Navigation

Meat with Onions and Tomatos


$25.95



Shrimps with Tomatos and Avocados


$17.95



Vanila Ice-Cream and Pancakes


$13.95


Powered by Blogger.

Blog Archive

Labels

About

Blog Archive

Al-Hidayah

Selamat Datang ke Blog Norish77
Rujuk http://produkprs.blogspot.com
Pada tahun 2009 Terima Anugerah Guru Bimbingan Cemerlang Daerah Hulu Langat

Blogger news


widgeo
Ribuan Buku berada disini
Klik Sini

Blogroll

Blogger templates

Sunday, September 19, 2010

Bertemu Penagih di Hari Raya

Dalam minda saya ada satu perkara yang belum beres..iaitu membukukan turning point, ini hasil saranan sahabat baik saya dari pasir puteh, En.Zukurnan yang juga dikenali Cikgu Nan ADK. Beliau turut aktif membantu bekas dan penagih di daerahnya lewat AADK, khabarnya..negeri kami banyak sangat pil kuda... Untuk itu, saya telah membuat satu temujanji dengan penagih, hari raya keempat adalah waktunya, untuk makluman, dalam dunia penagihan, penagih yang sudah pun berhenti dari penagih, tetap dipanggil penagih, walaupun sudah sekian tahun mereka berhenti.(Foto kecil, Cikgu Nan AADK) Ini kerana, any time mereka boleh jatuh semula, (relapse), dalam lembah penagihan, kerana rasa triggers..yakni rindu mereka pada heroin, morfin masih melekat di sanubari yang paling dalam... So, nama mereka masih penagih ya, baiklah, saya cuba menarik sedikit hasil perbualan kami pada hari itu, untuk bacaan tuan-tuan yang ingin mengenali lebih mendalam dunia penagihan ini, seorang klien yang saya temui berasal dari Selangor, sudah 8 kali katanya masuk penjara, dan di usia 42 tahun sekarang ini, dia sudah merasakan tinggal dalam 4 buah pusat serenti. Pada akhirnya, dia tidak mahu lagi pulang ke negeri asalnya, dia tetap mahu tinggal di Kelantan, padahal kaunselor, memintanya balik dahulu ke negeri nya, bertemulah dulu dengan ibu dan ayah, tak mahu!! Kalau saya balik juga, saya pasti akan jatuh semula. Saya bertanya...kenapa memilih Kelantan..jawabnya "disini tiada dadah pilihan saya". Saya amat gemar pada morfin, kalau dadah jenis lain, bila-bila masa saya boleh tolak katanya, tetapi, kalau morfin...saya tak berdaya. Saya berkeras dengan kaunselor saya, minta diletakkan di negeri Kelantan,yang mana akhirnya saya berada di sini, (salah sebuah pusat pemulihan). Saya cuba mengorek sedikit rahsia, bagaimana awalnya dia boleh terlibat dalam kancah penagihan. Dia mengakui, ketika usia masih sekolah rendah, ibu dan bapa bercerai, kerana itu dia tinggal dengan nenek, maklumlah katanya, semua yang saya nak,semua dibagi, kerana cucu kesayangan. Saya bergaul dengan rakan-rakan, hisap rokok sehingga akhirnya saya mencuba ganja. Saya sering tertidur waktu tengok TV....tetapi saya tidak sedar apa itu semua...namun ketika saya hijrah ke KL, baru saya tahu, itulah namanya GIAN. Sampai di KL, tinggal dengan kawan-kawan, ada antara mereka menawarkan pada saya heroin,mereka tanya kamu nak tak? Saya jawab, eh...banyak ke ada...ambillah, ambillah banyak-banyak, berapa ada, nanti aku bayarkan...masa tu dia duit banyak, kerja sebagai tukang masak. Mulailah dunia penagihan lebih berat bermula, dari smart menjadi celaru, dari bertanggungjawab menjadi tidak menentu, akhirnya dia dibuang kerja, saya katanya, pernah tinggal dibawah jambatan dekat bus stand Klang selama 3 tahun. Pernah jeck (suntik) tak awalnya...?Tak...saya tak main jek katanya,saya takut...saya selalu tanya kawan, eh sakit tak...eh sakit tak, namun pada satu hari, saya terpaksa minta di suntik oleh kawan, kerana waktu itu bekalan dah hampir berkurangan. Maka bermula lah pula episod pengambilan dadah secara suntikan. Setelah ditangkap beberapa kali, sehingga 8 kali saya masuk penjara, maka sekarang saya betul-betul nak berhenti. Eh..dulu tak pernah ke nak berhenti? Tanya saya. Soalan ini biasanya mengundang jawapan yang serupa. Encik...kalau ditanya pada semua penagih, mereka semua ingin berhenti sebenarnya, tetapi mereka tidak tahu, bagaimana caranya untuk berhenti. Saya pernah hisap sebanyak-banyaknya sampai pengsan berkali-kali, kerana geram pada diri sendiri, hah...nak sangat, ambik kau...katanya pada diri sendiri dulu. Hmmm...apakah point yang sebenar-benar point dia nak berhenti? Masih lagi tiada jawapan. Masih belum menemui jawapan yang pasti, apakah sebab yang menjadi point terbesar anda ingin berhenti ?
Penulis bersama kawan-kawan ketika berada di Sabah, dalam lawatan ke Pusat Serenti Papar
Akuinya, faktor umur lah, saya dah masuk 42 tahun, di usia begini, saya juga ingin keluarga, kereta dan pekerjaan macam orang lain. Setelah mengandun jawapan-jawapan beliau, saya temui satu titik kesimpulan yang sangat bermakna. Ya ....anda fikir semakin lama semakin bertambah usia, yang mana di hujung kehidupan ini ada kematian, bukankah anda memikir bekal untuk pulang masih belum lengkap? Ya...itulah sebenarnya akui dia. Jikalah hidup ini tiada bernokhtah, pasti saya masih tenggelam dalam lautan gian, triggers, relapse, jatuh dan bangun. Namun kerana mengingati kematianlah, saya ingin berhenti. Kerana itu, saya pernah mengusulkan kepada orang besar di Pusat Serenti Papar, kalau boleh adakan sebuah lubang kubur di sini, tujuannya untuk dijadikan iktibar kepada ahli keluarga di pusat serenti, adakan program masuk kubur, macam di Kuala Kubu Baharu...insya Allah akan ada manfaatnya..kata saya... Hmmm....Timbalan Komandan masa itu bersetuju dengan usulan saya. Saya mengusul demikian mengingat di Kuala Kubu Bharu, ada program masuk kubur kepada semua pegawai kerajaan di negeri Selangor, termasuk Datuk Seri Khir Toyo pun pernah masuk situ, dan juga berdasarkan amalan wali-wali, lihatlah di Perkampungan Sungai Cincin Gombak Selangor, ada sebuah makam wali disitu, beliau menjadikan kubur jugak sebagai ubat hati bagi anak muridnya yang melanggar perataran. Dan....Quran dan Hadis yang menjadi pegangan kita umat Islam, sering mengingatkan kita akan kematian, perhatikan ayat, wal asri...innal insaana lafi khusrin... dan lagi, afatak furuuna billahi wa kuntum amwaata...fa ahyakum..., Mengapa kamu sampai boleh menderhakai Allah? padahal kamu dulunya mati..kemudian Kami hidupkan, dan kemudian nya kamu akan mati lagi.... dan akhirnya kamu akan bertemu denganKu... So...apakah kamu tidak berfikir tentang kematian? Justeru, mati menjadi ubat yang sangat mujarab bagi hati yang keras membeku, saya menyarankan, jadikan mati sebahagian dari tazkirah, pengingatan, kepada siapa sahaja, anak yang degil, boleh menjadi lembut jiwanya, dek kerana ingat mati, Raja yang Zalim, pun akan berubah bila sedar dia akan pergi....kerana.....ribuan manusia yang ditangkap dan disumbat ke pusat serenti dan penjara, berapa kerat yang sedar dan insaf setelah dia keluar dari sel itu? Mungkin ini satu dari kegagalan usaha kita untuk mendidik masyarakat supaya kembali kepada cara hidup yang harmoni, aman damai bahagia sentosa dibawah payungan rahmat dan kasih sayang Allah Taala. Kita menolak ke tepi pandangan Quran, kita letak didalam rak, saranan yang amat berkesan... so..tidak hairanlah, pelbagai idea, cadangan, saranan semuanya menjadi bahan ujikaji pihak yang tidak mengenal Tuhannya.