Navigation

Meat with Onions and Tomatos


$25.95



Shrimps with Tomatos and Avocados


$17.95



Vanila Ice-Cream and Pancakes


$13.95


Powered by Blogger.

Blog Archive

Labels

About

Blog Archive

Al-Hidayah

Selamat Datang ke Blog Norish77
Rujuk http://produkprs.blogspot.com
Pada tahun 2009 Terima Anugerah Guru Bimbingan Cemerlang Daerah Hulu Langat

Blogger news


widgeo
Ribuan Buku berada disini
Klik Sini

Blogroll

Blogger templates

Saturday, September 04, 2010

Masuk Kubur Bersama Dadah di Poket

Malam tadi saya bersama pengarah dan timbalannya ke sebuah pusat serenti di Kuala Lumpur. Ada satu program khas, yang dibuat setahun sekali, hanya didalam bulan Ramadan. Program yang dinamakan PROBE ini adalah khusus untuk para penagih.
Rasa ingin tahu, apakah pengisian PROBE ini, membuat saya meninggalkan rumah sementara, walau terpaksa pulang jam 3.50 pagi. Baiklah, saya ceritakan sedikit, apa yang berlaku, kerana ada sahabat yang kepingin tahu, tetapi tidak berkesempatan untuk masuk ke tempat ini, dalam program ini, para penagih duduk mengelilingi sebuah replika masjid. Lampu dipadam, hanya tinggal lampu replika itu saja, muzik latar dimainkan, lagu-lagu berkaitan sejarah kehidupan, hari raya dan takbir raya. Seorang penagih keluar ke tengah-tengah, dia bercerita kisah lampaunya, dizaman penagihannya kenapa dia menagih dan apa sebabnya, seorang kaunselor disitu berkata, dengan program ini mereka akan keluarkan segala isi hati, yang selama ini mereka simpan bertahun, tak keluar pun dalam sesi kaunseling individu dan kelompok, malah mereka tak pernah pun menangis. Namun malam ini, mata mereka tak mampu membendung air lagi... Seorang demi seorang keluar, ini antara kisah yang boleh saya paparkan untuk maklumat anda. Ada seorang penagih, katanya dulu aku tak pernah pun kisah apa nak jadi dengan orang tuaku, mau sakit kah, mau apakah, yang penting aku ada dadah, malah bila suatu pagi speaker di surau mengumumkan mak aku meninggal, aku langsung tidak tau bersedih...dan pada ketika aku menurunkan mayat ibuku ke dalam liang lahad, orang tak tau ada sepeket dadah dalam poket seluarku. Kisah kedua, replika masjid ini sangat bermakna bagiku, kerana dulu aku tak pernah pun tau apa itu solat yang sebenarnya, aku hanya ikut-ikut, surau lah menjadi port aku dan rakan-rakan menagih, mencuri dan membahagi-bahagikan hasil barang curian. Selama bertahun-tahun aku tak kenal apa itu makna hari raya, kerana setiap kali raya, aku bukan ada dirumah, aku di penjara dan pusat serenti. Kisah ketiga, seorang bapa menjual tanahnya untuk mendirikan sebuah surau, bertahun-tahun bapanya membina sebuah surau, tetapi dia penagih. Ibunya mengajak bapa ke Mekah, tetapi bapanya menolak sebab minta bawa dia dahulu untuk bertaubat di Mekah, lalu pergilah dia menunaikan umrah tanpa sesen pun modal, sampai ke Mekah dia mencium hajar aswad, dan bertaubat, gembiralah ibunya sehingga sekampung diberitahu dia dan anaknya dapat tawaf bersama, namun....aku adalah penagih yang paling bodoh.....kesempatan itu aku tak hargai, aku kemudiannya, menagih lagi, sehingga bapaku akhirnya menjadi arwah. Kisah keempat, aku menagih disebabkan oleh bapaku seorang penagih. Dia tidak pernah pedulikan ibuku, wang sekolah adikku pun diabaikan. Semua saudara-mara menyindir aku anak penagih, apa lagi ibu saudaraku... akhirnya untuk membalas dendam...aku pun turut menjadi penagih. Ada seorang penagih duduk dikerusi roda, kakinya baru dipotong...rasa ingin tahu, kenapa dia cacat? kenapa jadi penagih...saya mendekatinya...sedutan isi temubual akan disiarkan entri berikutnya.