Navigation

Meat with Onions and Tomatos


$25.95



Shrimps with Tomatos and Avocados


$17.95



Vanila Ice-Cream and Pancakes


$13.95


Powered by Blogger.

Blog Archive

Labels

About

Blog Archive

Al-Hidayah

Selamat Datang ke Blog Norish77
Rujuk http://produkprs.blogspot.com
Pada tahun 2009 Terima Anugerah Guru Bimbingan Cemerlang Daerah Hulu Langat

Blogger news


widgeo
Ribuan Buku berada disini
Klik Sini

Blogroll

Blogger templates

Monday, May 10, 2010

Buletin sempena Hari Ibu

Berita Kosmo bertarikh 21 April 2010 melaporkan seorang ibu dari keturunan Cina bersama suaminya meninggalkan anak di hospital kerana tidak sanggup membawanya pulang. Anak itu dilaporkan dilahirkan dalam keadaan cacat, tidak mempunyai mata, hidung dan mulutnya sumbing. Sungguh sedih episod awal anak ini, sesungguhnya tiada siapa yang minta dilahirkan, apa lagi dalam keadaan cacat sebegitu. Masa depannya belum tentu menjanjikan kebahagiaan atau penderitaan. Dapat tak kamu bayangkan, jika kamu lahir tanpa ibu dan bapa? Agak-agaknya dengan siapa kamu tinggal sekarang?
So, kita perlu bersyukur dengan nikmat kehidupan yang Tuhan berikan. Apalagi kita dijadikan insan sempurna, tiada cacat-celanya. sambung...
Dari itu, kita perlu mengucapkan syukur kepada yang telah menjadikan kita yakni Allah SWT dan orang yang telah mendidik kita. Siapa lagi kalau bukan ibu kita? Dia sanggup bangun tengah malam, berjaga kerana kita sakit, sanggup tidak tidur kerana anaknya. Bahkan ada ibu yang sanggup memberi -kan jantung dan buah pinggang kepada anaknya yang sakit jantung. Yang sedihnya, ada ribuan ibu dan bapa yang kini berada di Pusat Jagaan Orang Tua seluruh Malaysia. Dr.Fazdilah Kamsah mengatakan itulah anak yang derhaka. Sanggup dia tinggal ibunya di rumah orang tua. Menghabiskan sisa hidup bersama orang lain yang bukan anaknya. Seorang ibu, ketika ditanya kenapa mak cik berada di sini, dia dengan nada sebab menjawab, saya takut pada anak saya, dia suka pukul-pukul orang. Sampai saya pun dia pukul. Saya tak boleh tinggal di rumah lagi. Mungkin ibu ini tidak pernah terbayang sepanjang hidupnya, sebelum dia mempunyai anak, akan ada anaknya yang menjadi musuh dan membuat dirinya menderita sepanjang hayat. Kita dengar juga, kisah-kisah manusia yang menjadi penagih, ada antara mereka sanggup mengugut ibunya sendiri dan mengacukan parang kerana meminta duit untuk membeli dadah. Padahal, sewaktu kecil, ibu bapanya lah yang telah berjuang dengan keringat dan air mata untuk membesarkannya. Ada yang terpaksa memanjat bangunan yang tinggi, ke laut dalam berhari-hari, di dalam hutan lipur nan sunyi bersama gajah dan harimau, untuk mencari rezeki, semoga anaknya membesar nanti sebagai anak yang soleh dan solehah. Mudah-mudahan anak itu, akan mendoakannya ketika dia tiada lagi di muka bumi ini. Namun, alangkah sedih, jika anak itu malas sekolah, kerja sekolah banyak tak siap, suka pergi CC, malah buat tak endah setiap arahan dan nasihat ibu bapanya. Seolah-olah hanya ibu dan bapanya sahaja yang ingin dia berjaya. Begitu pula di sekolah, seakan-akan hanya guru yang ingin dia berjaya. Dia sendiri? Malas tak sedar diri. Anak-anak, ingatlah, masa depan kita tergantung pada diri kita sendiri. Ibu kita yang ada hari ini, tidak selamanya dia akan muda dan gagah. Satu masa, dia akan tua, lemah, longlai, dan ketika itu akan datang satu panggilan, yang akan memisahkan ruh dan jasadnya. Ketika itu kamu akan bergelar anak yatim-piatu. Sementara itu, biasanya bapa kamu akan meninggal lebih dahulu dari ibumu. Itu sunnahnya alam. Cikgu pernah tanya kepada kawan-kawan kita yang yatim piatu, siapa antara mereka yang meninggal, ibu atau ayah? Ramai menjawab ayah. Sebab apa bapa mereka meninggal? Majoriti mengatakan sebab sakit jantung. Hidup ini hanya sementara. Jangan kita susahkan diri kita. Memang semua orang tak ada yang mahu susah, TAPI... kalau malas berusaha, malas belajar, malas buat kerja sekolah, malas buat pembetulan, kita sebenarnya seakan-akan sedang menempah kesusahan di masa depan. Tahukah kamu ? Kawan-kawan kamu di Sabah dan Sarawak terpaksa bangun awal pagi untuk ke sekolah, naik van beramai-ramai. Ada yang naik bot dan perahu. Apa kamu fikir, jika cikgu katakan ramai antara mereka yang susah semasa kecil dan susah pula ketika dewasa? Sungguh kesian kan. Oleh itu, buletin ini berpesan sempena hari ibu, mari kita cari kebahagiaan untuk diri kita, dengan belajar bersungguh-sungguh, dan jangan lupa menabur jasa sebanyak mungkin untuk orang tua kita, sebelum mereka pergi buat selamanya. Tidak ada manusia yang tidak mempunyai ibu dan bapa, kecuali Nabi Adam, Siti Hawa dan Nabi Isa. Mereka bertiga kekurangan salah seorang. Kita? Kita lengkap, ada ibu dan bapa, siap ada papa dan mama tiri lagi. Tidakkah kita kasihan melihat mereka yang sudah semakin tua, sedangkan belum ada antara adik-beradik kamu yang masuk ke Universiti. Rata-rata sekolah separuh jalan. Kerja cukup makan, ada yang dah berkahwin, tetapi sering pula bergaduh, hingga ada yang tidak pulang ke rumah. Ada antaranya, menjadi murid SK BANGI. Bukan satu, bukan 2, malah ramai. Anak-anak, dari soal-selidik yang pihak Bimbingan buat, ramai juga ibu bapa yang tidak sembahyang. Ini menurut pengakuan anak mereka sendiri yang sekian lama bersama mereka. Cukup sedih jika ini berlaku pada keluarga kamu. Tolonglah ibu dan ayah kamu, doakan mereka supaya Tuhan memberikan hidayah padanya. Tidak sanggup kita biarkan mereka di bakar didalam api neraka, kerana bahang panasnya sangat dahsyat. Sekali lagi, sempena hari ibu, marilah semua berazam untuk menjadi anak yang baik, pelajar yang rajin, hamba Allah yang taat dan masyarakat yang baik. Mudah-mudahan kamu dan ibu bapa kamu, diberikan kebahagiaan hidup dunia dan akhitat yang kekal abadi. Amin.