Navigation

Meat with Onions and Tomatos


$25.95



Shrimps with Tomatos and Avocados


$17.95



Vanila Ice-Cream and Pancakes


$13.95


Powered by Blogger.

Blog Archive

Labels

About

Blog Archive

Al-Hidayah

Selamat Datang ke Blog Norish77
Rujuk http://produkprs.blogspot.com
Pada tahun 2009 Terima Anugerah Guru Bimbingan Cemerlang Daerah Hulu Langat

Blogger news


widgeo
Ribuan Buku berada disini
Klik Sini

Blogroll

Blogger templates

Sunday, May 23, 2010

Antara 2 Negara; Malaysia dan Vietnam

Curaham Kasih di SK Bangi 23 Mei 2010
Hari ini En.Bahrin bin Sabar, (Setiausaha PEMADAM Negeri Sembilan) datang ke sekolah saya sebagai penceramah parenting. Tahun lepas saya bersama beliau dan rombongan mengikuti lawatan kajian ilmiah di Ho Chi Minh City. Saya tercari-cari, mana lah gambar yang ada saya dan En.Bahrin, jumpa lah yang atas ni. Tempat ini, merupakan lokasi ditempatkan penagih-penagih dari Vietnam. Rata-rata masih muda, sebab penagih di sana tidak sempat tua, jikalau kena tangkap sampai 3 kali, kami dimaklumkan mereka akan dibunuh dengan sejenis suntikan racun. Tuan-tuan tahu tak? Berapa ramai jumlah penagih yang mereka rekodkan? Sampai sekarang, ada seramai 30,000 orang, sedang rakyatnya 80 juta. Sebaliknya di negaraku, rakyatnya hanya 27 juta, tetapi penagih yang sudah didaftar ialah 350,000 orang. Hebat bukan?
Kami dibawa menaiki kapal persiaran 3 tingkat pada waktu malam, melalui dataran sungai Mekong. Tungku Hasyriq berbaju hitam seperti Raja Petra Kamaruddin
Kami juga sempat ke rumah ibadah semua agama (bagi mereka), ingatkan ada tempat orang Islam boleh solat, dalam hati, macam manalah agaknya rupa rumah ibadah bagi semua agama. Rupanya, macam dalam gambar di atas, penuh naga, ular, gambar, patung...Huh....tak jadi solat.
Apa yang menarik di sini saya perhatikan : 1. Udaranya sejuk.... 2. Ramai orang berpakaian baju warna putih 3. Tidak ada pegawai kerajaan yang beragama, mesti tiada agama 4. Tidak ada port penagihan 5. Banyaknya motosikal... 6. Kedai makan tak banyak
Suasana di dalam... Turut serta didalam rombongan ini ialah Ustaz Khairi (USIM) Antara pengalaman paling seronok, menelusuri sungai Mekong di Pulau Dragon, paling hadapan ialah En.Rafidi, mantan Komandan PS Raub Membeli-belah di pasar Ben Thanh Penagih di sini di beri latihan kemahiran
Sambungan