Navigation

Meat with Onions and Tomatos


$25.95



Shrimps with Tomatos and Avocados


$17.95



Vanila Ice-Cream and Pancakes


$13.95


Powered by Blogger.

Blog Archive

Labels

About

Blog Archive

Al-Hidayah

Selamat Datang ke Blog Norish77
Rujuk http://produkprs.blogspot.com
Pada tahun 2009 Terima Anugerah Guru Bimbingan Cemerlang Daerah Hulu Langat

Blogger news


widgeo
Ribuan Buku berada disini
Klik Sini

Blogroll

Blogger templates

Thursday, February 03, 2011

Bagaimana Habis Usia Anda?

Salam sejahtera, saya ingin memanjangkan lagi siri ceramah saya di SK Bandar Rinching 5 hari yang lalu. Orang Islam kalau mati ada 4 jenis.
Yang pertama matinya seperti haiwan. Manusia seperti ini ialah orang yang hidupnya semata-mata untuk makan, tak ubah macam burung, keluar pagi balik malam, keluar pagi balik malam. Rumahnya seperti sarang burung. Solat dan ibadah jauh sama sekali. Maka matinya tak ubah seperti haiwan di sisi Tuhan, Tak ada gunanya.
Sedangkan.. Ada sepuluh binatang yang akan masuk syurga.
1. Anak lembu milik Nabi Ibrahim
2. Kambing Nabi Ismail
3. Onta Nabi Salih
4. Ikan Nabi Yunus
5. Lembu Nabi Musa
6. Himar Nabi Uzair
7. Semut Nabi Sulaiman
8. Burung Hud-hud Ratu Balqis
9. Anjing pemuda penghuni Gua
10. Buraq Nabi Muhammad
Yang kedua, mati dalam keadaan kurus kering. Ini mati peringkat orang muslim, yang sangat sedikit amalnya. Hanya yang wajib sahaja dikerjakan, yang sunat malas. Firman Tuhan dalam hadis Qudsi. "Tidaklah mendekatkan hambaKu dengan amalan-amalan yang Aku fardukan ke atasnya, melainkan (dia mengerjakan) dengan amalan-amalan sunat.
Yang ketiga, mati dalam keadaan seperti orang tidur. Inilah orang mukmin. Lebih tinggi tarafnya dari muslim tadi. Sabda Nabi, "Matinya orang mukmin, adalah satu kerehatan baginya"
Dan keempat adalah mati secara zahir, tetapi tidak mati. Hal ini sukar difahami oleh akal manusia. Namun Tuhan berbicara hal ini dalam surah Al-Baqorah ayat 154, "Dan janganlah engkau mengatakan orang yang mati dijalan Allah itu mati, tidak! Mereka sesungguhnya hidup, akan tetapi kamu sahaja yang tidak tahu bagaimana mereka hidup"
Tuan-tuan, boleh buat pilihan, ingin mati bagaimana. Peluang masih ada. Mahu yang pertama sangat gampang, yang kedua pun tak susah, yang ketiga perlu perjuangan dan yang keempat perlu belajar lebih mendalam.
Firman Allah Taala, "wattaqullaha wab taghu fiihil wasilah" Dan bertaqwalah kepada Allah, dan carilah padanya jalan".
Berkatalah salah seorang akan guru saya : Sebetulnya kita tak perlu takut pada mati,
kerana mati itu tidak akan sampai, sebelum ajal tiba,
dan apabila,ajal sudah tiba,
kita sememangnya sudah tidak ada lagi disini,
apa yang perlu kita takut ialah,
apa yang bakal berlaku sesudah kematian..
Oleh itu,
Takut pada ular JAUHI
Takut pada Allah, DEKATI.