Navigation

Meat with Onions and Tomatos


$25.95



Shrimps with Tomatos and Avocados


$17.95



Vanila Ice-Cream and Pancakes


$13.95


Powered by Blogger.

Blog Archive

Labels

About

Blog Archive

Al-Hidayah

Selamat Datang ke Blog Norish77
Rujuk http://produkprs.blogspot.com
Pada tahun 2009 Terima Anugerah Guru Bimbingan Cemerlang Daerah Hulu Langat

Blogger news


widgeo
Ribuan Buku berada disini
Klik Sini

Blogroll

Blogger templates

Saturday, September 04, 2010

Akan Lengannya Dunia Ini

Hari ini masjid-masjid dan surau dibandar mulai lengang.Masyarakat mulai balik kampung dek cuti yang panjang. Taman-taman perumahan pun mula sunyi. Balik kampung sesungguhnya satu hal yang menyeronokkan. Walaupun perjalanan beribu batu.Sama hal keadaannya dengan anak-anak di sekolah, bunyi loceng terakhir setiap hari amat dinanti-nantikan. Pokoknya, balik adalah suatu hal yang mengembirakan.
Bagaimana gembiranya orang balik kampung, macam mana suka nya sang anak pulang ke pangkuan keluarga,sepatutnya begitulah kita pulang ke kampung abadi kita dengan penuh kegembiraan dan dinantik-nantikan saatnya."Wujuu hun yaumaizin musfirah, wujuuhun yauma izin naa imah" wajah-wajah manusia pada hari itu,(kiamat) berseri-seri dan bergembira.Lantaran pertemuaannya dengan Sang Khaliq, pencipta dan penjaga dirinya selama ini.
Ada kisah, seorang askar yang mabuk berjalan-jalan dek sesat didalam hutan, dia mencari dimana letaknya bandar,bertemulah dia dengan Ibrahim Adham, seorang sufi yang sangat agung.Bertanya ia pada sufi itu, sedang dia tidak kenal siapa yang ditanya.Dimana jalan arah ke bandar? Ibrahim menunjuk pada suatu tempat.
Askar itu pun kesana, makin jauh dia berjalan makin tak nampak bandar, yang ada hanyalah kawasan tanah perkuburan.Lalu dia kembali ke tempat tadi dan mencari manusia Ibrahim Adham. Dipukulnya Ibrahim bertalu-talu kerana telah mempermainkannya.Kejadian ini dilihat orang ramai, lalu di tegur, kenapa kamu memukul seorang wali Allah? Dia adalah Ibrahim Adham. Ibrahim lalu menjelaskan, tadi kamu bertanya dimana bandar, bandar ialah dimana tempat manusia bertambah ramai,maka kuburlah tempatnya. Setelah menyedari dia adalah seorang wali yang besar, askar tadi meminta ampun, lalu rasa keinsafan membenam dalam jiwanya. Tuan-tuan dapat mesej tak? Coretan saya kali ini ingin mengingatkan kita semua, bahawa perkampungan abadi yang akan kita pulang ialah akhirat. "wal akhiratu khairun wa abqo" dan akhirat itu jauh lebih baik dari dunia dan kekal abadi selama-lamanya. Sedangkan kampung dunia hanyalah sementara, semipermanent, tiada kekal akan ia.So, carilah yang kekal, carilah cinta yang abadi. cinta sama suami, dia akan mati, cinta pada isteri, dia akan pergi. Cinta pada pada benda, ia akan sirna, cinta pada dunia, bagaikan fatamorgana. Noorhisham Hamzah Entri ke-1422

2 comments:

nurabadi said...

memang benarlah, akhirat adalah kampung yang ABADI..

Hmmm...Nurabadi sangat memahami hakikat makna keabadian....syabas

Post a Comment