Navigation

Meat with Onions and Tomatos


$25.95



Shrimps with Tomatos and Avocados


$17.95



Vanila Ice-Cream and Pancakes


$13.95


Powered by Blogger.

Blog Archive

Labels

About

Blog Archive

Al-Hidayah

Selamat Datang ke Blog Norish77
Rujuk http://produkprs.blogspot.com
Pada tahun 2009 Terima Anugerah Guru Bimbingan Cemerlang Daerah Hulu Langat

Blogger news


widgeo
Ribuan Buku berada disini
Klik Sini

Blogroll

Blogger templates

Monday, July 26, 2010

Antara Jin dan Manusia

Ramai yang terlupa, disebalik alam yang kita diami ini, ada lagi beberapa lapis alam lain yang hidup bersama kita.
Alam yang kita hidup orang panggil alam syahadah. Syahadah maknanya yang boleh dilihat oleh mata kepala manusia.
Alam kedua ialah alam Jin. Jin maknanya tersembunyi. Macam Janin dalam perut ibu, pun tersembunyi, juga menggunakan perkataan Jin dan Nun, begitu juga "Jannah", syurga, ianya pun tersembunyi. Di dunia, Jin nampak kita, namun kita yang tidak dapat melihat mereka , sebaliknya di akhirat, keadaan bertukar,manusia boleh melihat jin, sebaliknya jin tidak nampak manusia. Adalah dikatakan jumlah jin lebih banyak 9 kali ganda dari manusia. 1 manusia mewakili 9 jin. Alam ketiga lebih dalam, Alam Malakut. Di sini adanya malaikat-malaikat Allah SWT. Malaikat nampak semua alam manusia dan jin, namun JIn tidak nampak alam malaikat. Jumlah para Malaikat pula lebih banyak dari jin. Pernah Rasulullah melihat ke langit, dilihatnya beliau yang ada ialah penuh tapak kaki para malaikat yang sedang bersolat.
Alamat keempat ialah alam Ilahut. Alam Ketuhanan. Tuhan melihat kesemua alam, kerana Dia adalah Tuhan, Pemilik Dunia dan Akhirat.
Dengan adanya jin, ada 1 hal yang aneh, iaitu apabila masuk dirasuk oleh jin, kita boleh menghalaunya hanya dengan bacaan-bacaan tertentu. Inilah kebesaran Tuhan sebenarnya. Walhal kalau kita tengok pada mulut, ada apa antara sebutan-sebutan bahasa arab lazim dengan ayat-ayat Quran? Kedua-duanya bahasa Arab. Rupanya...disini yang menakjubkan.. Al-Quran sebagai contoh ayat Kursi, mengandungi keajaiban tersendiri, kerana boleh mengusir bahkan membakar jin. Hebat bukan..Hanya ayat. Dan apabila diletakkan Al-Quran pada muka manusia yang dirasuk jin, ia akan meraung-raung...panass!!! panas!!!