Navigation

Meat with Onions and Tomatos


$25.95



Shrimps with Tomatos and Avocados


$17.95



Vanila Ice-Cream and Pancakes


$13.95


Powered by Blogger.

Blog Archive

Labels

About

Blog Archive

Al-Hidayah

Selamat Datang ke Blog Norish77
Rujuk http://produkprs.blogspot.com
Pada tahun 2009 Terima Anugerah Guru Bimbingan Cemerlang Daerah Hulu Langat

Blogger news


widgeo
Ribuan Buku berada disini
Klik Sini

Blogroll

Blogger templates

Tuesday, August 31, 2010

Tazkirah : Satu Metode Pendidikan Masyarakat

Usaha pihak masjid, surau dan sekolah mengadakan program Tazkirah di tempat masing-masing amat baik dalam bulan yang mulia ini dan ianya bertepatan dengan seruan agama Islam sendiri."Fa zakkir, fainna zikra tanfaul mukminin" Maka berikanlah peringatan, tazkirah, ceramah atau kuliah, kerana sesungguhnya tazkirah itu sangat bermanfaat bagi orang-orang mukmin. dan lagi "sayaz zakaru man yakhsya" akan mendapat peringatanlah orang yang hati nya ada rasa takut (pada tuhannya).
Banyak ayat Quran dan Hadis Nabi yang meminta kita saling pesan-memesan antara satu sama lain, kerana manusia ini sifatnya lalai, sesuai dengan nama manusia itu sendiri, dari kalimah "nasiya" yang ertinya "yang lupa atau pelupa". Adapun isi peringatan yang sangat baik adalah tentang hakikat kehidupan didunia ini yang sementara. Manusia dihidupkan hanya sementara didunia, kerana ada kehidupan yang kekal abadi di akhirat nanti. Kemudian, kelebihan, fadilah zikir, selawat, solat terawikh dan puasa. Selain itu penceramah boleh menambah mengikut keperluan tempat masing-masing.
Adalah sangat aneh, jika ada manusia yang takut dan fobia dengan tazkirah. Saya sendiri pernah menawarkan diri untuk memberikan tazkirah di masjid tertentu 15-20 minit sebelum azan solat Jumaat, seperti yang pernah saya lakukan di Masjid Selayang Pandang tahun 1998, akan tetapi peliknya di masjid yang baru ni, ada orang berkata, jangan...jangan bagi tazkirah, nanti orang marah? Ups... betul ke ada orang marah dengan tazkirah? Apa sebab ya? Hmmm...padahal Tuhan berkata.."fainna zikra tanfaul mukminin" Sesungguhnya tazkirah berupa ceramah agama, peringatan dan sebagainya itu adalah baik...namun sayangnya...tak semua orang akan mendapat manfaatnya....tanfaul mukminin ianya bermanfaat, sangat berguna kepada orang-orang mukmin. Ya, mukmin.... Mungkin ayat ini boleh dijadikan sandaran jawapan kepada persoalan di atas....takut pada tazkirah...
"Inna Haazihi Tazkirah, faman syaaa azakarah" Sesungguhnya ini hanyalah peringatan, barangsiapa yang menghendaki, nescaya dia akan mengambil manfaatnya.