Navigation

Meat with Onions and Tomatos


$25.95



Shrimps with Tomatos and Avocados


$17.95



Vanila Ice-Cream and Pancakes


$13.95


Powered by Blogger.

Blog Archive

Labels

About

Blog Archive

Al-Hidayah

Selamat Datang ke Blog Norish77
Rujuk http://produkprs.blogspot.com
Pada tahun 2009 Terima Anugerah Guru Bimbingan Cemerlang Daerah Hulu Langat

Blogger news


widgeo
Ribuan Buku berada disini
Klik Sini

Blogroll

Blogger templates

Tuesday, July 13, 2010

Musim Orang Buang Anak

Dalam perjalanan dunia menuju abad terakhir ini, kita sampai pada satu daerah, iaitu daerah abad ke 20, dimana ramainya manusia buang-buang anak. Biasanya benda yang dibuang ini ialah sampah, benda yang tak berguna dan dah tak ada maknanya lagi.
Dimana-mana dan hampir setiap hari, ada saja akhbar melaporkannya. Ini belum termasuk mereka yang membuang anak di rumah kebajikan. Pun buang juga, sebab dah tak muat nak simpan didalam rumah sendiri.
Inilah sebuah tanda, bahawa dunia yang kita diami ini, sudah hampir menghabiskan nafas-nafas terakhirnya, ramai orang masih beranggapan bahawa dunia ini masih panjang hayatnya. Ya, mungkin kalau dihitung mengikut perkiraan kita, tetapi kalau kita melihat kedatangan nabi-nabi dan rasul-rasul, semuanya ada 124,000 orang. Dan Muhammad adalah Nabi yang terakhir dari semua nabi-nabi dan rasul-rasul. Justeru kita sedang beradang di jurang kiamat. Banyak sudah petanda yang zahir tanpa manusia sedar.
Kes anak tak berguna, seperti yang penulis katakan tadi, ianya berlaku di padang mahsyar kelak, didalam Quran, Tuhan menggambarkan saat itu, "Yau malaa yan fa u maalun walaa banun, illa man atal Laaha bi qalbin salim " Hari akhirat itu, adalah hari yang tiada berguna lagi, tiada bermanfaat lagi segala harta benda kamu dan anak-anak pinak kamu,melainkan orang yang pulang menghadap Tuhannya dalam keadaan hatinya Salim.Itu saja. Fullstop. Panjang lebar pula ulamak membuat penjelasan demi penjelasan akan makna qalbun salim. senang cerita hati yang sudah dikikis oleh dosa-dosa. Hatinya sudah pun bersih dari dosa akibat proses penyucian jiwa "Tazkiatun Nafs". Adapun proses penyucian ini bukanlah menggunakan sabun Daia, Fab buku mahupun Trojan, tetapi Bizikrillah. Dengan memperbanyakkan zikir kepada Allah. Firman Allah. "Uzkurullaha Zikran Katsiran" berzikirlah kamu menyebut nama Allah dengan sebanyak-banyaknya. Kata ulama, "Li kulli syai in khisoo lah, wa khisoalatul qalbi zikrullah" Setiap sesuatu itu ada alat penyucinya, dan alat penyuci jiwa adalah zikrullah. Kita tinggalkan sekejap makna Qolbun Salim. Biar pembaca merenungnya semula selepas membaca artikel ini. Menyesal Jadi Manusia Satu lagi tanda dunia ini akhir zaman, maraknya kejadian bunuh diri, pun hampir setiap hari ada-ada saja. Tak kisahlah dari bangsa dan kaum mana. Teringat penulis akan kisah didalam Al-Quran dimana manusia menyumpah pada diri sendiri dengan katanya "Ya Lai tani kuntu turaaba" , Aduhai.....celakanya aku, kalaulah aku dulu tidak jadi manusia, bahkan menjadi tanah, (alangkah lebih bagus). Kerana itu, lantaran merasakan hidup tak berguna, manusia memutuskan untuk menghabisi sahaja umurnya, lantaran hidup sudah tiada makna lagi, kiri kanan penuh kesulitan, depan belakang sarat problema yang tak kunjung padam. Ah...dari ku sakit-sakit begini, lebih baik aku tiada di sini. Jalan singkat diambil, terjun bangunan atau menggantung diri. Ah...dalam agama kami, itu termasuk dosa besar, tak akan terbau syurga kata Nabi, sedangkan syurga itu boleh dihidu dengan jarak ribuan tahun dari lokasi sebenarnya.

1 comments:

sahruddin said...

bukan aja buang anak ustaz, anak2 pun sekarang dah buang mak bapak
.....##@@**????

Post a Comment