Navigation

Meat with Onions and Tomatos


$25.95



Shrimps with Tomatos and Avocados


$17.95



Vanila Ice-Cream and Pancakes


$13.95


Powered by Blogger.

Blog Archive

Labels

About

Blog Archive

Al-Hidayah

Selamat Datang ke Blog Norish77
Rujuk http://produkprs.blogspot.com
Pada tahun 2009 Terima Anugerah Guru Bimbingan Cemerlang Daerah Hulu Langat

Blogger news


widgeo
Ribuan Buku berada disini
Klik Sini

Blogroll

Blogger templates

Thursday, July 15, 2010

Malang...malang dan malang

Alhamdulillah, anak-anak di SK Sri Sekamat Kajang sungguh baik, boleh memberi tumpuan penuh ketika sesi ceramah tadi. Tahniah kepada guru sekolah terbabit, Cikgu Suhaimi yang telah melontarkan idea untuk mengadakan ceramah pencegahan ini. Pak Cik Hafney sebenarnya tadi letih, katanya baru balik dari Muar malam tadi, memberikan ceramah kepada pesalah kes orang kena buang daerah. Memang beliau berceramah dimana-mana untuk menyedarkan orang lain yang belum sedar. Semoga penderitaan yang beliau alami selama 15 tahun menjadi penagih, kamu semua dapat semat difikiran, dan katakan bahawa dadah itu memang Sial. Seperti yang Pak Cik cakap tadi, dadah itu sial, pak cik tak nak guna perkataan dadah itu najis, sebab bahasanya kurang mencengkam langsung.
Ambillah mana yang baik untuk dijadikan tauladan. Ingat cakap pak cik tadi, faktor terbesar beliau dulu jadi anak kurang ajar ialah kerana salah memilih kawan. So, kamu jangan pula tersalah memilih kawan.
Dengar cakap mak ayah di rumah, dengar cakap guru-guru di sekolah. Hidup ini terlalu berharga. Jangan persiakan. Seperti cikgu cakap tadi, faktor awal manusia jadi penagih ialah kerana mak ayah sering bercakaran. Mudah-mudahan mak ayah kamu semua orang yang beriman, yakin pada kehidupan selepas mati.
Kisah Penagih Wanita Ada seorang wanita, dia mempunyai 2 orang anak, masa sekolah menengah dulu sebelum kahwin dia dah kenal dadah. Bila kahwin, dia tak boleh lari dari dadah, akhirnya kena tangkap, walaupun suaminya menasihatinya supaya jangan ambil dadah. 2 tahun dia di Pusat Serenti Kota Bharu, tiada siapa datang menjenguknya, selepas bebas, dia pulang ke rumah, suaminya sudah kahwin 1 lagi, dia tak boleh terima hakikat yang terjadi, lalu keluar mencari dadah lagi, sambil guna, dia juga menjadi pengedar kecil-kecilan. Akhirnya tertangkap lagi. Kali ini kali kedua dia berada di Pusat Serenti. Semasa di Pusat serenti Bachok, cikgu sempat bertanya padanya, mahu ke mana kakak selepas keluar nanti? Entahlah.....mak ayah saya sudah tiada lagi, suami pun dah kawin lain, saya rasa...saya akan mengambil dadah lagi.."Hmmmm..... Itulah episod penagih dadah di dunia. Malang...malang dan malang. Sekali cuba, selamanya akan menjadi penagih. Tiada jalan keluar untuk berhenti, walau hati kecil meronta-ronta ingin keluar dan menangis. Namun mereka tak berdaya... 15 Julai 2010. SK Sri Sekamat, Kajang