Navigation

Meat with Onions and Tomatos


$25.95



Shrimps with Tomatos and Avocados


$17.95



Vanila Ice-Cream and Pancakes


$13.95


Powered by Blogger.

Blog Archive

Labels

About

Blog Archive

Al-Hidayah

Selamat Datang ke Blog Norish77
Rujuk http://produkprs.blogspot.com
Pada tahun 2009 Terima Anugerah Guru Bimbingan Cemerlang Daerah Hulu Langat

Blogger news


widgeo
Ribuan Buku berada disini
Klik Sini

Blogroll

Blogger templates

Saturday, January 15, 2011

Cikgu.. Mak Saya Tak Sembahyang

Waktu rehat, seorang murid berada dalam bilik kaunseling bersama rakan-rakan yang lain, bila loceng berbunyi, semua bergegas keluar untuk masuk ke kelas.. seorang murid ini tetap tidak berganjak.
Matanya meleret kiri dan kanan, sesudah dia pasti tidak ada lagi rakan-rakannya yang akan mendengar.. lalu dia bersuara....
Klien : Cikgu...hari tu kan,cikgu ada tanya masa perhimpunan, siapa yang tak tahu ngaji dan tulis jawi, cikgu suruh angkat tangan...saya tak angkat.. Cikgu : Kenapa awak tak angkat? Klien : Malu lah cikgu.... nanti orang tahu
Klien : "Cikgu, ... saya tu adalah menghantar sms, kadang-kadang dia tanya saya, dah solat ke belum, saya jawab belum, dia tanya kenapa... saya jawab ntah....., dalam rumah saya mana ada orang sembahyang cikgu..." katanya.
Cikgu : Hmmm... mak kamu tak sembahyang? Klien : Tak... Cikgu : Kakak kamu ? Klien : Tak... Cikgu : Abang pun ? Klien : Semua tak.. Cikgu lalu mencari-cari sekeping gambar didalam laptop, gambar itu ialah semasa mayat diturunkan ke dalam liang lahad. Cikgu : Awak lihat ni.... awak tau tak suatu hari nanti awak akan berada disini? Siapa yang akan menolong awak waktu ini berdepan dengan segala pertanyaan dari Malaikat ? Awak percaya tak ini semua? Klien : Percaya.... Kelopak matanya mula kemerahan... air mulai bergenang di mata putih. Baiklah... cuba awak baca Fatihah sekali cikgu nak dengar, kalau dah betul awak sembahyang lah. Klien : Malu la cikgu.... Cikgu : Buat apa malu, nanti kamu ke sekolah menengah, belum tentu kamu jumpa guru yang nak betulkan bacaan kamu..ayuh cepat baca... baca bismillah dulu... Klien : Bismillah je....? Cikgu : Ya lah....baca bismillah dulu... Klien : Bismillah hirrahmaanirrahiem.... Cikgu : Terus.....alhamdulillah....
Klien menghabiskan fatihah.... masih ada yang harus diperbetulkan... syukur..dia datang mengadu masalahnya. Bab bercinta dengan si dia cikgu tak boleh halang, cikgu tau latar belakangnya mak ayah bercerai, pasangannya pun sama-sama kehilangan bapa akibat sakit jantung, dua-dua senasib, dia mencari cinta pengganti atas kehilangan orang tuanya. Kadang-kadang saling bercerita kisah keluarga masing-masing... Inilah dunia....guru kaunseling..sesi hari direkod dalam buku perkhidmatan. Klien datang secara sukarela.