Navigation

Meat with Onions and Tomatos


$25.95



Shrimps with Tomatos and Avocados


$17.95



Vanila Ice-Cream and Pancakes


$13.95


Powered by Blogger.

Blog Archive

Labels

About

Blog Archive

Al-Hidayah

Selamat Datang ke Blog Norish77
Rujuk http://produkprs.blogspot.com
Pada tahun 2009 Terima Anugerah Guru Bimbingan Cemerlang Daerah Hulu Langat

Blogger news


widgeo
Ribuan Buku berada disini
Klik Sini

Blogroll

Blogger templates

Monday, July 19, 2010

Jangan Gantung Gambar didalam rumah

19 Julai 2010. NILAI. Berikutan SK Bdr Seri Putra mengadakan acara rawatan pengusiran hantu, alias jin esok hari, ada 1 statement yang saya dapat dari kekawan, jika ada mana-mana orang yang pulang semasa Maghrib, sila masuk rumah membontot, jangan berjalan ke depan, di khuatiri ada yang ngikut sama. Kita tak mahu lah ada jin ke hantu dalam rumah, sebab dia menggangu kita. Lebih-lebih lagi anak kecil yang usia 2 tahun ke bawah, mereka, memang nampak jin-jin dan hantu ni. Tapi malangnya, ramai jugak umat Islam yang memanggil jin masuk ke dalam rumah. Anda tahu? Tindakan memapar gambar manusia atau memajan gambar di sudut-sudut dinding dalam rumah itulah memanggil jin masuk. Saya ada 2 dalil yang menyokong hal itu.
Yang pertama buku kulit biru, Muhammad Isa Dawud, Judulnya, Dialog Dengan Jin, kata beliau dalam bukunya itu, jin mengakui bahawa dia (jin) dan gambar seperti besi berani, akan automatik melekat disitu. Anda boleh baca buku tersebut. Saya juga pernah dengar, ada sebuah maktab perguruan di Malaysia, didalam nya ada sebuah bilik yang meletak gambar orang besar negeri, jika dilihat pada gambar itu, matanya akan mengikut kita bergerak. Hal ini diketahui semua penghuni maktab tersebut.
Yang kedua, guru saya sendiri, mengajar, jangan diletak gambar-gambar di dinding, kata guru saya, doa kita tidak makbul. Kalau mahu berdoa katanya, simpan gambar itu, kemudian bukak lah balik kalau perlu. Saya kata dalam hati, ah...dari bukak tutup bukak tutup. lebih baik tutup terus, kalau ada orang datang nak tengok, baru kita buka. Orang tahu kita belajar sampai luar negeri, kalau tak tahu pun, tak kan nak menunjuk-nunjuk pulak. Kenapa Tidak Makbul? Ya lah. Dalam bilik itu kita berdoa, dalam masa yang sama ada syaitan bertenggek kat situ. Kan Nabi pernah bersabda, jika ada Malaikat dalam hati manusia, maka syaitan akan keluar, dan jika ada syaitan dalam hati manusia, Malaikat akan keluar. Dan begitulah dalam rumah, dalam hadis lain nabi bersabda " Rumah yang didalamnya ada anjing, malaikat tidak akan masuk". Kalau anda ke rumah alim ulamak pun, tak akan anda temui gambar manusia di dinding, yang ada hanya lukisan nama Allah, Muhammad, ayat Quran dan lain-lain. Untuk mengikut jejak langkah mereka, saya sendiri memasang kalimah Allah diruang tamu. So, secara peribadi, kita akan merasa malu kalau nak tidur didepan kalimah Allah tanpa menutup aurat. Ada baiknya juga.Itulah antara kelebihannya. Anda boleh amalkan cara, Anda mampu mengubahnya. Saya selalu pesan pada murid-murid, tolong simpan gambar-gambar dirumah, kerana kamu ada menghadapi peperiksaan, takut nanti doa kamu, lebih tidak diterima.

1 comments:

salam akhi norish....

info yg bagus , terima kasih berkongsi ilmu di sini....

Post a Comment