ilmu yang di ajar mungkin sudah tumpah... Ilmu tentang adanya azab kubur dan siksaan neraka. Bukan ilmu saraf dan lapisan kulit. Dalam sebuah hadis Nabi bersabda, "Setiap muka bumi ini adalah masjid, kecuali kubur dan tandas". Dan dalam Hadis yang lain, "Yang pertama-tama akan ditanya ketika manusia bangkit dari kubur kelak adalah perihal sembahyangnya" So, ambil berat lah soal sembahyang, hidup ini sementara cuma. Tiada siapa yang dapat membantu kita, semasa jasad kita berada dilapisan tanah, ketika ulat-ulat sedang memamah isi dan dagingnya.