Navigation

Meat with Onions and Tomatos


$25.95



Shrimps with Tomatos and Avocados


$17.95



Vanila Ice-Cream and Pancakes


$13.95


Powered by Blogger.

Blog Archive

Labels

About

Blog Archive

Al-Hidayah

Selamat Datang ke Blog Norish77
Rujuk http://produkprs.blogspot.com
Pada tahun 2009 Terima Anugerah Guru Bimbingan Cemerlang Daerah Hulu Langat

Blogger news


widgeo
Ribuan Buku berada disini
Klik Sini

Blogroll

Blogger templates

Friday, July 02, 2010

Laporan Analisa Bab Keagamaan di kalangan...

Mengingat pentingnya Ibadah solat, sampai didalam agama Islam, rukun Islam yang pertama selepas mengucap ialah sembahyang. Nabi sendiri ketika hampir wafat, menyebut ummati, ummati, assolah, assolah, umatku umatku, solat..solat... dan Sabda beliau lagi, "Awwalu maa yuhaasabul abdi yaumal kiyamati assolaah"yang pertama-tama akan disoal dipadang mahsyar ialah tentang solatmu.
Maka satu soal selidik berkaitan bab solat terhadap beberapa kelas di sekolah ini. dilakukan. Sasaran ialah murid tahun 3 dan 4. Soalan bertumpu kepada solat Subuh. Kajian mendapati murid kelas depan, ada antara 5 hingga 8 orang mendirikan solat subuh pada hari tersebut. Mengejutkan, kelas paling belakang, tiada seorang pun yang solat subuh pada hari tersebut.
Pertanyaan kepada murid yang solat : Kenapa anda solat? Jawapan : Emak suruh 50% dan Perintah Allah 50%. Pertanyaan diajukan kepada yang tidak solat.: Kenapa anda tidak solat subuh hari ini? Jawapan : 70 % Tak sempat 30 % Lambat Bangun. (jawapan lebih kurang sama) Pertanyaan kepada yang tidak solat : Ada tak mak atau ayah kamu menyuruh kamu supaya solat pagi ini ? Jawapan 100 % Tidak ada yang suruh. Pertanyaan : Berapa ramai antara kamu yang ibu dan bapa tidak solat langsung? Jawapan : 1-5 orang Yang solat Kadang-kadang? 40%
Secara peribadi, saya melihat ada keterkaitan antara solat dan akademik. Cuba perhatikan, murid kelas depan, ada yang solat, tetapi kelas belakang? Mungkin kebetulan atau apa, 100% tidak solat.
Saya ingatkan mereka, bahawa solat mesti dibuat sejak berusia 5 tahun lagi, bahkan kata Nabi apabila cukup umurnya, 7 tahun mesti kena solat, 10 tahun, harus dipukul jika masih berdegil tidak solat. Yang menyuruh dan memukul ialah ibu atau bapa. Namun...kalau ibu bapa sendiri tidak solat.....Nak buat Guana....

1 comments:

nurabadi said...

Nampaknya dalam kaunseling perlu ada subjek perkhidmatan bimbingan solat....

Post a Comment