Navigation

Meat with Onions and Tomatos


$25.95



Shrimps with Tomatos and Avocados


$17.95



Vanila Ice-Cream and Pancakes


$13.95


Powered by Blogger.

Blog Archive

Labels

About

Blog Archive

Al-Hidayah

Selamat Datang ke Blog Norish77
Rujuk http://produkprs.blogspot.com
Pada tahun 2009 Terima Anugerah Guru Bimbingan Cemerlang Daerah Hulu Langat

Blogger news


widgeo
Ribuan Buku berada disini
Klik Sini

Blogroll

Blogger templates

Saturday, November 06, 2010

Kaunselor, Guru Bimbingan Burn Out

Istilah Burn Out, lebih mudah di terjemahkan rasa dalam dilema, tidak boleh buat kerja, tidak dapat berpotensi sebagaimana sepatutnya. Isu Kaunselor atau lebih tepat guru bimbingan (kalau di sekolah rendah) burn out sudah lama diperkatakan. Dan...ketika kami berkursus di Port Dickson beberapa hari lepas, isu ini bangkit lagi dan sememangnya isu ini tidak akan terpadam buat selamanya, kerana guru bimbingan yang baru dikeluarkan dari maktab sentiasa ada.
Ada beberapa sebab yang menjadi punca kenapa guru bimbingan burn out. Satunya datang dari diri kaunselor atau guru bimbingan itu sendiri, dan faktor kedua dari persekitaran luaran. Nak sebut datang dari kaunselor rasa macam tak patut disebut, sebab dia dah jadi kaunselor, tak kan dia ada perasaan yang dia tak boleh memberi khidmat pada sekolah, sedang dia sudah pun menghabiskan masa 4 tahun di universiti tertentu mengambil Sarjana Muda Psikologi atau Kaunseling, dah sudah puluhan ribu wang mengalir atas maksud tersebut. Jadi, pada saya, kaunselor yang sebenar-benar kaunselor jarang kita jumpai yang burn out. Apa yang sedang terjadi adalah terhadap guru bimbingan yang baru, yang fresh...atau yang mengikuti kursus selama 14 minggu dalam bindang bimbingan dan kaunseling di maktab. Itu pun, dia pergi kursus kerana dicalonkan oleh pengetua atau guru besar, sedangkan dia sendiri tidak lah berapa berminat, dia sudah memiliki bidangnya sendiri (opsyen), namun dia tetap pergi kerana ingin mencuba nasib. Setelah pulang ke sekolah, dia telah bertukar status dari guru biasa kepada guru non kuota. Guru luar biasa ....hehe.sebab guru ini tidak termasuk dalam hitungan guru biasa. Kuota dia khusus, bidang kerja dia khusus, bilik dia khusus dan segalanya pun khusus. Hingga cara bercakap dia pun khusus, cara berpakaian apa lagi, cara berjalan begitu jugak. So, nak tukar imej lama kepada imej baru mungkin tak semudah disangka. Apalagi hanya kursus mengikuti 12 minggu termasuk menjalani praktikum 3 bulan. Dan....guru ini tak tahu apa yang perlu dia buat untuk cari dan tambah klien. Adapun guru kelas dan mata pelajaran semua sibuk, kawan-kawan se kaunseling pun dah posting ke sekolah-sekolah yang jauh, masa untuk berbincang pun tiada lagi. Waktu inilah dia hilang arah. Hilang tumpuan pada kerjanya. Tak tahu nak mula dimana. Dengan cara apa dan gaya mana. Lama-lama dia nak kembali mengajar. Ya lah...dalam buku tetamu, tak ada pun klien yang datang. Sekolah rendah apalagi, mana la budak tu tahu sangat nak jumpa cikgu, kecuali murid darjah 6, itu pun harapkan perempuan. Yang kedua, faktor luaran. Saya pernah diberitahu rakan se-kaunseling. Katanya Guru Besar saya tak suka la sesi-sesi ni, dia suka berjalan pusing satu sekolah, satu hari dia lewat bilik kaunseling, waktu itu ada klien sedang berbual dengan saya. Apa ada ni? Tanya guru besar tersebut, belum sempat saya jawab, terus dia arahkan murid tu masuk kelas, masuk kelas. Tak masuk akal lah, bila seorang guru besar bukan bertindak menyokong guru bimbingan yang dihantar oleh Kementerian Pelajaran untuk bantu murid, bahkan dia suruh murid itu keluar. Mungkin tak banyak faktor luaran yang menjadikan guru bimbingan burn out. Untuk mengatasi masalah ini, guru bimbingan perlu lah melakukan beberapa perkara. Hubungi Rakan Lama Carilah rakan lama, atau orang lama dalam kaunseling. Berhubung dengan mereka, ziarah ke tempat mereka, dapatkan satu masa khusus, pasti ada sesuatu yang patut kita tiru dari mereka.
Tambahlah Ilmu
Belilah buku-buku berkaitan psikologi, kaunseling. Mungkin tak banyak buku-buku ini di Malaysia, anda boleh mencari buku-buku dari luar negeri, paling dekat ialah Indonesia, namun mungkin ada sedikit masalah bahasa. Namun bahasa Indonesia sebenarnya masih dalam lingkungan bahasa Melayu lagi. Kita masih boleh ngerti...kecuali beberapa perkataan tertentu.Itu pun masih ada ruang untuk belajar. Kaunseling adalah satu Ibadah Sesi kaunseling boleh menjadi satu ibadah kerana, menolong manusia lain ke arah hidayah, kata Saidina Umar, kalau membuat kerja menolong manusia ke arah ibadah, lebih aku sukai dari ibadah 1000 tahun. Berbincangan dengan pentadbir Guru bimbingan tak salah berterus terang, katakan saya menghadapi masalah untuk mendapatkan klien. Adakan networking Guru Disipin tentunya mempunyai list yang panjang murid yang bermasalah. Guru bimbingan boleh berbincang, minta klien. Hebahkan di perhimpunan Semasa perhimpunan, jadikan tapak perhimpunan sebagai medan guru bimbingan, hak milik guru bimbingan, bagi tau pada murid, akan kehadiran guru bimbingan adalah untuk menolong kamu berkaitan, akademik, sahsiah, psikososial, keluarga dan sebagainya.