Navigation

Meat with Onions and Tomatos


$25.95



Shrimps with Tomatos and Avocados


$17.95



Vanila Ice-Cream and Pancakes


$13.95


Powered by Blogger.

Blog Archive

Labels

About

Blog Archive

Al-Hidayah

Selamat Datang ke Blog Norish77
Rujuk http://produkprs.blogspot.com
Pada tahun 2009 Terima Anugerah Guru Bimbingan Cemerlang Daerah Hulu Langat

Blogger news


widgeo
Ribuan Buku berada disini
Klik Sini

Blogroll

Blogger templates

Wednesday, November 24, 2010

Tiadalah Dalam Dunia ini.....

Masih menghuraikan tentang dunia, seorang sufi berkata, jika engkau asyik menyebut tentang satu perkara, itu juga bererti kamu meminatinya...oh...minta jauh dari pengertian itu, saya ingin bicara tentang dunia, hanya sebagai perkongsian sahaja, yang digali dari sepotong ayat Al-Quran, rupanya mendalam pengertiannya, walaupun ayatnya ringkas. Dalam sebuah permaian, kita ambil contoh bola sepak, ada beberapa inti yang boleh kita dapati. 1. Had Kawasan Anda hanya boleh bermain dalam garisan ini sahaja, maknanya kita hanya disuruh beribadat didunia sahaja. Dalam kubur tiada lagi peluang untuk ibadat. Bumi inilah had nya. Bulan pun masih masuk dalam garisan planet bumi. 2. Had Tindakan Angkat kaki tinggi tak boleh, pegang atau sentuh dengan tangan tak boleh, maknanya ada benda yang boleh kita buat, ada yang dilarang. Inilah ragam hidup. Mencuri, mendera orang tak boleh, 3.Penipuan Penipuan adalah satu taktik dalam permainan. Ada orang menipu sebab nak menang, begitulah dalam hidup ini, kadang-kadang kita ditipu, boleh oleh orang yang jauh, tetapi saudara sendiri yang dekat. Inilah ragam dunia, 4. Perebutan Untuk menjaringkan satu gol, pemain terpaksa berebut bola dengan pihak lawan. Orang berebut harta, pangkat dan manusia, ada yang tak ambil kira perasaan orang orang, yang penting dia dapat. Adik-beradik bergaduh pasal peninggalan harta arwah ibu dan bapa. 5. Kawan Jadi Lawan Kadang-kaDang kawan rapat jadi lawan kita bila dia masuk team sebelah. Dia sudah jadi musuh permainan kita. Itu dunia, kadang kawan jadi lawan, kawan lawan jadi kawan.So..berhati-hatilah, pesan Saidina Umar, kasihilah seseorang ala kadarnya, dan bencinya seseorang ala kadarnya. Dulunya dia baik, sering menumpang tidur dirumah kita, kemudian ada masanya dia berubah, menjadi musuh yang cukup menyakitkan.