Navigation

Meat with Onions and Tomatos


$25.95



Shrimps with Tomatos and Avocados


$17.95



Vanila Ice-Cream and Pancakes


$13.95


Powered by Blogger.

Blog Archive

Labels

About

Blog Archive

Al-Hidayah

Selamat Datang ke Blog Norish77
Rujuk http://produkprs.blogspot.com
Pada tahun 2009 Terima Anugerah Guru Bimbingan Cemerlang Daerah Hulu Langat

Blogger news


widgeo
Ribuan Buku berada disini
Klik Sini

Blogroll

Blogger templates

Monday, August 02, 2010

Rabi'atul Adawiyah : Wali Perempuan


Kisah beliau. Ibu bapa Rabiatul Adawidah adalah orang miskin. Hinggakan dalam rumah mereka, tidak ada minyak untuk memasang lampu dan tidak ada kain untuk membalut badan beliau.

Beliau ialah anak keempat, ibunya menyuruh ayahnya meminjam minyak dari jirannya, tetapi beliau telahmembat keputusan tidak meminta kepada sesiapa kecuali Allah. Bapa itupun pergilah berpura-pura ke rumah jiran dan perlahan-lahan mengetuk pintu rumah itu agar tidak didengar oleh orang dalam rumah itu. Kemudian dia pun pulang dengan tangan kosong. Katanya orang dalam rumah itu tidak mahu membuka pintu. Pada malam itu si bapa bermimpi yang ia bertemu dengan Nabi. Nabi berkata kepadanya, "Anak perempuanmu yang baru lahir itu adalah seorang yang dikasihi Allah, dan akan memimpin banyak orang Islam ke jalan yang benar. Kamu hendaklah pergi berjumpa Amir Basrah dan berikan pada dia sepucuk surat yang bertulis-

Kamu hendaklah berselawat kepada Nabi 100 kal tiap-tiap malam dan empat ratus kali tiap-tiap malam Jumaat.Tetapi oleh kerana kamu tidak mematuhi peraturan hari Khamis sudah, maka sebagai denda kamu hendaklah membayar kepada pembawa surat ini 4 ratus dinar".

Bapa Rabiah pun terus jaga dari tidur dan pergi berjumpa dengan Amir tersebut, dengan air mata kesukaan mengalir dipipinya, Amir sungguh berasa gembira embaca surat itu dan faham bahawa beliau ada dalam perhatian Nabi. Amir pun memberi sedekah kepada faqir miskin sebanyak seribu dinar dan dengan gembira memberi kepada bapa Rabiah sebanyak 400 Dinar. Amir itu meminta supaya bapa Rabiah selalu mengunjunginya apabila hendakkan sesuatu, kerana beliau sungguh berasa bertuah dengan kedatangan orang yang hampir dengan Allah.

selepas bapanya meninggal dunia, Basrah dilanda oleh kebuluran. Rabiah berpisah dari adik-beradik. Satu ketika kafilah yang beliau tumpangi itu telah diserang oleh penyamun. Ketua penyamun itu menangkap Rabiah untuk dijadikan barang rampasan untuk dijual di pasar sebagai tuannya. Beliau telah dikejar oleh orang jahat. Beliau lari.Tetapi malang, kakinya tergelincir dan jatuh.Tangannya ppatah, beliau berdoa kepada abdi, maka lepaslah ia ke tangan tuan yang baru.

Suatu hari,tatkala beliau pergi ke satu tempat atas suruhan Allah. "YA Allah! Aku ini orang yatim dan abdi. Sekarang tanganku pula patah, tetapi akutidak pedulu segala itu, asalkan Kau redha denganku. Tetapi nyatakanlah keredhaanMu itu padaku". Tatkala itu terdengarlah satu suara, "Tak mengapa semua penderitaan mu itu, dihari akhirat kelak kamu akan diletak di peringkat yang tinggi hinggakan Malaikat pun kehairanan melihatmu". Kemudian pergilah is semula kepada tuannya. Selepas peristiwa itu, tiap-tiap malam ia menghabiskan masa dengan beribadah kepada Allah, selepas melakukan kerja2nya, beliau berpuasa berhari2.

Satu hari tuannya terdengar suara rayuan Rabiah ditengah malam yang berdoa kepada Allah, Ya Tuhanku, Engkau lebih tahu bagaimana aku cenderung benar hendak melakukan perintah-perintah Mu dan menghambakan diriku dengan sepenuh jiwa, wahai cahaya mataku, jikalau aku bebas, aku habiskan seluruh masa malam dan siang dengan melakukan ibadat kepada Mu, tetapi apa yang boleh aku buat kerana Kau jadikan aku hamba kepada manusia".

Dilihat oleh tuannya suatu pelita yang bercahaya terang tergantung diawan-awanan, dalam bilik Rabiah itu, dan cahaya itu meliputi seluruh biliknya, sebentar itu juga tuannya berasa adalah berdosa jika tidak membebaskan orang yang begitu hampir dengan tuhannya. Sebaliknya tuan itu pula ingin menjadi khadam kepada Rabiah.

Besoknya, Rabiah pundipanggil oleh tuannya dan diberitahu tentang keputusannya hendak menjadi khadam itu dan Rabiah bolehlah menjadi tuan rumah atau pun jika ia tidak sudi, bolehlah ia meninggalkan rumah itu, Rabiah  berkata bahawa ia ingin mengasingkan dirinya dan meninggalkan rumah itu. Tuannya bersetuju, Rabiah pun pergi.

Suatu masa Rabiah pergi naik haji ke Mekah. Dibawanya barang-barangnya atas seekor keldai yang telah tua. Keldai itu mati ditengah jalan. Rakan-rakannya bersetuju hendak membawa barang-barangnya itu, tetapi beliau enggan kerana katanya dia naik haji bukan dibawah perlindungan sesiapa. Hanya perlindungan Allah SWT. Beliau pun tinggal seorang diri disitu. Rabiah terus berdoa, "Oh tuhan sekalian alam, aku ini keseorangan, lemah dan tidak berdaya, engkau juga yang menyuruhku pergi mengunjungi Ka'bah dan sekarang Engkau matikan keldai aku, dan membiarkan aku keseorangan ditengan jalan". Serta-merta dengan tidak disangka-sangka, keldai itu pun hidup semula. Diletaknya barang-barang diatas keldai itu dan terus menuju Mekah. Apabila hampir ke Ka'bah, beliau pun duduk dan berdoa, "AKU ini hanya sekepal tanah, dan Ka'bah itu rumah yang kuat, maksud ku ialah Engkau temui aku dengan sebarang perantara". Terdengar suara berkata, "Rabiah!patutkah aku tunggang balikkan dunia ini kerana mu agar darah semua makhluk ini direkodkan dalam nama mu dalam suratan takdir? Tidakkah kamu tahu Nabi Musa pun ada hendak melihatKu, Aku sinarkan cahayaKu sedikit sahaja dan dia jatuh pengsan, dan gunung sinai runtuh menjadi tanah hitam".

Suatu ketika yang lain, semasa Rabiah menuju ke Ka'bah, dan sedang melalui hutan dilihatnya Ka'bah datang mempelawanya. Melihatkan itu, beiau berkata, "Apa hendakku buat dengan Ka'bah ini, aku hendak bertemu dengan tuan Ka'bah (Allah) itu sendiri. Bukankah Allah juga berfirman iaitu orang yang selangkah menuju Dia, maka dia akan menuju orang itu dengan tujuh
langkah? Aku tidak mahu hanya melihat Ka'bah, tetapi aku mahu ALLAH".

Pada masa itu juga, IBrahim Adham sedang dalam perjalanan ke Ka'bah juga. Sudah menjadi amalan beliau mengerjakan sembahyang pada setiap langkah dalam perjalanan itu. Maka oleh itu, beliau mengambil masa 14 tahun baru sampai ke Ka'bah, apabila sampai didapatinya Ka'bah tidak ada. Beliau merasa sangat hampa. Terdengar olehnya satu suara yang berkata, "Ka'bah itu telah pergi

melawat Rabiah". Apabila Ka'bah itu telah kembali ketempatnya dan Rabiah sedang menungkat badannya yang tua itu kepada

tongkatnya, maka Ibrahim pun pergi bertemu dengan Rabiah dan berkata, "Rabiah, kenapa kamu dengan perbuatanmu yang ganjil itu

membuat haru biru dunia ini?" Rabiah menjawab, "Saya tidak membuat satu apa pun sedemikia itu, tetapi kamu dengan sikap riya'

pergi ke Ka'bah mengambil masa 14 tahun". Ibrahim mengaku yang ia sembahyang setiap langkah dalam perjalanannya. Rabiah

berkata, "Kamu isi perjalanan mu itu dengan sembahyang, tetapi aku mengisi perjalanan ku perasaan tawadhuk dan khusyuk.

Tahun kemudiannya, lagi sekali Rabiah pergi ke Ka'bah. Beliau berdoa, "Oh Tuhan!, perlihatkanlah diriMu kepadaku". Beliau pun

berguling diatas tanah dalam perjalanan itu. Terdengar suara, "Rabiah!hati-hatilah, jika Aku perlihatkan diriKu kepadamu,

kamu akan jadi abu".

"Rabiah menjawab", aku tidak berdaya memandang keagongan dan kebesaranMu. Kurniakanlah kepadaku kefakiran (zuhud) yang mulia disisiMu". Terdengar lagi suara berkata, "kamu tidak sesuai dengan itu. Kemulian seperti itu di khaskan untuk lelaki yang menfana'kan diri mereka semasa hidup mereka kerana aku, dan antara mereka dan Aku tidak ada renggang walau sebesar rambut pun; Aku bawa orang-orang demikian sangat hampir kepadaKu dan kemudian Aku jauhkan mereka, apabila mereka berusaha untuk mencapai AKU. Rabiah, antara kamu dan Aku ada lagi 70 hijab atau tirai. Hijab itu mestilah dibuang dulu dan kemudian dengan hati yang suci berhadaplah kepadaKu. Sia-sia saja kamu minta pangkat fakir dari Aku".

Kemudian suara itu menyuruh Rabiah melihat kehadapan. Dilihatnya semua pandangan telah berubah. Dilihatnya perkara yang luar biasa. Diawang-awangan ternampak lautan darah yang berombak kencang. Terdengar suara lagi, " Rabiah!, inilah darah yang mengalir dari mata mereka yang mencintai kami (tuhan) dan tidak mahu berpisah dari kami. Meskipun mereka dicuba dan diduga, namun mereka tidak berganjak seinci pun dari jalan kami dan tidak pula meminta sesuatu dari kami. Dalam langkah permulaan dalam perjalanan itu, mereka mengatasi semua nafsu dan cita-cita yang berkaitan dengan dunia dan akhirat. Mereka ber uzlah memencilkan diri. Dari dunia hingga tidak ada sesiapa yang mengatahui mereka. Begitulah mereka itu tidak mahu publisiti (disebar kepada umum) dalam dunia ini". mendengar itu, Rabiah berkata : " Tuhanku! biar aku tinggal di Kaabah". Inipun tidak diberi kepada beliau. Beliau dibenarkan kembali ke Basrah, dan menghabiskan umurnya disitu dengan sembahyang dan memencilkan diri dari orang ramai.

Suatu hari Rabiah sedang duduk dirumahnya menunggu ketibaan seorang darwish untuk makan bersamanya dengan maksud untuk melayan darwish itu, Rabiah meletakkan dua buku roti yang dibuatnya itu dihadapan darwish itu. Darwish itu terkejut kerana tidak ada lagi makanan untuk Rabiah. Tidak lama kemudian, dilihatnya seorang perempuan membawa sehidang roti dan memberinya kepada Rabiah menyatakan tuannya menyuruh dia membawa roti itu kepada Rabiah, Rabiah bertanya berapa ketul roti yang dibawanya itu. Perempuan itu menjawab, "lapan belas". Rabiah tidak mahu menerima roti itu disuruhnya kembalikan kepada tuannya. Perempuan itu pergi. Kemudian datang semula. Rabiah menerima roti itu selepas diberitahu bahawa ada dua puluh ketul roti dibawa perempuan itu, darwish itu bertanya kenapa Rabiah enggan menerima kemudian menerima pula? Rabiah menjawab, "Allah berfirman iaitu : "orang yang memberi dengan nama Allah maka dia akan diberi ganjaran sepuluh kali ganda kepadanya oleh itu, maka saya terima hadiah apabila suruhan Allah itu dilaksanakan".

Suatu hari Rabiah sedang menyediakan makanan. Beliau teringat yang beliau tidak ada sayur. Tiba-tiba jatuh bawang dari bumbung. Disepaknya bawang itu sambil berkata, "syaitan! pergi jahanam dengan tipu helahmu. Adakah Allah mempunyai kedai bawang"? Rabiah berkata" aku tidak pernah meminta dari sesiapa kecuali dari Allah, dan aku tidak terima sesuatu melainkan dari Allah".

Suatu hari, Al Hasan Al Basri melihat Rabiah di kelilingi oleh binatang liar yang memandangnya dengan kasih sayang. Bila Al Hasan Al Basri pergi menujunya, binatang itu lari. Hasan bertanya, "kenapa binatang itu lari?" sebagai jawapan, Rabiah bertanya, "apa kamu makan hari ini?" Hasan menjawab, "daging". Rabiah berkata, "oleh kerana kamu makan daging, mereka pun lari, aku hanya makan roti kering".

Suatu hari rabiah pergi berjumpa Al Hasan Al Basri. Beliau sedang menangis teresak-esak kerana bercerai (lupa) daripada Allah. Oleh kerana hebatnya tangisan beliau itu, hingga airmata mengalir dilongkang rumahnya. Melihatkan itu Rabiah berkata, "janganlah tunjukkan perasaan sedemikian ini supaya batin mu penuh dengan cinta Allah dan hatimu tenggelam dalamnya dan kamu tidak akan mendapati dimana tempatnya".

Dengan penuh kehendak untuk mendapat publisiti, suatu hari, Hasan yang sedang melihat Rabiah dalam satu perhimpunan Auliya' Allah, terus pergi bertemu dengan Rabiah dan berkata, "Rabiah! marilah kita meninggalkan perhimpunan ini dan marilah kita duduk diatas air tasik, sana dan berbincang hal-hal kerohanian disana". Beliau berkata dengan niat hendak menunjukkan keramatnya kepada orang lain yang ia dapat menguasai air, (seperti nabi Isa boleh berjalan diatas air). Rabiah berkata, "Hasan! buangkanlah perkara yang sia-sia itu. Jika kamu hendak benar-benar memisahkan diri dari perhimpunan Auliya' Allah, maka kenapa kita tidak terbang terus dan berbincang diudara?" Rabiah berkata begini kerana beliau ada kuasa berbuat demikian tetapi Hasan tidak ada berkuasa seperti itu. Hasan meminta maaf. Rabiah berkata, "ketahuilah bahawa apa yang kamu boleh buat, dan jika aku boleh terbang, lalat pun boleh terbang. Buatlah sesuatu yang lebih dari perkara yang luarbiasa itu. Carilah ianya dalan ketaatan dan sopan santun terhadap Allah".

Seorang hamba Allah memohonkan Rabiah berkahwin dengannya. Beliau menjawab, "orang yang berkahwin itu ialah orang yang ada dirinya. Tetapi aku bukan menguasai badan dan nyawaku sendiri. Aku ini kepunyaan tuhanku". Pintalah kepada Allah jika mahu menghuni aku".

Al Hasan Al Basri bertanya kepada Rabiah bagaimana beliau mencapai ketaraf kerohanian yang tinggi itu. Rabiah menjawab. "aku hilang (fana') dalam mengenang Allah".

Beliau ditanya, "dari mana kamu datang?"

Rabiah menjawab, "Aku datang dari Allah dan kembali kepada Allah".

Rabiah pernah bermimpi bertemu dengan nabi S.A.W dan baginda bertanya kepadanya sama ada beliau pernah mengingatnya sebagai sahabat. Rabiah menjawab, "siapa yang tidak kenal kepada tuan? tetapi apakan dayaku. Cinta kepada Allah telah memenuhi seluruhku, hinggakan tidak ada orang untuk cinta kepadamu atau benci kepada syaitan".

Orang bertanya kepada Rabiah, "adakah kamu melihat tuhan yang kamu sembah itu?"

Rabiah menjawab, "jika aku tidak melihat Dia aku tidak akan menyembahnya".

Rabiah sentiasa menangis kerana Allah. Orang bertanya kepadanya sebab beliau menangis. Rabiah menjawab, "aku takut berpisah walau sedetik pun dengan tuhan, dan aku tidak boleh hidup tanpa Dia. Aku takut tuhan akan berkata daripadaku tatkala menghembuskan nafas terakhir - Jauhkan dia dariKu kerana dia tidak layak berada di majlisKu".

Allah suka dengan hambanya yang bersyukur apabila ia berusaha sepertimana suka Allah dengan hambanya yang bersyukur tatkala menerima kurnian (iaitu ia menyedari yang ia tidak sanggup berusaha untuk Allah tanpa pertolongandan kurniaan Allah).

Seorang bertanya kepada Rabiah, "adakah Allah menerima taubat orang yang membuat dosa?"

Rabiah menjawab, "itu hanya apabila Allah mengurniakan kuasaNya (taufiq) kepada pembuat dosa itu yang ia digesa untuk mengakui dosanya dan ingin bertaubat. Hanya dengan itu Allah akan menerima taubatnya kerana dosa yang telah dilakukannya".

Soleh Al Khazwani selalu mengajar muridnya, "siapa yang selalu mengetuk pintu rumah seorang akhirnya satu hari pintu itu pasti akan dibuka untuknya. Satu hari Rabiah mendengar beliau bercakap demikian. Rabiah pun berkata kepada Soleh : "Soleh! berapa lama kamu hendak berkata demikian menggunakan perkataan untuk masa depan (Future tense) iaitu "akan dibuka?" adakah pintu itu pernah tertutup? pintu itu sentiasa terbuka". Soleh mengakui kebenarannya itu.

Seorang hamba Allah berteriak, "aduh sakitnya!" Rabiah bertemu dengan orang itu dan berkata, "ah! bukannya sakit" orang itu bertanya kenapa beliau berkata begitu. Rabiah menjawab, kerana sakit itu adalah nikmat bagi orang yang sangat mulia disisi Allah. Mereka merasa seronok menanggung sakit itu".

Suatu hari Rabiah sedang melihat orang berjalan dengan kepalanya berbalut. Beliau bertanya kenapa kepalanya dibalut. Orang itu menjawab mengatakan ia sakit kepala. Rabiah bertanya, "berapa umurmu?" jawab orang itu, "tiga puluh". Rabiah bertanya lagi, "hingga hari ini bagaimana keadaanmu?" kata orang itu, "sihat sahaja". Rabiah pula berkata, "selama tiga puluh tahun Allah menyihatkan kamu, tetapi kamu tidak menyebarkan bendera pada badanmu untuk menunjukkan kesyukuran kepada Allah, dan agar manusia bertanya kenapa kamu gembira sekali, dan setelah mengetahui kurnian tuhan kepadamu, mereka akan memuji Allah. sebaliknya kamu, setelah mendapat sakit sedikit, membalut kepalamu dan pergi kesana kemari menunjukkan sakitmu dan kekasaran tuhan terhadapmu. Kenapa kamu berlaku sehina itu!".

Suatu hari khadamnya berkata, "puan, keluarlah dan mari kita melihat keindahan kejadian tuhan dimusim bunga ini". Rabiah menjawab, "duduklah dalam rumah seperti aku berseorangan dan melihat yang menjadikan. Aku lihat Dia dan bukan kejadianNya".

Suatu hari, orang bertanya kepada Rabiah kenapa beliau tidak menyimpan pisau didalam rumahnya?. Beliau menjawab, "memotong itu adalah kerja pisau, aku takut pisau itu akan memotong pertalian aku dengan Allah yang aku cintai".

Suatu hari Rabiah berpuasa selama lapan hari. Pada hari terakhir, beliau merasa lapar sedikit. Datang seorang hamba Allah membawa minuman yang manis dalam sebuah cawan. Rabiah ambil minuman itu dan meletakkannya diatas lantai disatu penjuru rumahnya itu. Beliau pun pergi hendak memasang lampu. Datang seekor kucing lalu menumpahkan minuman dalam cawan itu. Melihatkan itu, terfikirlah Rabiah hendak minum air sahaja malam itu. Tatkala ia hendak mencari bekas air (tempayan) lampu pun padam. Bekas air itu jatuh dan pecah dan airnya bertaburan diatas lantai. Rabiah pun mengeluh sambil berkata, "tuhanku! kenapa kau lakukan begini padaku?" terdengar suara berkata, "Rabiah, jika kamu hendakkan kurnia dunia, Aku boleh berikan kepadamu, tetapi aku akan menarik balik darimu seksaan dan kesakitan yang aku beri kepadamu. Kurnia dunia dan seksaan aku tidak boleh duduk bersama-sama dalam satu hati. Rabiah!kamu hendak satu perkara dan aku hendak satu perkara lain. Dua kehendak yang berlainan tidak boleh duduk bersama dalam satu hati".

Dengan serta merta beliau membuangkan kehendak kepada keperluan hidup ini, seperti orang yang telah tidak berkehendakkan lagi perkara-perkara dunia ini semasa nyawa hendak bercerai dengan badan. Tiap-tiap pagi beliau berdoa, "tuhan! penuhilah masaku dengan menyembah dan mengingatMu agar orang lain tidak mengajakku dengan kerja-kerja lain".

Rabiah ditanya, " kenapa kamu sentiasa menangis-nangis?"

Beliau menjawab, "kerana ubat penyakit ini ialah berdampingan dengan tuhan".

"kenapa kamu memakai pakaian koyak dan kotor?" beliau ditanya lagi, "kamu ada kawan yang kaya, dan dia boleh memberimu pakaian baru". Rabiah menjawab, "aku berasa malu meminta perkara dunia dari sesiapa pun yang bukan milik mereka kerana perkara-perkara itu adalah amanah Allah kepada mereka, dan Allah jua yang memiliki segala-galanya".

Orang berkata, Rabiah, tuhan mengurniakan ilmu dan kenabian kepada lelaki,dan tidak pernah kepada perempuan, tentu kamu tidak dapat mencapai pangkat kenabian yang tinggi itu (kerana perempuan). Oleh itu apakah faedahnya usaha kamu menuju ketaraf tersebut?"

Rabiah menjawab, "apa yang kamu kata itu benar. Tetapi cubalah katakan kepadaku siapakah perempuannya yang telah mencapai taraf kehampiran dengan Allah? dan lalu berkata, akulah yang hak". Disamping itu tidak ada orang kasi yang perempuan. Hanya didapati dalam kaum lelaki sahaja".

Rabiah berkata, "seorang perempan yang sentiasa bersembahyang kerana Allah adalah lelaki dan bukan perempuan".

Suatu hari Rabiah jatuh sakit. Orang bertanya kepadanya sebab ia sakit. Beliau berkata, "hatiku cenderung mencapai syurga, satu hari yang lampau. Kerana itu, Allah jatuhlkan sakit ini sementara sebagai hukumnya".

Al Hasan Al Basri datang berjumpa Rabiah yang sedang sakit. Di pintu rumah beliau itu, Hasan bertemu dengan Amir Basri yang sedang duduk dengan sebuah bag yang mengandungi wang. Amir itu menangis. Apabila ditanya kenapa beliau menangis? beliau menjawab, "aku hendak menghadiahkan wang kepada Rabiah, tetapi aku tahu dia tidak akan menerimanya. Kerana itulah aku menangis. Bolehkah kamu menjadi pengantara dan meminta dia menerima hadiahku ini?" Hasan pergilah membawa wang itu kepada Rabiah dan meminta beliau menerima wang itu. Tetapi Rabiah berkata, "oleh kerana aku telah kenal Allah, maka aku tidak lagi mahu bersembang dengan manusia dan tidak menerima hadiah dari mereka dan juga tidak mahu memberi apa-apa kepada mereka. Disamping itu aku tidak tahu pula sama ada wang itu didapatinya secara halal atau haram".

Suffian Assuri berkata, "kenapa kamu tidak memohon kepada Allah untuk menyembuhkan kamu?" Rabiah menjawab, "kenapaku merungut pula kerana itu hadiah Allah bagiku. Bukanlah salah jika aku tidak mahu menerima hadiah tuhan? adakah bersahabat namanya jika kehendak sahabat itu tidak kita turuti?"

Malik bin Dinar pergi mengunjungi Rabiah satu hari. Dilihatnya dalam rumah Rabiah satu balang yang pecah, mengandungi air untuk untuk minum dan mengambil air wudhuk, satu bata sebagai bantal dan tikar yang buruk sebagai alas tempat tidur. Malik berkata, "jika kamu izinkan, boleh aku suruh seorang kawanku yang kaya memberimu semua keperluan harian". Rabiah menjawab, "adakah satu tuhan yang menanggung aku, dan tuhan lain pula yang menanggung kawanmu itu? jika tidak, adakah tuhan lupa kepadaku kerana miskin, dan ingat kepada kawanmu itu kerana ia kaya? sebenarnya Allah itu tidak lupa kepada sesiapa pun. kita tidak perlu memberi ingat kepada tuhan itu. dia lebih mengetahui apa yang baik untuk kita. Dia yang memberi kurnia dan dia juga yang menahan kurnia itu".

Rabiah berkata, "orang yang cinta kepada Allah itu ghaib ia dalam melihat Allah hingga tiada kesedaran ia kepada yang lain. Lenyap ia daripada dirinya, dan dia tidak boleh membezakan mana sakit dan mana senang".

Seorang wali Allah datang dan merungut tentang dunia. Rabiah berkata, "nampaknya kamu sangat cinta kepada dunia, kerana orang yang bercakap tentang sesuatu perkara itu tentulah dia cenderung kepada perkara tersebut".

Satu hari, Sufian Assuri pergi berjumpa Rabiah. Rabiah mengabiskan malam itu dengan sembahyang. Apabila sampai pagi, beliau berkata, "pujian bagi Allah yang telah memberkati kita dapat sembahyang sepanjang malam. Untuk tanda kesyukuran, marilah kita puasa pula sepanjang hari ini".

Rabiah selalu berdoa demikian, "tuhanku! apa saja yang engkau hendak kurnia kepadaku berkenaan dunia, berikanlah kepada musuhku; dan apa saja kebaikan yang engkau hendak kurnia kepadaku berkenaan akhirat, berikanlah kepada orang-orang yang beriman; kerana aku hanya hendakkan engkau kerana engkau. Biarlah aku tidak dapat syurga atau neraka. Aku hendak pandangan engkau padaku sahaja".

Sufian Assuri menghabiskan masa sepanjang malam bercakap-cakap tentang ibadat kepada Allah dengan Rabiah. Dipagi hari Assuri berkata, kita telah menghabiskan masa malam tadi dengan sebaik-baiknya". Rabiah berkata, "tidak; bahkan kita habiskan masa dengan sia-sia, kerana sepanjang percakapan itu kamu berkata perkara-perkara yang memuaskan hatiku sahaja dan aku pula memikirkan perkara yang kamu sukai pula. Masa itu kita buang masa tanpa mengenang Allah. Adalah lebih baik jika aku duduk seorang diri dan menghabiskan masa malam itu dengan mengenang Allah".

Rabiah berkata, "doaku padaMu ialah sepanjang hayatku berilah aku dapat mengingatMu dan apabila mati kelak berilah aku dapat memandangMu".